McD Hello Kitty Carrier

Assalamualaikum... Hai Semua...


Malam 27hb hari tu saje duk search FB.
Eh, ada nampak advertisement pasal Mcd Hello Kitty Carrier
Sebelum ni aku pernah nampak carrier ni jual di Singapore.
Pastu ada jugak benda alah ni kat disneyland oversea..
So, aku share kat husband.
Buat-buat seronok cuci mata.hahaha

Eh, tak sangka dia g beli...
Katanya mcd kat opisnya tak ramai orang time tu, dia singgahla..
Btw, kami takde la sejenis manusia yang asal ada benda viral kami serbu..











Selingan : Konon nk buat mushroom aglio oglio spagethi.
Rupanya cendawan dah rosak dalam peti ais.
Sendu jap ai.


Ok. Bye

Happy Birthday Mr. Husband

Assalamualaikum... Hai Semua...


Tanggal 26 November setiap tahun

Tahun ni jatuh hari selasa - hari bekerja.
So haruslah sambutan hanya di rumah sahaja
Sekarang dah tak boleh nak luangkan masa kat luar lepas kerja.
Sebab ada mertua di rumah.
Balik kerja kena cucuk insulin dan sediakan makan untuk mereka.
So, plan nak celebrate kat Secret Recipe tinggal angan-angan je la ye..
Jangan terbawa-bawa dalam mimpi sudahla..
Kang ada yang meleleh ailio

25hb malam (Isnin) aku cuba la create moment best.
Incase kalau 26hb besday aku tak sempat buat apa2..
Masa singgah beli sate, aku beli Brownies sekali.


Brownies kat kedai Sate ni cuma RM4 sahaja.


Aku tapau sekali pad kra pao daging
Suami yang perkenalkan menu ni kat aku.
Sekarang aku plak duk gilerkan menu ni.. Sedap..



#KamiTakRamai

26 November 2019 (Selasa)

Pagi tu bangun tido wish la besday kat husband.
Kat office memang busy, petang baru sempat DIY Card besday.
Konon nak g beli kat kedai je kad sebab takut tak sempat nak DIY.
Rupanya hujan lebat diknon wei..
So aku DIY je kad sambil2 siapkan document untuk bagi boss sign.


DIY Besday card 

Oleh kerana tak jadi keluar malam tadi..
Makanya kami order 4 set regular pizza..
2 set bagi jiran India sebelah rumah..
2 set untuk kami..

Jiran tanya "kenapa bagi? birthday ke?"hahaha
"Takdela kak, memang dah niat nak bagi, sengaja beli lebih"

Ye. memang niat nak bagi jiran sebelah lepas ni kalau order delivery.
Membalas jasa jiran yang selalu tolong tengok2 kan mertua aku bila kami kerja.
Bagi makan, belikan makanan, belikan ubat.

Tuna Sensation & Chicken Sensation kot namanya.


Tadaa.. selepas beberapa tahun takde kasi suami hadiah..
Tahun ni beli pouch bag untuk suami..
Gigih aku order online kat shoppee lepas tahu suami asyik survey benda ni je time tu.


Psst : Happy Besday you! Semoga semua impian kamu tercapai. 

Ok. Bye

Majlis Pertunangan Anak Sedara & Melawat Baby Ly

Assalamualaikum... Hai Semua...



Semalam balik Perak ada jemputan majlis pertunangan anak sedara (lelaki).
Ni anak sedara side suami aku..
Jangan di'compare'kan dengan anak sedara aku.
Anak sedara aku baru masuk "jawi" last year.. hehehe!

Oleh kerana aku nak gerak sekitar jam 7-8pagi, maka pagi tu bangun awal sikit la masak untuk mertua.
Aku masak ikan gurut  gerut 3rasa.
Suami gorengkan ikan & ayam & tolong buat meehoon sikit.
Itu Ini bagai jemur kain semua, kul 8pagi jugak baru gerak ke Perak.
Dalam hati takut tersampai lambat kat check point a.k.a tempat berkumpul sebelum g rumah bakal tunang (perempuan).
Sampaikan suami ajak makan kat kedai pun aku tolak.
Aku prefer makan roti dan minum air kotak je.
Hajat nak bekalkan meehoon makan dalam kerete, tinggal angan-angan sebab lupa. kehkehkeh!
Tup tup suami masuk drivethru McD di Kuala Selangor.
Makanla kami set breakfast scramble egg burger & hash potato (Mix&Match Set)
Punyala taknak terlambat takut orang tertunggu2..

Tup tup bila sampai di check point tu, sorang pun takde lagi.
Punyalah taknak orang menunggu, rupanya eh kita pulak yang kena menunggu.
(Teringat kuali tak basuh kat rumah sebab nak cepat. hahaha!)

Kul 11 lebih jugak baru sampai rumah majlis pertunangan tu.
Aku dah 2-3 kali jugak attend majlis pertunangan, cuma kali ni je majlis perbincangan dia panjang lebar.
Kalau sebelum ni "hantaran semua biar bakal pengantin bincang sesama dia la"
Majlis kali ni bincang semua, mujur takde balas pantun je. Hahaha!

Majlis Tunang ni berlangsung untuk 2 pasang bakal pengantin.
Kakak dan adik dia tunang sekali.
Anak buah suami aku ni tunang dengan si adik.
Lepas adik ditunangkan, rombongan kakak dia plak sampai.



Geng perempuan dari rombongan kami



Geng lelaki dari rombongan kami


Pelamin dan hantaran


Hantaran dari pihak perempuan

Hantaran dari pihak lelaki





Sessi sarungkan cincin

Sessi bersalaman


Tunang menanti di luar.
Dup Dap tak?

Bergambar kenangan


Alhamdulillah selesai semuanya



Pengantin "tadika' bergambar
Dapat jugak bergambar dengan baju ni..
Baju Raya yang tak sempat pakai. kehkeh!


Bergambar dengan kak ipar


Makan sempoi lauk kampung & kuih muih sikit.
Paling sedap "Ice Cream Malaysia Versi Moden" dia.
Kalau jual RM2 pun aku beratur beli..

Jajan & Ice Cream sedap. Lembut je.
Dalam dia susu & buah
Kak Ipar kirim kek dan brownies sikit untuk mak mertua kat rumah aku..


Siap majlis terus balik Selangor.
Sambil-sambil berbual dengan suami. Eh dia ajak jalan-jalan plak sementara ada 'peluang' keluar ni.
Aku bagi cadangan ajak dia g tengok baby Ly kawan sekolah teknik.
So, lajak la kami ke Balakong.
Duduk sejam setengah pastu 6.15 balik Kapar.







Psst : Orang tua masing2 dimamah usia. Sekarang dah start tanya "Makbapak ko apa khabar, sihat lagi?" Sebab masing2 dah uzur. Selamat bertunang untuk Epul & Isma

Updated : Ibu Ly dah meninggal masa PKP/awal2 PKPB 2020. Aku agak ok dengan mak Ly, seronok berbual dengan dia. Al-fatihah untuk acik.

Ok. Bye

Bila bos mintak beli barang RM1500

Assalamualaikum... Hai Semua...


Bulan lepas bos kata setiap orang boleh beli barang berharga RM1500.
Resit nanti bagi dia untuk tebus balik RM1500 kita tu.
Dorang takkan bagi cash tanpa beli barang.
Setiap orang kena beli barang harga RM1500
Kalau kurang, claim hanya akan dibayar ikut harga resit.
Kalau lebih, tambah duit sendiri.

Mula-mula ingat nak beli laptop.
Pastu pikir aku dah ada laptop kat opis.
Suami pun ada laptop kat opis.
Kat rumah jarang2 nak guna laptop.

Pastu ingat nak beli jam-couple untuk suami isteri..
Suami tak setuju..
Aku pun macam tak bape setuju sebab aku dah ada jam..

Nak beli phone, tapi so far phone masih ok.
Company suami aku pun ada bagi phone free sebijik.

Last-last baru dapat idea..
Baik aku beli barang kemas..

So decide samada nak beli gelang atau rantai.
Aku dah ada gelang nikah.
Rantai plak ada yang mak aku bagi.
Teringin nak beli gelang charm. Dah siap survey kat kedai lagi you!

Last2 aku beli rantai.
Sebab?
Rantai yang mak aku bagi ni, aku nak bagi adik perempuan bongsu aku.
Dia tak dapat rantai.
Sebab rantai 2 je tapi anak perempuan ada 3.

Oleh kerana aku dah kerja.
So aku beli la rantai sendiri.
Rantai sedia ada pemberian mak aku ni aku bagi kat adik perempuan bongsu tu.
Jangan plak dia hilangkan letak merata-rata.
Aku amuk nanti satu kampung!




Boleh dikatakan ni kali pertama beli barang kemas sendiri.
Sebelum ni dapat masa nikah/besday treat from husband.
So, bila masuk kedai emas untuk memilih, terasa janggal plak. hehehe!
Emas 1g/RM225 masa aku survey.
Tapi Emas 1gram masa aku beli RM199.80 sebab masa tu kedai emas kat Ampang ada buat promotion RM199.80/gram & tanpa upah untuk lebih dari 5g.
Selain dari kedai tu, semua kedai lain jual sekitar RM225.
Kedai kat Meru paling murah aku tanya pun dah RM215.
Kat Tganu sekitar RM190 masa aku call tanya.
Cuma aku takde masa nak balik Tganu.
Maybe balik Januari/Februari 2020 nanti.

Aku pilih rantai dan aku amik sekali loket "love".
Alahai cute betul..

Alhamdulillah.

Psst : Entry hanya untuk kenang-kenangan kelak!

Ok. Bye

DIY Bunga Telur : Tutorial bunga telur

Assalamualaikum... Hai Semua...



Last entry pasal bunga telur..
Kena buat tutorial. kalau tak, nanti lupa cara buat dia.


1. Sediakan semua bahan yang diperlukan. Tisu untuk bunga, lidi, riben, dawai, floral tape & sarung telur dan pengikat sarung telur.


2. Amik bunga cantumkan kat atas hujung lidi dan lilitkan floral tape. Tutorial bunga fluffy/bunga tisu di sini.


3. Amik seikat riben yang telah diikat dawai dan cantumkan bawah bunga, securekan dengan lilit dengan floral tap. Aku guna 3 ikatan riben. Tutorial ikat riben disini.


4. Lilitkan sehingga ke tengah lidi.


5. Amik seikat riben lagi, letak dan lilit lagi guna floraltape. 




6. Cantumkan sarung telur bawah riben tu. Lilitkan ketat-ketat dengan floral tape.


7. Lilitkan sehingga ke bawah anggaran 1-2 inci sebelum penghujung lidi. Siap!


Habis sudah kesah bunga telur..
Lagi 3 bulan sebelum majlis adik aku.

Checklist lain yang belum siap bantu adik aku:
1. Bunga penanggah untuk adik beradik.



Ok. Bye
XoXO

Sup Ayam Ginseng Tesco

Assalamualaikum... Hai Semua...


Oleh kerana aku ada dapat RM50 tesco baucer, maka malam tadi aku ajak suami g Tesco.
Kami jarang ke Tesco, biasa beli barang dapur kat SpeedMart dan pasar je.
Ke EconSave dan NSK pun jarang-jarang dah sekarang.
Sebelum baucer expired Feb 2020 ni baik aku guna cepat sebelum terlupa.

Selain beli ayam, aku beli la pek ginseng untuk sup ayam.
Dah lama nak try, so aku try la kali ni.
Balik Tesco malam tadi terus masak.
Pukul 9 malam baru makan.

Pek ni harga dalam RM7.00 lebih. 


Aku follow instruction kat belakang.
1 jam setengah atas dapur.
Aku letak ayam je. Selain tu semuanya ginseng ni je la dalam periuk.
Yang aku perasan ada goji, ada kurma cina, halia kering.
Dan beberapa herba lain yang tak tahu nama apa.

Tadaa.. 
Sedap wei..
Bau macam telur herba/ sup herba yang biasa kita bau kat shopping mall tu..
Sebijik bau dia..

Makan panas-panas memang syok
Senang betul masak macam ni.
Masuk air + pek ginseng. pastu masuk ayam + garam.
Biar reneh atas dapur.
Boleh la korang melayari internet sambil2 bau herba yang sedap.
Sesuai untuk orang macam aku yang malas duk dapur lama-lama.
Lepas 1 jam setengah tutup api.


Breakfast mee pagi ni. Laki masak. 
Aku tolong potong sayur dan fishball je.
Then clearkan sink.
Haha!

Ok. Bye

Pegi mengejar si tukang kasut

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kalau kau jenis jogging 5 tahun sekali memang lojik la kasut kau lekang tapak sebab tersimpan lama.
Hahaha!
Nak jogging semula baru terhegeh2 gi selongkar rak kasut.
Sekarang plak memang jenis ke mana2 memang takde nak pakai kasut.
Senang nak solat nanti, tanggalkan selipar je.. huhuhu!

Dari sehari aku lupa nak bawak g repair kasut ni.
Sayang jugak nak buang. Sebab masih baru rupa kasut ni.
Bila dah bawak ke opis, gigih la aku g cari tukang kasut yang biasa aku g.
Sebelum ni pergi brader tu tak buka "tong niaga" dia.
Kali ni pergi, eh brader tu plak takde.
G solat agaknya.
Duduk angkut la kasut 20sen aku ni ke hulu ke hilir.
Dah la kat area tu banyak kedai "best"
Tiap kali lalu, tiap kali tu la habis 'pitis'
Air boba la, cupcake hipster la, buah potong la.
Kerepek la, pisang goreng hawker la..



Lebih kepada kasut yang banyak kenangan, tu yang aku repair jugak.
Beli time duk rumah sewa dulu.
Zaman nak "up" semula lepas duit dah habis buat kenduri kawen. Hahaha

Ok. Bye

DIY Bunga Telur : Tutorial ikat riben

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kesah bunga telur tak habis lagi wei..
Tengah ikat riben & buat bunga banyak2, nanti dekat dengan tarikh kenduri baru siapkan jadikan bunga telur.
Setiap malam siapkan riben dan bunga tu.
Saje nak siapkan awal. Nanti dah x stress.
Eh.. macam dah aku plak nak kawen..

Kali ni nk share cara aku ikat riben untuk bunga telur :


Contoh Ikat Riben Pertama:

1. Kena sediakan riben 2 jenis (1/2 inci & 1/4 inci) untuk 2warna, playar dan dawai aku guna size 26. Setiap dawai aku potong 4 bahagian.







2. Bentukkan riben biru (1/2 inci) menjadi macam gambar di bawah ni.



3. Kemudian, ulang langkah kedua untuk riben pink pulak. Tindihkan atas riben biru tadi.


4. Ikatkan dengan dawai. Siapla.








Aku buat banyak2 pastu simpan dalam bekas. Nanti nak cantumkan jadi bunga telur sekali gus senang.




Contoh bunga telur




Contoh ikat riben kedua:

1. Amik riben dan susun macam dibawah ni..


2. Pastu secureken dengan dawai.



Ramai orang guna ikatan riben yang kedua ni kalau wat bunga telur.
Tapi untuk bunga telur kali ni aku guna ikatan yang pertama tu.

Ok. Selamat mencuba.

Ok. Bye