Semalam first time buat singgang daging.
Buat bila tengok caranya mudah dan barangnya mudah didapati.
Itu prinsip dan kecenderungan aku, kalau nak buat/try menu baru mesti nak cari yang resepi mudah sahaja.
One day before memang dah beli daging siap2, potong-potong comel letak dalam peti.
Resepi aku akan letak sini untuk rujukan aku lagi lepas ni:
1. Setengah kilo daging yang dah dipotong nipis dan comel gitu haaa..
2. Kunyit 2 cm.
3. Lengkuas 2 cm
4. Halia 2 cm
5. Biji ketumbar 10 bijik
6. 5 ketul cili api
7. Bawang putih 5 ulas
8. 5 ketul cili kering yang dipotong dua.
9. Garam/Perasa/Asam gelugur
Cara :
1. Tumbuk semua bahan kecuali daging, perasa bagai tu dan cili kering. Tumbuk sederhana lumat.
2. Sementara tu, rebus daging sehingga empuk. letak garam sikit.
3. Bila dah empuk, baru masukkan bahan tumbuk & asam gelugur. Masak jer sehingga daging empuk. Siap.
Mudah kan.. Semalam aku sampai rumah 6.30 pm. Masak semua siap pukul 7.00 malam.
Ingatkan tak sempat nak masak sebelum berbuka.
Lincah bergaya menghasilkan menu semalam
SINGGANG DAGING.
KANGKUNG BELACAN
SAMBAL BELACAN
SAMBAL KICAP
IKAN KERING/ULAM
SINGGANG DAGING.
KANGKUNG SEMPOI BAK HANG
Hari ni akan habiskan stok daging sikit lagi.
Oh ye.. pagi tadi tersedar tidur lewat terpaksa makan kurma n susu jer nak kejar imsyak.
Peruttttttt..jangan lapar ye hari ni..Cian kat aku.
Psst :Masa taip ni, perut dah keroncong.
Ok. Bye
5 comments:
Sedap tuh..
daging ade kat rumah..sedap ni buat masak sahur..mesti selera
Wah....menarik..mudah je..nnti boleh cuba...slalu wat singgang ikan je
dah follow. dan dah buat silap bukak blog awak di bulan puasa. now dah teringin makan singgangggg. howww??? T_T
teringin nak rasa singgang daging..
Post a Comment