Jumaat 29 APRIL 2022.
Pukul 5 pagi gerak balik Terengganu.
Isi minyak di Petronas NKVE then kereta macam buat hal sekejap.
Suami buka bonet check itu ini, aku sahur dalam kereta masa tu tak sedar masa mana aku kunyah2 sedar2 dah habis makanan tu.
Alhamdulillah kereta ok lepas tu dan suami masih sempat sahur.
Atas highway bila kereta dah ok, baru lega rasa hati ini.
Pukul 10 pagi, singgah Mesra Mall nak belikan baju singlet untuk suami nak pakai dengan baju melayu.
Pukul 1 tengahari sampai kampung, Terengganu panas membahang.
Kesian laki aku, melepek baring tepi dapur . Dia nak baring dalam bilik ekon dia segan sebab dalam bilik tu penuh orang tersusun baring nak dapatkan sejuk ekon.
Petang tu, aku kemas dapur /ruang sebelah dapur.
Nak clearkan barang untuk luaskan ruang makan berbuka ramai-ramai nanti.
Penatnya alahai. Memang nak siapkan cepat sebab esok lusa mesti bizi.
SABTU 30 APRIL 2022
G pasor dengan mak. Sakan membeli.
Panas membahang wei, balik dari pasar aku melepek terbaring. Nak aje aku buka puasa masa tu. heheh.
Malam tu g Mr. DIY nak beli beberapa barang nak install dalam bilik air dan belanja adik makan pizza di kedai yang baru beroperasi kat sana.
Suami dan adik bongsu sama2 buat kerja pasang shelf la, pasang penyangkut daun pintu dan baiki mana-mana yang rosak.
AHAD 1 MAY 2022
Eh, mak sekali lagi pegi pasor ada yang request nak itu ini suruh mak masak.
Tapi mak bonceng moto sekejap dengan adik bongsu aku. Hujung2 puasa ni, memang jem aje di bandar KT ni.
Petang tu, Encik suami dan adik bongsu done install rak sabun, rak sidai tuala & penyangkut tuala untuk semua bilik air.
Merasa la berbuka 8 orang adik beradik , sorang lagi sepatutnya balik isnin lepas sahur.
Tup2 raya esoknya, terusla adik aku balik malam raya tu terus ke Tganu.
8 beradik bebuka bersama. Yang kat meja tak muat photo.
Rumah sempit kat bahagian tepi dapur.
Kelam kabut mengemas dan mendeko malam tu
ISNIN - 1 SYAWAL
Selamat Hari Raya. Maap Zahir Batin.
Berkumpul kelam kabut trendmark family aku.
Petang g rumah terbuka sepupu
Cukup 9 beradik.
Semoga tahun depan masih cukup semua nya..
Selamat Hari Raya korang..
Daripada geng kami yang tak ramai ni
Nak ramai sikit kita bergambar dengan mak ayah la..
Bergambar dengan tetamu.
SELASA - 2 SYAWAL
Balik kampung mak
RABU - 3 SYAWAL
Jalan2 sekitar rumah jiran
Blogger hebat Cik Ezy datang rumah.
Memang takde nak berjalan ke luar sebab azab jem nya.
Bergambar di taman jiran
Bergambar kenangan dengan Dak Ezy
KHAMIS - 4 SYAWAL
4.00pagi ayah lelah kuat, pujuk ke hospital.
4.30pagi masuk zon merah.
Subuh kami balik solat di rumah dan berehat sambil tunggu panggilan hospital.
9.00 pagi hospital call ayah dah warded.
10 pagi kami g hantar barang2 ayah dan mak tunggu ayah kat sana.
Pastu ke dobi untuk keringkan baju 4 bakul besar.
Dobi laku kerasssss wei..
Beratur berebut2 chopkan mesin.
Kemudian singgah beraya rumah Ezy membalas kunjungan cik Ezy semalam.
G umah Ezy sorang je, sebab aku nak balik kemas rumah plak sebelum nak balik KL nanti.
Mak bersiap untuk ke hospital
Lepas ke hospital, singgah ke rumah Ezy melawat umi nya.
Petangnya g melawat ayah di wad.
Singgah belanja adik2 makan sushi sebelum balik ke rumah.
Ayah boleh keluar wad pada hari ahad.
JUMAAT, SABTU & AHAD
Balik KL. G hospital dulu sebelum balik KL. Salam mak dan ayah.
Ayah aku memang sejak uzur ni mudah benar sayu, kejap2 menangis.
Beraya 2,3 tempat rumah kawan dan hadir kenduri.
Tumpangkan adik ke Kuantan & abang ke Kajang.
Berehat di rumah esoknya nak g jemput mentua semula.
Angkut bawak abang dengan adik sekali tumpang nak ke Kuantan dan KL.
Sempat masak untuk adik ipar dan adik bongsu kat rumah. Menu siakap stim, mee goreng untuk pagi dan terung sambal.
Gigih aku kelam kabut masak itu ini sebelum gerak balik KL.
ISNIN 8 SYAWAL
Pegi amik Mak Mentua balik semula ke rumah kami.
Tugas hakiki jaga mentua disambung semula seperti sedia kala.
Kami WFH hari tu.
SELASA 9 SYAWAL
Kerja semula
Alhamdulillah AHAD tu ayah aku dah boleh keluar wad.
Rumah pun aku dah bantu kemas.
So, takde la teruk sangat banyak kerja mak aku nak kemas rumah.
Selamat Hari Raya korang.
Ok. Bye
XOxO
4 comments:
Meriahnya raya
kesian ayahnya..
semoga terus sihat
selamat hari raya awak
eid mubarak!
selamat hari raya cik hani..
meriah blh kumpul sume adk beradik..
Post a Comment