Menyelam dalam bundle : Sweater & Jaket RM5

Assalamualaikum...



Kali ni nak share yang aku dapat sepanjang menyelam dalam bundle untuk kategori jaket, sweater bagai tu...

Antaranya :
Jaket ala Kardigen Kotak Kotak
RM5
Beli kat Pasar Malam Meru
Yang menarik pasal baju ni baju ni design memang sempoi.


Baju sejuk takde kolar leher
RM5
Beli kat Pasar Malam Lupa katne..huhu
Baju ni memang takde leher.
Designer buat satu garisan tengah, jahit dan letak butang.

Time aku pakai masa study dulu, ada geng laki tanya mana dapat sweater macam ni
Rindu dia tu!

Jaket Office Versatile
RM5
Beli kat Pasar Malam Meru


Kardigen Simple
RM5
Beli kat Pasar Malam Seksyen 7, UiTM

Jaket Moto Bertopi
RM5
Beli di Bundle Rawang
Aku biasa pakai untuk naik moto/musim hujan

Jaket Kot Panglima Askar
RM5
Beli kat Pasar Malam Meru
Cutting ok, sesuai dengan orang setinggi (rendah) aku..huhu


Jaket Moto Hijau Askar Kotak-Kotak
RM5
Beli di Bundle Rawang
Aku biasa pakai untuk naik moto/musim hujan

Pilihan aku?
Urmmmm..
Aku suka yang ni :

*
*
*
*
*

Sebab dia comel dan bergaya kalau pakai.


Psst : kalau korang, korang minat yang mana?

Ok. Bye

Rumah Kesayangan : Peti Ais Comot Comel

Assalamualaikum...
Hai semua....


Kira-kira 5 bulan lepas, peti ini sangat indah...
Bersih...
Suci...

Masa pindah masuk rumah ni, memang lawa la duk kemas...
Maklumlah siap lap, cuci bagai lagi...

Pastu sempat la beli barang sikit kat Mr. DIY time tu.

Bakul putih

Bakul clear-organizer


Buat letak rempah-rempah jer


Alahai..sonoknya bila barang takde..Clear jer

Masa mula-mula pindah rumah


SEKARANG..

Key chain banyak orang bagi..
Tak tahu nak buat apa. so aku jadikan fridge magnet


Segala benda sumbat sini.
Sebelum ni susun dalam tray




Lebihan makanan pun tak sempat bertutup.
Segala benda main sumbat jer dalam bakul putih.


Nah..Sebeban barang yang kat dapur tak buang lagi.
Drawer storage ni akhirnya tersadai kat dapur.
 hohoho


Ok. Bye
XoXO

Menyelam dalam bundle : Baju RM10

Assalamualaikum....
Hellooo..


Dulu jarang beli baju kemeja...
Sebelum jumpa kemeja bundle yang RM5 di tempat favourite aku, Aku terbeli baju kat Times Square...
Time tu darurat nak kena carikan kemeja untuk kerja.


Kemeja Dot Hitam Putih
RM10
 Times Square.

Kemeja Star Biru
RM10
 Times Square.

Pilihan aku?


Psst : Petang ni balik kampung. Harus la yahoo.com. Pang!!! Cubalah baca bismillah sebelum balik kampung.


Ok. Bye

Rumah Kesayangan : Beranda Kesayangan

Assalamualaikum...
Haiii..


Keadaan terkini beranda...

Keadaan masa pindah rumah.



So far, ni je yang terhasil..
Keadaan sekarang.
Masih lagi terabur
Guna balkoni untuk buat kerja potong kayu dan cat bagai tu kalau DIY



Ok. Bye

Banjir 2015 : Cuci Rumah Lepas Banjir

Assalamualaikum...



Entry Banjir Rumah mertua ada link kat bawah ni:
http://puapoo.blogspot.com/2015/01/hasil-selepas-banjir.html
http://puapoo.blogspot.com/2015/01/rumah-mertua-banjir.html

Selepas hampir 16 hari banjir, akhirnya banjir surut.
Oleh kerana sabtu pagi aku kerja, makanya suami balik dulu dengan mertua ke Perak untuk cuci rumah. Semua alatan untuk mencuci aku dah siapkan..
Kalau bawa peralatan sendiri cepat sikit kerja siap kan sebab kelengkapan dah cukup.
Sebab nak gotong royong ramai-ramai....
Satu hari dah siap semua cuci lantai.

HASIL SELEPAS CUCI

Bilik Tetamu.
Tikar getah buang.
Katil buang.
Satu almari buang
Tilam Queen saja yang boleh dipakai..

Bilik Mertua.
Satu almari buang.
Yang lain still boleh guna...

Ruang TV
TV rosak
Cabinet TV buang.


Ruang Tamu masih ok. 
Sini takde barang langsung kecuali letak motor je masa banjir.
Tiles ada yang rosak..


Dapur Area Peti.

Satu almari buang....
Peti semua OK.
Enjin mesin nak kena check.


Pintu cabinet dapur ada yang rosak..
Almari dapur buang.
Meja letak barang buang
Meja makan yang rendah buang 


Bila banjir macam ni baru lah kami semua punggah barang dan jumpa itu ini...
Mana yang lama hilang semua muncul masa ni.
Mana yang buruk lepuk time ni memang dah patut buang...


DAN.. Pabila namanya semua perempuan..wanita..Ibu..Orang Veteran..
Makanya ada sahaja yang ingin disimpannya ataupun ingin di hadiahkan pada kita..


Banyak periuk rice cooker yang dah tak guna disuruh kami bawak balik..



Dibagi sekali pinggan dengan piring..
Bila ada kabinet dapur orang ingat kabinet dapur kita kosong...
Padahal.. Kabinet dapur kita pun dah muntahh..




Keadaan sekarang kat dapur rumah aku.
Dah full tak masuk kabinet lagi.

Ok. Bye
XoXO

Rumah Kesayangan : Acid Tiles

Assalamualaikum...


Dulu masa masuk rumah ni, benda first nak tengok mesti la bilik air dan toilet.
Alhamdulillah, toilet dan bilik air masih ok dan boleh guna.
Just nak kena extra sental dan cuci.
Pendek kata nak kena hasilkan muscle la kat lengan ni. huhuhu

Lepas duk google and masuk group deko dan susun atur kat ruang tamu,nampak banyak orang sharing pasal acid tiles.

Terus pergi beli satu acid tiles dan spray bottle



Lantai dan dinding kotor sebab lama tak guna sebelum rumah dijual


Lepas spray dengan acid tiles. biarkan sekejap. 
Bau acid ni kuat , so lepas sembur tutp pintu bilik air dan biarkan. 
Jangan masuk bilik air lagi.
Lepas 10 minit baru sental



Comparison. 
Satu part dah putih , satu part lagi tak cuci lagi.



Psst : Pergi hardware cakap jer nak beli acid tiles. Mesti apek tu tahu.

Ok.Bye

DIY bekas pencil dari botol Syampu

Assalamualaikum...


Baru -baru ni opis aku ada buat Family Day..
So, ada buat aktiviti kitar semula, maka ni la hasilnya..

Daripada ini:





Kepada ini :


TADAAAAAAAAAA !!!
tungg..tungg..tunggg drolllllllllll (bunyi drum)

Bunga tu DIY sendiri guna riben sedia ada
Manik pun yang sedia ada.

Psst: Ada yang nak tutorial buat bunga ni ke???


Ok. Bye
X.o.X.O

Menyelam dalam Bundle : Seluar RM5

Assalamualaikum...


Sejak pindah duduk Taman kat sini, kami suami isteri suka g satu pasar malam ni sebab ada bundle...
Pasar malam ni kecik jer, tapi alhamdulillah boleh mencari bahan makan dan keperluan lain kat situ.

Bundle kat situ ada yang murah2 dalam RM 5 untuk seluar dan baju.
Ikut certain baju laa..

Seluar jalur 
RM 5

Seluar Flora 
RM 5

Seluar Flora ceria 
RM 5

Seluar Dam Haji
RM 5
* Dah diberikan kepada pekerja aku (general worker Indonesia) kat site

Seluar jingga 
RM 5

Seluar Coklat 
RM5

Bila 6 pasang baru RM30. 
Sakan bergaya ke tempat kerja dan bersosial jimba dengan suami mengenakan celana yang berbaloi baloi ni.
Aku beli semua seluar getah kali ni.
SENANG!!!
Gemuk pun still boleh pakai.

Tak sengkak kat perut lepas makan..
Opssss.. Ada pengalaman buka butang lepas makan sebab perut besar??..haha

Psst: korang pernah beli kat bundle tak?


Ok. Bye

Resepi: Asam Pedas

Assalamualaikum...


Parking resepi ni kat sini. Untuk rujukan masa depan.:

Al maklum lah aku bukan pandai sangat masak asam pedas ni.

Asam pedas Muar.
Bahan-bahan:

1. Bawang Putih 4 ulas
2. Bawang merah 4 bijik.
3. Halia seinci
4. Kunyit setengah inci
5. Lada hitam sesudu besar.
6. Cili kering 5 biji.
Kisar semua bahan di atas.

7. Serai sebatang
8. Bunga kantan,daun kesum, daun limau purut,
9. Asam jawa, garam. Belacan
10. Ikan.
11. Bendi, tomato.

Cara masak:
1. Kisar bahan kisaran.
2. Panaska minyak dan tumis bahan kisar tadi.
3. Masukkan serai. Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan air.
5. Masukkan daun limau purut dan daun kesum.
6. Masukkan ikan. Bahan perasa.
7. Masukkan sayur macam bunga kantan dan tomato ataupun bendi.

Aku masukkan sekali perencah asam pedas yang sedia ada dalam peti.


Perencah ni aku masukkan bertambah sedap.

Ok. Bye

Hasil selepas banjir

Assalamualaikum...



First time kampung suami banjir..


Air depan rumah masih ada


Air hampir kering di halaman rumah

Ruang menonton TV dah kering air.
Nasib baik selut tak tinggi


Ruang Letak Kereta Dah kering


Air di kebun sekitar rumah masih banyak


Beranda rumah.
Suami dah keluarkan tikar getah untuk dijemur.

Area dapur.
Tengok pada kesan air kat dinding lebih kurang 1-2 kaki.

Last weekend balik rumah mertua just untuk tengok keadaan rumah.
This week baru balik kampung untuk cuci rumah.


Ok. Bye
XoXO