Selepas setahun - King Size

Assalamualaikum...


Selepas setahun kawen, baru mampu beli tilam satu lagi.
Walaupun katil size queen tapi aku tak lepaskan peluang amik tilam king ni sebab COO aku jualkan kat aku hanyalah RM150.
Tilam ni just display dalam apartment sewa dia, takde orang guna lagi...
First tenant dia nak masuk dan nak guna tilam sendiri... Makanya dia jualkan tilam  ni kat aku.

Kenapa beli jugak walaupun tak muat katil???? Whyyy??
Sebab pasni nak beli katil king yang second hand. Tapi nak kena survey dulu.



Tilam siap wrapping lagi


Size 6 kaki X 6 kaki


Brand Dreamland

Harga kat kedai paling murah RM700 untuk brand ni. Kalau sales boleh turun sampai RM399. Malam tadi lepas maghrib terus la ajak suami ke Jusco. Baucer Jusco ada lagi lebih kurang RM500.
G rembat set cadar, comforter dan bantal peluk.

Set Comforter RM130
Harga lepas sale.
Sekarang cadar banyak bertemankan Valentine kata salesperson tu.

Fabrik untuk cadar ni memang sangat lembut dan besssttttttt sangat.
Walaupun warna putih aku grab jugak sebab fabrik dia best sangat
Aku memang cerewet dari segi pemilihan fabrik ni.





Mattress Protector ni size king RM90 lepas diskaun.
Sangat lembut dan 100% cotton.



Bantal peluk ni RM40


TOTAL semuanya : RM393.90
Guna Jusco Baucer RM390.00. Only use RM3.90 duit cash.. 

Tido atas tilam King, memusing pun tak berlaga dengan suami..hahaha.


Ok.Bye
XoXo

1st Anniversary February, 2014 is really nice to us

Assalamualaikum...


Tinggalkan kesibukan kerja, kesibukan kat site..
Decide nak g bercuti dengan suami. 2H1M (Ahad - Isnin)

Aku booking hotel first world kat Genting Highlands je.
Satu  bilik satu malam RM67 sahaja.
Bilik sahaja without breakfast.
Sengaja cari tempat bercuti yang dekat (30-45 minit je dari rumah kami)


Check in guna mesin Kiosk Hijau yang disediakan.. 
Lepas siap, kad bilik hotel akan keluar dari mesin tu. Dah settle tanpa perlu beratur kat kaunter.
Kalau nak balik, just check out kat "Kiosk Kuning" 
Masukkan kad pastu blah. Simple dan mudah



Rasanya semua permain outdoor ditutup sebab masih dalam proses penyelenggaraan. Yang ada hanyalah permainan indoor.


Makanya kami just jalan-jalan kat bawah hotel dan kawasan sekitar je.. Takde la sejuk mana.. Tapi jalan-jalan tak rasa rimas sebab cuaca okey, tak panas...




Suami sibuk nak belikan kek untuk anniversary.
Dia suka moment dan benda-benda kenangan macam ni.. 
Hasil kerja suami bab hias-menghias dan tulis kad tu.
Nasib baik ada kertas dan pencil dari hotel.

Kek Tiramisu besar ni dah RM10.
Sedap? Not bad..









kad dari suami untuk isteri


Wahh..
kalah kad i.


Psst : Semoga rumah tangga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.. Amin..


Ok. Bye
XoXo

RESEPI : Paprik Ayam

Assalamualaikum... 
Pekaborrr?


Aku perasan yang aku jarang masak paprik. Lepas kawen, ni baru first time masak paprik.
Tak macam dak Ezy tu, sebelum kawen dulu dia selalu masak paprik di rumah kakak dia..

First time try buat paprik ayam untuk suami...

Bahan-Bahan:

  • 300 gram ayam.
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 cm halia (hiris nipis)
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil pes tomyam
  • 1 helai daun limau purut
  • 1 batang serai (dititik)
  • 5 biji cili api (dititik)
  • 1/2 labu bawang besar (hiris kasar)
  • sedikit air
  • sayur (bunga kubis,kacang panjang dan capsicum hijau)

Cara Membuat:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan cili kisar dan pes tom yam hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan kacau selama 2-3 atas api yang besar.
  3. Masukkan bahan-bahan lain beserta air, kacau hingga kuah menjadi pekat.
  4. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih yang panas.

Aku akan buatkan kuah dia banyak siki, so tak kering sangat nasi masa makan.

Sources : Google Photo

Psst : Suami tengah ada masalah kerja dia. Deal dengan orang, last minutes cancel pulak. Hope Allah permudahkan segalanya.


Ok. Bye

Jualan sempena Anniversary..Corsage

Assalamualaikum...


Sempena anniversary ni, aku ada jual corsage:

Code : C001
Price : RM 5 (exclude postage)

Code : C002
Price : RM 5 (exclude postage)

Code : C003
Price : RM 5 (exclude postage)

Code : C004
Price : RM 5 (exclude postage)

Code : C005
Price : RM 5 (exclude postage)

Code : C006
Price : RM 5 (exclude postage)

Code : C007
Price : RM 7 (exclude postage)

Code : C008
Price : RM 7 (exclude postage)

Code : C009
Price : RM 5 (exclude postage)

Code : C010
Price : RM 5 (exclude postage)

Code : C011
Price : RM 5 (exclude postage)

Code : C012
Price : RM 5 (exclude postage)

Code : C013
Price : RM 5 (exclude postage)

Code : C014
Price : RM 2.50 satu (exclude postage)

Code : C015
Price : RM 5 untuk sepasang (exclude postage)

Semua corsage ni yang ada dalam simpanan sekarang.
Kalau nak request warna pun boleh.

just emailkan ke rosnizahani@yahoo.com.my



Ok. Thanks
Xoxo

10 February 2014

Assalamualaikum...


Wedding Anniversary pertama hari ni.
Setahun sudah menjadi peneman antara satu sama lain.





Psst : Sayang Sokmo

Ok. Bye
XoXO


Customer Order : Corsage Pink Biru

Assalamualaikum...
Hai semua...


Corsage tempahan pelanggan dah siap.
Malam sebelum balik kampung hari tu, pelanggan datang amik.

Total semua 43 bijik.

Terima Kasih, Semoga berpuas hati.

Sebarang tempahan emailkan ke rosnizahani@yahoo.com.my
Boleh request warna kalau mahu.

Kalau tempah lebih dari 30pcs, aku tolak satu harga RM1.80 (without riben)
Kalau dengan riben , satu aku tolak RM2.30 sahaja. Tgk atas design bunga la.

Paling murah kot...
Sebab kat luar rata-ratanya 4bijik untuk sepuluh ringgit.




Riben aku gunakan warna cream

Gigih siapkan malam-malam lepas masak.


Susun dan kira ikut tempahan

Sample

Banyak kot!


Sample : Corsage untuk anak saudara

Yang macam ni senang nak buat berbanding bunga bawah ni

Ada lebihan butang, siapkan jugak 3 biji corsage untuk officemate...
Dia nak resign, so ni as kenang-kenangan la....
Yang oren tu untuk Tina - general worker opis aku...


Ok.Bye

Balik Kampung CNY yang heaven gitu haaa!

Assalamualaikum...
Helloooo prengggggggg!!!



Hari Khamis, 30 January 2014

Hari khamis office aku bagi kebenaran kalau nak cuti, boleh gantikan OT untuk cover balik 8 jam yang aku amik cuti hari khamis ni.
So, teruslah aku grab peluang ni...
Pukul 7.30 pagi gerak balik Terengganu..
Sampai K.Terengganu pukul 2.30pm.
Settle makan dan solat zuhur, sempat la rest kejap sebelum ke MRSM Kuala Terengganu amik adik aku..

Bawak Mak dan Si Bongsu Apik sekali.
Otw balik singgah McD..
Ni first time aku bawak dorang ke McD.


With Aima.
Muka kami sama kan.
TAPI..Dia lagi cerdik!

With Mak
Muka kami sama.
TAPI..Dia lagi pandai masak.

Si bongsu.. Apik..
Belikan dia prosperity Burger.
Kesian dia pedas. Aku memang tak tahu burger ni pedas.
Aku ingatkan rasa macam GCB.
Kalau GCB memang sedap



Sebelum balik gigih ke kedai kasut belikan mereka kasut.
Sakan noh nak masuk sekolah baru nanti.
Sebenarnya carikan Apik kasut baru.
Dia boleh sambung sambung belajart ke MRSM Besut - Tingkatan 1


Laki den pun sibuk memilih



Hari Jumaat, 31 January 2014

Pagi jumaat yang indah, hanya bersantai di rumah. Petangnya plan nak keluar dengan dak Ezy ke Taman Syahbandar sebab ada pasar malam. Ada Thai Food Festival kat sana.


Hari Sabtu, 01 February 2014

Jalan-jalan ke Mydin dan pasar Tani je. Bawak adik-adik beli peralatan sekolah mereka. Macam-macam ragam.


Hari Ahad, 02 February 2014

Pagi Ahad packing barang Rafiq untuk ke MRSM Besut esok.
Petang Ahad hantar Aina balik IKBN dan Aima balik MSRM KT.
Semua masih belum puas bercuti dan liat nak balik asrama.
Takpe, paham. Pernah laluinya.







Hari Isnin, 03 February 2014

Bangun pagi dengan perasaan debar-debar. macam aku pulak yang masuk asrama.
Hari ni Rafiq akan ke MRSM Besut.
Hari ni jugak aku akan balik KL. Sedih.. Tak dapat hantar Rafiq ke MRSM..
Adik lelaki aku yang hantarkan memandangkan aku kena balik KL hari ni. 





Mak dah iron semua baju sekolah....
Mak risau minggu ni Orientasi takut si bongsu ni tak sempat iron baju.
 Super Mommy.  Semoga Allah memberkati Mok









Hari Selasa, 04 February 2014.

Kerja. Arghhhh..



Psst : Selamat belajar semua... Harap sangat kalau sampai ke akhir hayat kita sesama adik beradik ni takde gaduh-gaduh teruk...

Ok. Bye!