Handbouquet Untuk dijual.

Assalamualaikum...



Ada 2 lagi handbouquet besar dan satu kecil untuk dijual.





Light Pink - HB 001 (Light Pink) = RM 55 (Including Postage)
Size M

***********





Purple Gery - HB 002 (Purple Grey) = RM55  (Including Postage)
Size M

**********






Vintage Mixed - HB 003 (Vintage Mixed) = RM25  (Including Postage)
Size S
Suitable for girl flowers / dayang-dayang

************




All still availabe.

Interested, feel free to email to rosnizahani@yahoo.com.my

Ok.bye

DIY : Baju PEPLUM biru berLACE

Assalamualaikum...
Hello prengggg !!


Aku ada sehelai PEPLUM biru yang beli sebelum ni.
Baju peplum biru ni RM25.
Kain tu pun RM25 dibeli berasingan
Nampak kosong je tanpa hiasan.

Peplum dan kain beli berasingan tapi bila pakai matching macam satu set.


Makanya aku buat DIY letak lace..
Ni lace dari projek kahwin aku dulu..
Aku beli RM10-15/ Untuk 1.5 meter.
Ada banyak lace dan patch lace dapat gunting dari kain lace ni..


Untuk lengan aku letak sekeliling.
Mentang2 banyak lebih lace terus tak pikir nak berjimat cermat lace.



Dan aku letak sikit di area pinggang..
Bahagian depan sahaja..


Kemudian siapkan satu riben..
Pastu pening kepala nak tampal kat mana riben tu.
Tunggang Terbalik memikirkannya.
Di bahu kah?

Di depan kah?


Last sekali, aku decide nak letak belakang.
Siap


Ok.Bye
XoXO

Cerita Kawen: Cincin pertunangan vs cincin kawen

Assalamualaikum...


Cincin pertunangan vs cincin kawen

Hi uollsss yang indah-indah belaka..apa khabar?
sonok sebab bertemu lagi di blog ni..

Walaupun dah lama kawen ( 4 bulan ++  takde la lama sangat kan? ).. So masih tak basi nak review hal kawen..This time nak review pasal cincin pertunangan dan cincin kawen

Actually cincin kami ni sepasang (couple).
Kami design dengan consultant kami. Ring consultant kami ialah abang aku sendiri.
Dia merupakan tukang cincin..

Sebelum ni cincin suami nak buat cincin yang permata satu tengah2(besar) tepi nak letak berlian kecik-kecik. tapi bila bincang dengan bakal suami tu dia tak nak sebab cincin tu besar sangat macam cincin tok bomoh je..plus MAHAL sikit..takut over bajet.

So decide nak cincin kecik.

Cincin aku suasa.aku lagi prefer suasa sebab lagi murah berbanding emas. Cincin suami plak cincin silver.

Cincin suasa pengantin perempuan size 13. Permata 5 biji.
Cincin silver pengantin lelaki size 22 setengah. Permata 5 biji.

Cincin suasa ni jadi cincin pertunangan aku.
Cincin silver ni jadi cincin kawen suami aku.
Untuk perkahwinan, aku dapat gelang tangan. Aku beli kat kedai emas kawan abang aku (tukang cincin).
Sedangkan seminggu lepas tu dah jadi RM165/gram kat terengganu.
Tapi kat Shah Alam still RM195/gram.
Kat situ aku dapat saving RM300 (untuk harga seutas gelang tangan) ....

Cincin kami..





Luv it so much.

Total pricing:
1. Cincin suasa = RM300+-
2. Cincin perak = RM 200

Ada sesiapa nak tempah? contact me. Huhuk.

Update : ni harga tahun 2013, harga sekarang dah berbeza,,,,


Ok.Bye
XoXo

Beli barang di MR. DIY untuk rumah

Assalamualaikum...
Hi semua...


Walaupun kat rumah sewa tak bermaksud tak boleh nak beli barang banyak-banyak...
Asalkan barang tu mudah nak diangkut kalau pindah ataupun barang-barang murah kalau tinggalkan pun tak rasa menyesal.

Lepas berbuka dan solat Maghrib, naik motor dengan suami ke Selayang Mall...
Sebab dekat je dengan rumah...
Pergi dengan segunung NIAT hanya nak membeli seluar yang abang aku kirim dari Terengganu...


Habuannya...
2 pasang seluar panjang dia suruh aku rembat

Dan 3 pasang seluar pendek

Total RM 245.. Tak de la mahal sangat berbandang saman AES RM300 kan! 
Tak Mampu dik non nak bayar ye idokkk?

Kemudian si Isteri ni gigih tarik suaminya ke kedai MR.DIY.. 
Bila masuk MR.DIY confirm la tersangkut dengan banyak benda.. 


Hasil rembatan untuk rumah sewa kami

Sebelum ni, bakul mandian hanya letak atas sinki


Tadaaa.. Letak atas rak mr. DIY


Beli penyangkut besi si cinonet yang kecil tu
RM1.90/5 pcs

Sebelum ni..
Tempat letak rempah ratus bagai ni..


Ni sebenarnya rak kasut
RM9.50


Selepas






Ok.Bye
XoXO

Langsir baru untuk keDIAMan kami ~

Assalamualaikum...


Sehari lepas my BFF kawen, nekad nak jahit langsir baru untuk keDIAMan kami...
Sebelum ni pernah survey kat kedai macam Mydin, Giant...
Tapi price sekeping langsir cikai-cikai pun dah RM49 ringgit..
 Urut dada aku tengok price tag..

Meroyan aku "Tak pe.. Nanti kita jahit SENDIRIKK! Nekad !

Aku perlukan at least 4 keping langsir :
= Living Room - 2 keping untuk sliding door
= Master Bedroom - 2 keping untuk tingkap
Tingkap 2nd bedroom aku nak guna mana yang ada je sebab kecik je tingkapnya.

So, kalau sekeping langsir cikai-cikai pun dah RM49. Kalau 4 keping total almost RM200.
Makanya masa ballik kampung aku ajak suami ke kedai kain Devandas Kuala Terengganu cari kain langsir kat sana...

"Encik..Tunjukkan kami kain langsir yang PALING murah"
Bergegas ke belakang nun celah2 tiang kain.

Kami beli 2 set kain langsir:
- Day Curtain warna cream RM2.20 X 8.5 meter = RM 18.70
- Night Curtain ( yang tebal sikit warna coklat) RM 5.50 X 8.5 meter = RM 46.75.
- Tape langsir = RM 0.50 X 7 meter = RM 3.50

So, TOTAL hanyalah RM 68.95 untuk 4 keping langsir.
Upah jahit FREE laa gigih kot jahit sendiri guna mesin mak.

The hasil titik peluh nanges tawa jahit langsir dengan bantuan suami jugak.
Tak lupa mak dengan adik yang tolong pegang kain masa aktiviti ukur mengukur.


Wayang je ni.. Bukan dia pun yang menjahit...


Kecian Ezy dan Suami..
Dia datang rumah aku nak ajak aku keluar tapi aku sibuk menjahit langsir..
Kekangan masa.. Hope time raya nanti dapat keluar lagi..

Hari ketiga : balik KL dengan sendu dan sayu!

Sampai dari Terengganu petang isnin tu.. Letak bag tepi dinding.. Tanggalkan langsir lama.. Pasang yang baru.

Pasang langsir bilik tidor


Our new curtain at living room


Psst : Sejenis isteri yang tak menyabor nak gantung langsir...


Ok.Bye
XoXO

Addy Haikal's Wedding

Assalamualaikum...
Hai semua...


Sabtu : 15 June 2013, di Senawang

Suami dapat invitation kat FB..
Aku pun sibuk nak ikut..


Addy Haikal & Isteri.
Pelamin dia sangat sempoi..


Kat Guestbook corner
Dulu kami pinjam Polaroid Camera dari Addy Haikal ni.
Sekarang orang amik gambar kami dari Camera yang sama kami angkut dulu..

Oh..Teringat time kami kawen dulu.




Contengan kami..


Ontheway balik plan nak singgah Nilai 3. 
Tapi bila kenangkan duit takde, maka kami balik Selayang je..
Beli barang dapur dah cukup untuk hari tu..



Ok.Babai

Finally.. My BFF dah jumpa JODOHnya

Assalamualaikum...


Hari pertama di Terengganu..(Balik kampung hati Riang)

Alhamdulillah.. Akhirnya my BFF cik Ezy dah bertemu jodoh..
Tahniah.. Seronok sangat sebab sama-sama dah jejak alam rumah tangga ni..

08 June 2013
Pagi sabtu sampai dari KL. Rehat sekejap kat rumah..
Dalam kul 8 pagi kami suami isteri ni gigih ke rumah Ezy.

Akad nikah dalam kul 10 lebih kat Surau, kemudian terus ke Rumah Pengantin untuk Majlis Berarak... Tolong apa yang patut sikit, pukul 2 balik rumah jap amik mak bawak g kenduri ni..


Tuan punya blog 


Decorate guestbook corner

Guestbook corner





Pose sebelum akad nikah

Persiapan sambut tetamu

Rewang..


Jalan kaki ke surau tempat Ezy akad nikah..


Sebelum akad




Alhamdulillah..Selesai akad..


Balik rumah Ezy lepas akad nikahnya 


The hantaran..




Kami laki bini sopan atas pelamin

Tetamu!
Penconteng guestbook


Petang lepas kenduri, hantar adik aku ke hostel MRSM Batu Rakit, Kuala Terengganu.



Tup - tup malam tu adik aku SMS bagitahu wallet dia tertinggal, buku tertinggal dan note yang dia cari kat Internet pun tertingggal.
Makanya, malamnya kami gigih plak g asrama dia antar barang tu semua...


Psst: Tahniah Ezy.. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.. Bahagia selalu!


Ok.Bye