Rumah Kesayangan : Susunatur Penyapu dan Keadaan Kabinet Dapur

Assalamualaikum...
Hai semua...


Keadaan dapur tak banyak berubah.
Kami cuma tambah 2 rak pinggan dan kabinet untuk letak barang. Lupa nak amik gambar cabinet..

Dulu masa pindah rumah masa cuci cabinet ni, banyak tahi lipas.
So aku betul-betul basuh cabinet ni sampai kayu laci rosak.. Huhuhu..
Ingatkan nak tempah kat kedai untuk laci ni, tapi alahai malasnya nak mintak orang kedai datang rumah untuk ukur.
Sebab bendanya bukan banyak pun, orang kedai nak datang pun bukan main malas.



Laci ni dah rosak.
Nasib baik pintu laci ada, just kotak laci je yang aku dah buang.
Menyesal pulak buang, patutnya simpan untuk amik ukuran.


So far kat sini la kami gantung penyapu dan mop.
Ni penyapu untuk dalam rumah.
Penyapu laman rumah tersadai kat luar tak sangkut2 pun kat luar.


Ni rak aku letak barang-barang kering..
Boleh je kalau letak dalam cabinet tapi bahaya sebab selalu lupa.
Pastu expired.
Kalau macam ni, terang-terang nampak..

Updated 2018 : Pintu kabinet dapur aku dah buang, sebab asyik ada lipas dan tikus dalam tu.
Aku jadikan bawah pun open area. Senang aku nampak semua benda kat situ. Takde la tahi tikus, tahi cicak bagai.. 

Ok. Bye

Resepi : Siput Sedut Goreng Pedas Sos

Assalamualaikum...

Ni resepi terbaru.
Olahan sendiri.
Sedap bagi aku dan suami.
So, nak place kat entry ni la resepi ni takut lupa nanti.

SIPUT SEDUT GORENG PEDAS SOS

Bahan-bahan :
  • 2ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar (separuh dihiris, separuh ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih
  • sedikit kunyit hidup (hiris suku inci saja)
  • sedikit lengkuas (hiris suku inci saja)
  • 1 inci halia
  • sedikit ketumbar (dalam 10 bijik je)
  • cili besar sebijik
Semua bahan diatas ditumbuk.
  • sos cili 4 sudu besar
  • sos tiram 2 sudu besar
  • sos tomato 1 sudu besar
  • kicap 2 sudu
  • gula garam
  • daun bawang (optinal)
  • daun kari (optinal)
  • Cili besar (Dipotong panjang-hiasan)
  • Siput sedut yang telah dipotong belakang.

Cara Memasak :
  1. Tumbuk semua bahan yang harus ditumbuk lumat.
  2. Panaskan minyak, gorengkan daun bawang yang dipotong seinci seinci. (Tips: nak bagi Wangi. Petua dari kawan Indonesia aku)
  3. Kemudian tumis bahan tumbuk tadi dan bawang besar yang dihiris tu sampai keluar minyak/garing.
  4. Masukkan gula. (Tips untuk bagi hasilnya sambal berkilat)
  5. Masukkan semua sos + kicap dan garam.
  6. Masukkan air sedikit.
  7. Masukkan siput sedut.
  8. Last masukkan lada untuk hiasan dan daun kari.
  9. Kalau sos macam sikit, tambah lagi sos cili.
  10. Biarkan sambal pekat dan melekat kat siput sedut. Aku tak suka berkuah untuk menu ni. Memang biarkan sos tu agak kering dan melekat kat siput sedut
  11. Siap.

Gambar memang tak cantek.
Sebab ikut pepatah " yang cantek tak semestinya sedap"
hehehe!


Resepi ni boleh jugak gunakan Lala, Udang mahupun kerang. 
Kaki Ayam dan hati ayam pun boleh buat sos macam ni.



Ok. Bye
XoxO

Rumah Kesayangan : Tips Susun Baju Tidur/ Gaun Tidur

Assalamualaikum...


Aku ada beberapa helai baju tidur yang jenis satin?
Eh..satin ke?
Alaa kain yang lembut licin tu...

Tiap kali lepas cuci baju tidur, bila lipat alahai cepat sangat jatuh dalam lipatan dalam almari...
Nak gantung, almari dah penuh dengan baju kurung dan baju kerja...

Cari punya cari idea, dapat la idea nak susun baju tidur ni dalam compartment.


Aku guna compartment yang dulu aku guna untuk letak barang jahitan.


Cara aku susun baju ialah guna kaedah gulungan.
 Aku gulung baju tidur dan masuk muat-muat dalam compartment. 


So, potensi baju tidur ni nak berterabur susah la..
Bila amik satu, tak terjejas baju yang lain.
Cara macam ni sangat senangkan aku. Takde la baju tidur yang berterabur jatuh dalam susunan.

Korang macamane pulak simpan baju tidur comel2 seksi meksi korang tu??


Ok. Bye.

Rumah Kesayangan : Pokok Gantung

Assalamualaikum...


Ada sekangkang kawasan untuk letak pokok depan rumah..
Boleh la kalau setakat nak main-main tanam - menanam.
Setakat ni tanaman semua di tanam dalam pasu jer la ..



Tempat gantung pokok 2 tingkat.

Suami dah tolong buatkan tempat untuk gantung pokok 2 tingkat (atas dan bawah). 
Semua guna barang sedia ada kat rumah.
Batang besi tu sebenarnya scaffolding yang construction tu.
Aku dapat hasil terbuang. Dah berkarat permukaan luar tapi still kukuh.
Tali tu pulak general worker yang bagi lebihan tali masa pindah barang.




So, sekarang boleh gantung pokok lebih sikit berbanding dulu.
Kalau dulu paling maksimum 5 pokok. Sekarang boleh gantung sampai 8 pokok.






Antara pokok gantung kami :


Pokok keladi Jarum.
Ini Ibu dia..


Pokok keladi Jarum.
Ini Anak dia..



Pokok Daun Kunyit.
Gantung sementara.. Lepas ni pindah ke bawah


Kaktus yang ofismate bagi dari Cameroon.
Dari tahun 2012 bela kat opis.
Baru beberapa bulan, pindahkan pokok ke rumah.
Dah besar dan banyak anak..


Pokok Paku Pakis.


Antara pokok lain :

Pokok serai.
Alahai.. Dah tinggal sikit.



Halia Bara.
Mak mertua bagi.


Pokok pandan.
Tina (my general worker) bagi.
Alhamdulillah.. dah tumbuh anak.
Senang betul hidup.


Daun kari..
Masa tanam kecik lagi.
Ni dah besar sikit.

Pokok Pandan.
Nak kena tambah tanah lagi, akar dah terkeluar


Pokok lada.
Walaupun daun mengeriting tapi masih hidup dan membesar.
Harap berbuah la ye..


Pokok keladi , Pokok Aloevera, Pokok setawar dan Pokok Kunyit yang dah tak berdaun dimakan belalang


Alahai.
Beranda masih tak berkemas..
Kayu-kayu yang tak nak guna masih tak sempat buang.



Psst : Korang berkebun dalam pagar rumah atau luar dari pagar rumah..

Ok. Bye

Resepi : Masak Lemak Siput Sedut Paling Simple

Assalamualaikum...

Resepi untuk rujukan sendiri.


MASAK LEMAK SIPUT SEDUT.

Bahan - bahan :
1. 3 ulas bawang merah.
2. 2 ulas bawang putih.
3. Seinci kunyit hidup.
4. 5 batang cili api.
5. Santan 2 cawan. (sederhana pekat)
Semua bahan di atas di blend bersama.

6. Daun kunyit dua helai dicarik/dipotong
7. Sekeping Asam keeping.
8. Garam
9. Siput sedut yang telah diketuk dihujungnya (belakang)


Cara Masak :
1.  Blend semua bahan 1-5.
2. Masukkan bahan blend ke dalam periuk + siput+ asam keeping + Garam.
3. Menggelegak, letak daun kunyit.
4. Masak sekejap, tutup api.




Alhamdulillah.
Lepas teringin nak siput sedut, jumpa jugak siput sedut di pasar malam.
Terus beli.


Ok. Bye

Balik Kampung yang tak pernah basi.

Assalamualaikum...


Last month ada balik kampong sempena hari pekerja...
Sempat la keluar dengan family ke pantai Kelulut...
Jarang sekali pergi ke pantai jauh-jauh ni..
Sebab rumah kami dekat je dengan pantai batu buruk...



Tak nampak muka kecewa kan?
Kecewa sebab nak beli keropok kelulut tapi kedai tutup.
Kecewa jangan cakap la..
Purposely ke kelulut untuk keropok.





Masa kecik kami takde kualiti time macam ni kat luar..
Semua pandai-pandai nak hidup la sendiri..
Sekarang bila besar, baru boleh keluar ramai-ramai enjoy..
Kalau masa kecik bergelumang kat rumah je la main askar-askar...



Adik lelaki dapat APC.
Anugerah Pekerja Cemerlang.
So belanja kami makan malam tu.
Aku tong tong sikit mana yang mampu. hehehe~



Ada lagi 2 abang yang tak balik kampung.
Kalau tak, lagi meriah you...

Terima kasih Ya Allah ...


Ok. Bye

Kami nak kenalkan tempat kerja kami..Boleh?

Assalamualaikum...


Sempat lagi tak kalau nak kenalkan tempat kerja baru aku ni?
Masih dalam minggu orientasi kan kalau dikira..hehehehe..
Belum cukup seminggu lagi..
Masih lagi dalam minggu siswi suai kenal kalau masuk U dulu ni.. huhuhukk..
Rezeki masih dalam bidang ni..


View office
Sebahagiannya..


Workstation ku

Pantry yang kat belakang tu..


Workstation ku


Aku tak dapat PC, aku dapat laptop.
Tapi aku tak bawak balik rumah, tinggal je kat opis.
Senang.

Ermmm..
Hari ni bawak beg hello kitty ni..





So hari ni bawak bekal.
Nasi Putih
Telur Dadar
Asam Pedas Ikan Kembung
Sayur takde stok.
Hari ni last kerja.. esok boleh shopping barang masak.

Alhamdulillah.. Pagi ni lepas breakfast, bos bagi curry puff. 
Walaupun dah pekena roti bakar pagi ni, terus rembat curry puff buat kudap-kudap pukul 11 nanti.. Rezeki jangan di tolak.

Psst : Esok cuti sabtu Ahad. 
Janggal..sebab selama ni sabtu kerja kalau di tempat lama (alternate)


Ok.Bye

Hari Pertama Bekerja di tempat baru

Assalamualaikum...


Rindu la pulak kat opis lama. suasana lama. Opismate lama..pantry lama.. workstation lama.. urmm..


Kena mulakan benda baru di tempat baru ni..
Opismate baru.. sini ramai cina..
Melayu ada yang akan masuk lagi next month kot..

Hari ni jugak merupakan hari pertama suami aku kerja company baru...
Macamane la suami aku kat tempat baru ni.
Hope bertabah la suami aku kat tempat baru dia tu.


Ok. Bye