Rumah Kesayangan : Beli anak pokok untuk Kebun Cinta

Assalamualaikum...


Last week, hari sabtu memang dah lama plan sebenarnya nak ke nursery untuk beli anak pokok.
Aku niat nak beli pokok limau purut, limau kasturi dan limau nipis.
Aku cuma tahu kat sungai buluh je banyak nursery kat tempat lain xtahu.
So dari rumah nak otw ke sana, tepi tepi jalan tu aku Nampak nursery aku terus singgah jer.
Tak tunggu sampai sungai buluh. aku main beli jer tepi jalan tu jer.










3 pokok yang aku beli.
Limau Purut RM 5
Limau Nipis RM5
Limau Kasturi. RM8
Rembat sekali pokok lada RM15. Pokok kecik tapi dah berbunga. 


Balik rumah simpan je pokok ni dulu.
Tak pindahkan lagi.
Esoknya baru pindahkan.
Pokok ni kena siram air, kena kena cahaya matahari dan kena letak baja buah setiap 2 minggu.





Beli sekali pasu untuk pindhkan anak pokok.
Pasu RM7.50



Beli sekali tanah oranik, tanah itam dan baja buah RM5.
Tanah itam RM1.30.
Tanah organik (yang dah dicampur Baja) RM2

Banyak ilmu yang pekerja Indonesia nursery tu ajar kami. 
Kami beli pokok limau ni sebab tak pandai nak tut kan pokok ni. So beli jer la..


Ok. Bye

RESEPI KUIH RAYA : SEMPERIT SUSU KEGEMARAN MAK

Assalamualaikum...
Hai Semua...


Resepi ni diambil dari Facebook.

Ataupun dari sumber ni ; http://sajiankasih.blogspot.my/2015/06/samprit-dahlia-paling-sedap.html

SEMPERIT SUSU

Bahan-bahan :

 250g buttercup
50g gula castor
120g susu pekat manis
400g tepung jagung
30g tepung castard
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna - kalau nak jadikan semperit warna-warni

 Cara-caranya:

1. Pukul guna mixer GULA + BUTTER.
2. Masukkan SUSU + ESEN VANILLA. Pukul lagi
3. TEPUNG JAGUNG + TEPUNG KASTARD diayak dan masukkan dalam adunan tadi. Gaul guna tangan sehingga menajdi doh. Doh ketika ini sangat lembut. Jangan risau, memang doh lembut. Kalau doh keras, maksudnya kita dah salah sukatan/salah bahan.
4. Bahagikan doh kepada DUA bahagian. Biarakn 1 bahagian doh dengan warna asal. 1 bahagian lagi letakkan PEWARNA kesukaan. Sentiasa TUTUP DOH dengan kain lembap, agar doh tak keras.
5. Bentukkan semperit atas dulang menggunakan acuan. Gris sedikit dulang dengan butter.
6. Bakar suhu 160°c selama 15 - 20 mnt ikut kesesuaian oven masing2. Guna api ats dn bwh

Remarks : Selalu tutup doh dengan kain lembap selagi tak habis tekan acuan ke dalam dulang.




Psst : Next time aku nk tekap guna acuan je,, malas nak guna acuan yang tekan tu.. Sakit jari

Ok. Bye

Suka duka kuih raya 2015

Assalamualaikum...


Ni merupakan tahun pertama aku buat kuih raya (selain corn flakes).
Sebelum ni pernah buat corn flakes madu masa kat kampong dengan bantuan adik2.
Tapi kali ni kena buat sendiri, dan dibantu oleh suami serba sedikit.
Aku ni seorang manusia yang tak reti kalau bab buat biskut2 raya ni. 

So, semalam ahad yang indah seawal jam 7pagi aku dah start masuk dapur pagi tu.
Aku start buat kuih cornflakes madu yang super duper senang bangat.



Duduk sorang2 secara comel sorang kat sini untuk buat kuih raya..
Suami time ni kat laman tengah pindahkan anak pokok ke dalam pasu besar.


Aku buat sekotak dulu.
Pastu lepas siap, buat sekotak lagi.
Aku tak buat sekaligus 2 kotak sebab nanti cornflakes madu keras tanpa sempat masukkan dalam acuan kertas...

  
Proses memasukkan cornflakes dalam bekas.
Oleh kerana buat sorang2, semua aku dah siapkan awal2.
Bekas kuih aku dah buka siap2 satu persatu.
tinggal masukkan cornlakes je.
Tak nak kelam kabut.


Buat sambil terliur.
kalau buat malam dah boleh makan sekali.. huhuhu
Bau butter dan madu sumpah sedap giler..


Susun secara comel sebelum dibakar


Lepas dibakar.
Oleh kerana aku ada oven, aku bakar la sikit  cornflakes ni untuk bagi rangup


Assistantku



Aku guna bekas mana yang ada jer untuk simpan corn flakes ni..


yummmmy

Siap buat cornflakes madu, aku try la nak buat semperit. Ni first time aku buat sendiri. Dulu aku pernah buat kuih ni kat rumah jiran.
Tolong2 jer. dah lama, tahun 2000 dulu zaman anak dara tang tang tang. huhuhu..dah lama benor dah.


Aku pergi beli bekas ni..
Bajetnya macam  boleh isi banyak2..
Rupanyaaaaaaaaaaa.....

Huwarghhhhhhhhhhhhhhh..
Stress aku dengan laki aku guna benda alaha ni...

Benda ni memerlukan kudrat kuat untuk tolak keluar.
Aku tak larat, suami buatkan pun dia give up.
Kuih jadi tak cantik sebab masa tekan benda ni tangan ketar2 sebab tolak kuat sangat omboh penekan acuan ni.
Menyesal beli yang ni.
Dah la mahal

Hasil carian imej untuk acuan semperit
Sumber : Google
Patutnya beli yang murah macam ni.
Baru RM2.50.

Tapi semalam sempat siapkan kuih semperit jugak la walaupun guna acuan yang hazabbbbb tu.


Suami yang tolong tekankan acuan..
Sakit-sakit tangan dia.
Malam tadi, lepas berbuka makan kuih semperit ok je rasa dia.
Memang betul2 cair di mulut.
Walaupun rupanya akan kesiannnnn..


Semalam aku gunakan kacang jer sebagai hiasan tengah kuih semperit.
Aku takde ceri ataupun manik gula.


Hasil semalam. Buat kuih dari pagi sampai malam

Tenkiu kat encik suami sebab tolong siapkan bakar semperit semalam. 
Aku dah terbungkang tidur depan TV pukul 1petang lebih sebab penat berperang dengan acuan semperit tu. haissshhhh..bencik bila ingat balik.


Adunan semperit agak kering sebab aku tak tahu pulak kena tutup dengan kain lembap nak elakkan adunan kering. 
Al maklumlah...resepi amik kat gooGle dan main redah je buat sendiri.

Suami cakap, ok la... percubaan  pertama.

Next week ada lagi 2 kuih nak buat.
Famous Amos Chocolate Cookies dan Lidah Kucing. Ntah menjadi ke tidak xtahu la. redha dan berjuang le ye..

Semalam lepas solat zohor, gigih pulak adun bahan untuk meroti. Try buat roti sarang lebah. So far menjadi gak walaupun tak guna tepung roti. Aku guna gandum je.


Gebu jugak dan Sedap.
Cuma tak bape garing atas dia.
Aku takut nak bakar lama sebab takut keras..


Semalam masak awal untuk buka puasa. Kalau hari kerja 6.30pm baru masak. semalam pukul 5.00 dah masak. Pukul 6.30pm dah rehat depan tv. Suami tolong bakar ayam dan tengok tengokkan ayam dalam oven.
Semalam memang betul-betul penat.. kesiannnn.. Penangan kuih raya.. Patut la mak aku lagi rela beli biskut raya dari  buat sendiri.. Mana dia nak perang dengan anak-anak, mana nak belai kuih raya..

Selamat berbuka semalam dengan sup sawi, kerang sos pedas, ayam panggang rosemary, air white fungus longan dan roti sarang lebah.

Semalam weekend pertama di rumah sendiri.
Last week kan balik kampong.


Ok. Bye

Review : Minuman Coklat Hazelnut

Assalamualaikum...


Aku suka minuman coklat.
Tapi milo aku tak de la gemar sangat.
So, masa kat AEON, try beli ni.
Aku amik sebab ada hazelnut.
Aku suka minuman coklat yang ada hazelnut.

Dulu pernah minum kat kopitiam, sedap..


Brand : Chek Up


40gm.


Rasanya pekat dengan coklat dan hazelnut. 
Mungkin aku tak pernah try minuman coklat hazelnut lain,so aku boleh kata yang ni sedap je la..

Bila bancuh satu mug, pekat sangat. puas hati minum..
Pasni, nak beli lagi.

Korang terjah la cari benda ni
Eh, macam review tak berbayar pulak

Psst : Tempek gambar kat entry ni sebab next time kalau nak beli, mesti dah lupa pek dia macamana.

Ok. Bye

RESEPI KUIH RAYA : POPIA NESTUM & HORLICKS

Assalamualaikum... Hai Semua...


Untuk rujukan sendiri. 
POPIA NESTUM & HORLICKS

Bahan2:
  • 1 bungkus popia (saiz lebar)
  • 1/2 cawan nestum - kisar halus
  • 1/2 cawan gula aising
  • 1 cawan susu tepung
  • 1 peket horlicks 3 in 1
  • 1 sudu tepung gandum dicampur dengan sedikit air (sebagai pelekat)/
  • 1 kg minyak untuk menggoreng
Cara2 :
  • Gulung popia. Tak payah guna lidi pun takpe sebab mudah je. Lekat dihujungnya dengan pelekat tepung atau air sebelum digulung habis.
  • Jangan gulung ketat2 dan jangan ditindan2...
  • Gunting popia yang telah digulung ikut bentuk yang kita suka.. menyerong ke, menegak ke.
  • Biarkan beberapa jam, baru goreng. Sebab ada terbaca, kalau simpan 24 jam lagi rangup. Cuma tak sangguple nak simpan lama2...
  • Goreng dengan minyak yang banyak sehingga kekuningan. Toskan..
  • Campur sebati bahan2 nestum, gula, susu dan horlicks.
  • Bila popia dah agak2 suam, taburkan bahan serbuk ke atasnya.
  • Bila dah sejuk, boleh masukkan dalam balang.
Psst : Next year buat lagi. Konpem rajin sebab mudah je nak buat ni.


Ok. Bye
XoXo

Kisah Kerabu Perut di Bazar

Assalamualaikum...


Ahad malam baru sampai dari kampong. Pukul 11.30malam.
So tak de la masa nak shopping barang masak.

Isnin lepas balik kerja, sampai rumah pukul 6.30pm.
So, kami decide nak ke Pasar Malam hari Isnin kat Meru (Bukan Bazar) .
Aku beli Puyuh, Kari Kambing dan Sambal Pedas Bilis Petai. Semuanya RM9.50.

Aku paham kalau mahal sebab kambing mahal.
So far, Alhamdulillah lauknya sedap.
Puyuh dan kuah merahnya sedap sangat.
Kari Kambing aku tak makan. Suami cakap ok.
Sambal bilisnya pun ok. Sedap.

So, lepas berbuka hari Isnin plan nak g shopping barang masak untuk esok..
Aku memang tak larat sangat, lepas buka dan solat, melepek aku depan TV
Perut tak sihat dari siang tadi menyebabkan aku tak keluar malam tu.

So, semalam (Selasa) lepas kerja kami singgah NSK..
Kami macam lipas kudung shopping. Tak sangka less than half an hour boleh siap shopping barang yang kami nak.
Jam dah pukul 7.00 malam, kami singgah bazar je beli. Aku plan nak makan nasi kukus.
Tup tup nasi kukus dan habis. Tahu tak kecewanya macamana??
So aku beli kerabu perut je RM 2 (sikit je tinggal dalam tray dia)

Tapi suami tak berkenang dengan semua lauk.
Dia cakap kita balik masak je la.
Lambat pun takpe, kita goreng ayam jer. Urm...kesian laki aku.
Mungkin dia lagi rela masak kat rumah...
Alahai, kalau tahu nak masak kat rumah, takde aku beli kerabu perut tadi...


So, balik cepat2 kami masak.... Semalam, kami masak :
1. Sup Sayur dengan bebola
2. Bilis sambal Petai
3. Ayam Goreng.
4. Sambal belacan (dalam peti)
5. Air Limau Kasturi Asam Boi
Haaa.. meriah jugak..
(Meriah ke meriak?)



Menu berbuka malam tadi.


Masa azan, kami masih memaasak.
Sup sayur dah siap, tengah siapkan bilis sambal masa tu.
Suami pulak tengah bersihkan ayam.
So, berbuka la semalam dengan air dan kurma dulu.

So, lepas siap masak, kami mandi dan solat dulu.
Baru makan dengan aman sebab dah solat maghrib. 



Kerabu Perut RM2


Sayang seribu kali sayang, selera aku nak makan kerabu perut ke laut akhirnya..
Sebab kerabu dia tak sedap. Tak de rasa kerabu langsung.
Yang rasa hanyalah manissssssssssssss sahaja..
Aku kutip perut je makan.
Pastu suami cakap jangan makan, sebab dia rasa perut tu macam dah tak elok takut esok sakit perut..
Terus aku stop makan.
Rugi RM2 aku sebab kualiti masakan dia macam tu.

Haiiiiiiiiiiiii... mengeluh bukan sebab tak reti syukur..
Tapi sebab kadang-kadang hasil masakan kat bazar, macam kesian sangat kat pembeli dengan kualiti makanan tu.
Tapi tak semua makanan kat bazar tu teruk kan..
Mungkin kali ni aku takde luck.


Sedap lagi bilis goreng petai aku.


Sedap lagi Sup sayur aku 



Air limau kasturi asam boi dari suami



Ok. Bye 

peristiwa 3 ramadan

Assalamualaikum...


Pagi 3 Ramadan kami balik Perak. Rumah mertua..
Alahai..baru setengah jam gerak, kereta meragam tepi jalan.

Bateri kong.
Alternator kong.

Melayang RM700 sekali dengan belting air cond.




4 jam jugak tersadai kat bengkel.
Nasib baik sempat sampai kampong pukul 5.30 pm.


Pssst : Nasib baik la kereta ni jarang meragam, melainkan kalau ada item yang rosak/tamat tempoh.kereta akan bagi sign la kat kita untuk tukar barang baru.

Ok. Bye

Resepi : Singgang Daging

Assalamualaikum...


Semalam first time buat singgang daging.
Buat bila tengok caranya mudah dan barangnya mudah didapati.
Itu prinsip dan kecenderungan aku, kalau nak buat/try menu baru mesti nak cari yang resepi mudah sahaja.

One day before memang dah beli daging siap2, potong-potong comel letak dalam peti.

Resepi aku akan letak sini untuk rujukan aku lagi lepas ni:

1. Setengah kilo daging yang dah dipotong nipis dan comel gitu haaa..
2. Kunyit 2 cm.
3. Lengkuas 2 cm
4. Halia 2 cm
5. Biji ketumbar 10 bijik
6. 5 ketul cili api
7. Bawang putih 5 ulas
8. 5 ketul cili kering yang dipotong dua.
9. Garam/Perasa/Asam gelugur

Cara :
1. Tumbuk semua bahan kecuali daging, perasa bagai tu dan cili kering. Tumbuk sederhana lumat.
2. Sementara tu, rebus daging sehingga empuk. letak garam sikit.
3. Bila dah empuk, baru masukkan bahan tumbuk & asam gelugur. Masak jer sehingga daging empuk. Siap.


Mudah kan.. Semalam aku sampai rumah 6.30 pm. Masak semua siap pukul 7.00 malam.
Ingatkan tak sempat nak masak sebelum berbuka.


Lincah bergaya menghasilkan menu semalam
SINGGANG DAGING.
KANGKUNG BELACAN
SAMBAL BELACAN
SAMBAL KICAP
IKAN KERING/ULAM

SINGGANG DAGING.


KANGKUNG SEMPOI BAK HANG

Hari ni akan habiskan stok daging sikit lagi.

Oh ye.. pagi tadi tersedar tidur lewat terpaksa makan kurma n susu jer nak kejar imsyak.
Peruttttttt..jangan lapar ye hari ni..Cian kat aku.

Psst :Masa taip ni, perut dah keroncong.

Ok. Bye

Review : Nutrimetic hand Lotion & Nature Republic Shea Butter Mask Sheet

Haiii.. Helllo...
Eh... Assalamualaikum...


2 hari lepas opismate bagi benda alah dua ketul ni.
Hadiah dari obersea katanya. Terima Kasih.

Aku sorang yang bukan tahu sangat pasal produk penjagaan diri sebab takde koleksi benda2 macam ni.

Nutrimetic Citrus Bilberry Hand Lotion
& Nature Republic Shea Butter Mask Sheet

Nature Republic Shea Butter Mask Sheet
belum ada kesempatan nak pakai ni.
asyik tertinggal kat opis.
tak mungkin nak berMASK kekdahnya kat opis ni.




Nutrimetic Citrus Bilberry Hand Lotion
30 ml size yang comel2 sahaja.
Ni aku nak review sikit..
Bila pakai baunya Wangi macam ros.
dan tahan lama.
bila kita apply kat tangan, tangan tak melekit dan dan losyennya cepat kering dan meresap kulit.

Warna seakan merah jambu yang sangat lembut.
teksturnya lembut dan tak berminyak.
tangan terasa lembut.


Psssstt : Ada sesiapa nak aku follow blog dia, boleh tinggalkan link.

Ok. Bye.
XoXO

Menjelang bulan puasa.

Assalamualaikum...


Hari minggu macam ni memang syok habis bila boleh meluangkan masa dengan family kan.
Pagi ni kami memang dah plan nak beli barang basah memandangkan semalam tak sempat beli.

Suka akan suasana ketika menyambut bulan ramadan.
Orang ramai berpusu ke pasar beli bahan masak.
Orang berpusu gi kedai runcit.
Tepi jalan pun dah start meriah mendirikan gerai lemang, ikan bakar...

Suka..
Suka...


NSK Meru bukan main ramai lagi orang membeli dan belah.


Rembat stok untuk seminggu




Lunch hari ni...
Udang masak lemak cili padi tempoyak dengan kacang panjang
Ikan kering.
Kangkung belacan.


Bulan puasa ni nak kena speed up bila memasak.
Bagi yang bekerja ni susah sikit sebab sampai rumah pun dah lewat.
Within 1 hour nak kena siap masak.


Pssst: Korang dah berbeli dan membelah ? 

Ok. Bye
XoXO

Resepi : Kaki Ayam Pedas Masak Sos

Salam Sejahtera semua...


Resepi ni sama jer dengan siput sedut goreng pedas sos yang sebelum ni aku buat..


KAKI AYAM PEDAS  MASAK SOS

Bahan-bahan :
  • 2ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar (separuh dihiris, separuh ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih
  • sedikit kunyit hidup (hiris suku inci saja)
  • sedikit lengkuas (hiris suku inci saja)
  • 1 inci halia
  • sedikit ketumbar (dalam 10 bijik je)
  • cili besar sebijik
Semua bahan diatas ditumbuk.
  • sos cili 4 sudu besar
  • sos tiram 2 sudu besar
  • sos tomato 1 sudu besar
  • kicap 2 sudu
  • gula garam
  • daun bawang (optinal)
  • daun kari (optinal)
  • Cili besar (Dipotong panjang-hiasan)
  • 20 biji kaki ayam yang telah direbus (lembut).

Cara Memasak :
  1. Tumbuk semua bahan yang harus ditumbuk lumat.
  2. Panaskan minyak, gorengkan daun bawang yang dipotong seinci seinci. (Tips: nak bagi Wangi. Petua dari kawan Indonesia aku)
  3. Kemudian tumis bahan tumbuk tadi dan bawang besar yang dihiris tu sampai keluar minyak/garing.
  4. Masukkan gula. (Tips untuk bagi hasilnya sambal berkilat)
  5. Masukkan semua sos + kicap dan garam.
  6. Masukkan air sedikit.
  7. Masukkan kaki ayam.
  8. Last masukkan lada untuk hiasan dan daun kari.
  9. Kalau sos macam sikit, tambah lagi sos cili.
  10. Biarkan sambal pekat dan melekat kat siput sedut. Aku tak suka berkuah untuk menu ni. Memang biarkan sos tu agak kering dan melekat kat kaki ayam.
  11. Siap.


Kaki Ayam tak potong dua sebab lupa nak potong sebelum rebus.
Lepas rebus, alahai panasnya nak pegang masa potong.
So, aku terus masukkan dalam kuali je..
hahaha.


Ok. Bye.

Rumah Kesayangan: DIY tempat sangkut baju dan tempat sidaian 2 in 1

Assalamualaikum...


Aku ada DIY rak storage sendiri (masa kat rumah sewa - Selayang).
So ada lebihan L-shape bar, makanya boleh la buat rak untuk gantung baju pulak.


(Gambar Lama ketika di Rumah Sewa)


(Gambar Lama ketika di Rumah Sewa)

Ni rak gantung baju masa kat rumah sewa dulu.
Buat guna lebihan L-bar masa DIY rak storage yang kat atas tu.


Ni pulak aku dirikan untuk rumah sekarang.
Rumah Sendiri
Dalam bilik kedua a.k.a bilik pakaian.


Tudung kat belakang tersembunyi.
Sini semua tudung yang pakai sekejap-sekejap pastu nak guna lagi.
Tali pinggang pun sangkut sini senang nak cari.


Senang sikit buat macam ni.
Boleh gunakan 2 in 1.
Jadikan tempat penggantung baju dan ampaian kain dalam bilik.

Ok. Bye