PTPTN : Pengecualian PTPTN Kelas Pertama bertindih PTPTN dan JPA

Assalamualaikum...
Hai Semua...

Zaman aku study dulu tahun 2007 - 2009 BELUM ADA PENGUMUMAN PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PTPTN UNTUK PELAJAR KELAS PERTAMA.
Masa Konvo Degree tahun 2010 aku dapat Kelas Pertama.
Selepas itu barulah aku dapat tahu PTPTN ada buat pengecualian PTPTN kepada pelajar Kelas Pertama untuk yang pertama kalinya.

Tapi bila aku tengok syarat-syarat dia...

" PINJAMAN PTPTN TIDAK BERTINDIH DENGAN SEBARANG PENAJAAN LAIN (TIDAK MENERIMA TAJAAN LAIN)"


Oh..
Aku pulak ketika degree ada dapat Biasiswa JPA jugak..

DEGREE :
Sem 1 - PTPTN
Sem 2 - PTPTN
Sem 3 - PTPTN & JPA
Sem 4 - PTPTN & JPA (Aku dapat JPA tapi JPA bayar lebih untuk Sem 3 yang dah terlepas tu)
Sem 5 - PTPTN & JPA (Aku buat penolakan PTPTN tapi duit dah pun masuk akaun awal tahun tu)
Sem 6 - JPA

Means daripada Semester 3-5 pinjaman aku bertindih..

Tahun 2010 aku call PTPTN lepas habis belajar tu, pegawai  PTPTN cakap aku tak layak dapat pengecualian sebab aku tak memenuhi syarat ketika itu.

Sedih
Sedihh..
Keciwaa...
Keciwaaa...

Tahun 2010-2015 perkara ini senyap macam tu jer...
Pada tahun 2015 bila aku nak buat pembayaran PTPTN, aku utarakan isu ni..
Ketika tu pengawai PTPTN bagithau bahawa sudah ada syarat baru, iaitu :

" JIKA PENERIMA MENDAPAT TAJAAN LAIN SELAIN PTPTN, PELEPASAN BAYARAN BALIK AKAN DIPERTIMBANGKAN SEKIRANYA TIADA PERTINDIHAN BAYARAN, JIKA ADA PERTINDIHAN, PENERIMA PERLU MEMBUAT BAYARAN TERLEBIH DAHULU"

JIKA BERTINDIH DENGAN TAJAAN LAIN, AKU KENA BAYAR PINJAMAN YANG BERTINDIH TU BARU BOLEH DAPAT PENGECUALIAN



So, pengawai tu terangkan semuanya...
Aku faham dan aku apply untuk pengecualian bayaran Kelas Pertama..

Permohonan aku diterima tapi aku kena bayar semula bayaran pinjaman yang bertindih

Degree:
Sem 1 - PTPTN (Dapat pengecualian RM3500)
Sem 2 - PTPTN (Dapat pengecualian RM3500)
Sem 3 - PTPTN & JPA (Kena bayar kepada PTPTN RM3500) *Bertindih
Sem 4 - PTPTN & JPA (Kena bayar kepada PTPTN RM3500) *Bertindih
Sem 5 - PTPTN & JPA (Kena bayar kepada PTPTN RM3500) *Bertindih
Sem 6 - JPA

So, aku kena bayar RM10,500 (untuk semester yang bertindih) untuk dapat pengecualian RM7,000.
Boleh la dari takde kan...
Dalam 2 bulan jugak baru settle urusan pengecualian tu..

Ada yang cakap aku rugi sebab still kena bayar RM10,500 walaupun dapat Kelas Pertama..
Bagi aku, aku tak rugi apa-apa..
Sebab Biasiswa JPA aku dah cover untuk amount tu...
RM10,500 JPA bagi dulu kalau aku bayar PTPTN pun sama jer..
Aku still dapat pengecualian RM7000.


Sekarang.. Loan Degree aku dah settle.
Tinggal Loan diploma jer untuk diselesaikan iaitu RM15K + tunggakan..


Ok. Bye

TambahBaikDeco2016 : Wishlist untuk Deco. InsyaAllah.

Assalamualaikum... Hai Semua...


Untuk tahun 2016 ni, ni antara plan dalam projek tambah baik rumah...


Antara plannya :

1. Bilik Tetamu:
  • Nak pasang wallpaper and DIY wall frame (jika mampu).
  • Alihkan katil ke tengah dan letakkan side table sebelah tingkap. SIAP
  • Touch Up dinding/ apply cat putih sekali lagi. SIAP
  • Cat frame tingkap & grill tingkap.
  • Pasang penyangkut baju ikea 
  • Air Cond. SIAP

2. Ruang Makan

3. Ruang Tamu.

4. Ruang Dapur
  • Kemas cabinet & susunatur tupperware.
  • Cat pintu kabinet dapur (Tambahbaik kabinet dapur agar dapat letak barang dalam tu)
  • Repair sink leaking
  • Pasang wallpaper/Cat pintu belakang untuk gantung penyapu.
  • Beli dapur baru (harap suami baca dan paham,..ihik3)
  • Gantung langsir/ Letak penghadang

5. Ruang depan Bilik Air
  • Touch Up dinding.
  • Cat atau pasang wallpaper
  • Kemas kabinet warna warni simpanan barang mandian, sabun, suratkhabar dan plastik sampah.

6. Bilik Kedua/Bilik Pakaian
  • Touch Up dinding.
  • Kemas cabinet dan wardrobe. Sisihkan barang yang tak nak lagi.
  • Nak makeover meja solek.
  • Wall frame. SIAP

7. Bilik ketiga a.k.a bilik storage.
  • Susunatur : Kemas storan. Buang apa yang tak guna. Cabinet storage kena pikir nak alih atau tak.
  • Touch Up Paint katil single.
  • Workstation : Kemas Meja + Pasang DIY Para
  • Touch Up wall. Apply cat putih sekali lagi.
  • Rak kecik & rak plastik samada jual atau guna balik.

8. Ruang Luar Rumah.

Psst : Wishlist ni termasuk la wishlist jangkamasa panjang


Ok. Bye
XoXO