Assalamualaikum...
Hai Semua...
Minggu yang bizi dengan banyak acara rumah terbuka dan kenduri.
Sampai2 dari Terengganu terus attend kenduri kawan suami yang duduk area Bukit Kapar.
Ni pengantin 2021 tapi baru boleh buat kenduri.
Siap pakej kenduri bawak anak.
Ni yang syoknya 3 adik beradik dia yang kawen tahun 2021 dia buat majlis sekali.
So, ada 3 pasang pengantin la.
Suami aku ni memang kenal jugak orang tua member dia ni.
So, kerap jugak la melepak kat sana sebelum ni.
Pengantin 1
Pengantin 2
Pengantin 3
Pengantin lama mencemar duli
Pastu beraya ke rumah member sekolah suami.
Kira macam BFF la.
Kawan dari tahun 2001 dorang ni.
Suami ni member tu tak siap masak lagi, dia tunggu sebab nak bersembang.
Melepak kat ruang tamu orang. Tuan rumah tengah masak.hahaha
Isnin ke Rumah kawan di Puncak Alam untuk celebrate besday dia.
Dia baik dengan aku dan suami, so semoga dengan sikit celebration besday ni dia happy kenal aku.
Ye la.. Laki aku ni kerap betul ke sana melepak rumah dorang.
Malu ai.. Huhuhu
With Aida
Try kedai sini.. Sedap
Semoga ukhwah berkekalan
Semoga tercapai semua cita cita si besday girl
Minggu yang cuti 3hari sebab wesak day tu lagi la heaven dengan kenduri dan rumah terbuka.
Bersusun rumah terbuka. Sampai ada yang tak sempat pergi sebab lewat akibat jem kat jalan.
Sabtu, aku ke Jalan Kuching KL sebab ada kenduri sepupu side ayah.
Sepatutnya kenduri tu last year bulan 7, tapi PKP so sekarang baru boleh buat kenduri.
Kami 3 beradik wakilkan mak dan ayah yang kat Tganu tak dapat datang.
Sempoi kenduri tak panggil ramai jemputan so santai aje.
Tak rushing.
Kenduri sepupu
Semoga rumahtangga sentiasa aman damai dan dikurniakan keberkatan
Kemudian ke Kota Damansara rumah terbuka ex-ofismate dak Faizah ni.
Dia ni geng kuat QS ni..
Gigih bekerja jenis ada wawasan. hahaha.
Kalau aku, janji dapat gaji udah la..
Duduk tak lama sebab nak attend satu lagi rumah terbuka.
Bersama geng opis
Ke Johan Setia (sebelum masuk Teluk Panglima Garang), attend majlis kawan sekelas a.k.a geng2 suami aku jugak.
Solat asar dan solat magrib kat sana.
Kalau ikutkan hati memang nak melepak lama sebab lama tak jumpa geng2 yang datang tu.
Ada yang dah tak jumpa sejak kawen.
Sembang itu ini hal rumahtangga, hal anak dorang, hal kerja, hal usia dan kesihatan..
Dengan geng2 isteri.
Isteri jadi mengenali antara satu sama lain sebab suami berkawan baik
Suami dan kebanyakkan memang classmate aku
Bergambar kenangan
Baru dapat bergambar raya yang proper sikit
Lepas magrib walaupun masih ada yang call suruh datang rumah, tapi kami xboleh nak pergi sebab perlu balik.
Mak mentua menanti di rumah.
Tu pun masa kami balik, mak tak makan.
Katanya tak lalu sebab takde yang teman.
Nasi takde yang panaskan.
Ahad keesokkannya hanya mampu pergi 2 rumah terbuka sahaja sebab keluar agak lewat.
Bagi mak makan pagi dan lunch dulu.
Kemudian ke Semenyih attend 2 buah rumah terbuka.
Mula-mula ke rumah kawan sekolah teknik suami. si Fadzly ni.
Papa ANAK 4 dah sekarang.
Sana boleh dikatakan jumpa hampir semua geng2 rapat dorang masa kat teknik.
Geng2 ni memang biasa yang jumpa kalau berkumpul.
Dengan geng2 isteri.
4orang geng sekolah suami.
Lagi 2 kenal sebab suaminya geng sekolah suami aku.
Dengan semua geng sekolah suami.
Nak balik, ditahan-tahan suruh stay sebab ada je gosip la. nak membaham orang tu orang ni la.
Ke rumah kedua iaitu rumah ex-opismate suami.
Jaraknya sekitar 10minit saja dari rumah tadi.
Melepak sana sehingga solat magrib pastu terus balik. Sampai rumah jam 10malam.
G beraya dengan geng TTC
Semoga tercapai semua hajat kalian untuk mendapatkan zuriat.
Aminnnn
Isninnya, attend satu rumah terbuka di Puncak Alam.
Aku bawakkan durian dan keropok keping yang siap goreng untuk tuan rumah as kudap-kudap.
Melepak sehingga pukul 7malam, pastu balik solat magrib kat rumah.
Ke rumah Aida
Geng2 yang tengah sakan bincang next trip nak kemana
So far, alhamdulillah diberi peluang berkunjung dan jumpa kawan-kawan.
Seronok sakan siap rasa liatnya nak g opis hari selasa tu.
Bila setiap minggu ada aje aktiviti, sampaikan tak sempat nak buat makan-makan kat rumah sendiri.
Ada banyak rumah terbuka yang tak sempat attend.
Contoh masa abg ipar jemput ke rumahnya, kami dah otw ke Semenyih. Nak balik dari Semenyih, dah lewat tambah plak dengan jem.
Ada rumah terbuka memang tak dapat attend, sebab nak balik cepat mentua dah call.
Ok. Bye
XoXO