Resepi : Kari Kepala Ikan Merah

Assalamualaikum...
Hai korang....


Beberapa hari lepas g NSK, niatnya nak beli udang untuk buat udang petai.  Dan nak beli ikan la sebab kebelakangan asyik makan ayam dengan sotong jer.

Suami dah melekat dengan peti ikan di NSK tu. duk angkat-angkat kepala ikan merah. Besar gedabak kepala ikan.

So, malam tu bermula la episod indah masak kari kepala ikan. First time dalam hidup makan kepala ikan besar tu. RM17 satu kepala ikan merah tu.


Bahan :
  • 3 sudu serbuk kari ikan adabi (hijau)
  • setengah cawan kecil santan pekat
  • sebijik bawang besar + 2 biji bawang merah + 4ulas bawang putih + seinci halia = dikisar tanpa air
  • 2 biji bawang merah = dipotong untuk tumisan
  • 2sudu lada boh (takde serbuk lada)
  • sedikit air asam jawa
  • garam gula
  • kepala ikan
  • bendi, tomato

Cara masak:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah yang dipotong.
2. Masukkan lada boh.
3. Masukkan bahan kisaran.
4. Masukkan air asam jawa dan serbuk kari.
5. Reneh sekejap dan letakkan kepala ikan. Kalau kering, masukkan air sedikit.
5. Masukkan garam, gula agar sebati dengan isi ikan.
6. Masukkan santan
7. Last sekali masukkan bendi dan tutup api baru masukkan tomato.

Aku tak letak daun kari sebab takde... Kepala ikan terpaksa potong dua sebab periuk kecik jer untuk makan berdua. haha



Served by Hubbby
Comot tu mainan dia la kalau kat dapur


Ada lebihan kuah somtam, isi sontam dah takde. Aku gorengkan bilis dan hirisan carrot dalam tu.






Selamat mencuba,

Resepi ni sangat mudah. Percayalah,aku ini hanya akan memasak bila resepi tu mudah sahaja. Kalau yang payah,aku tak layan.. orang Terengganu sebut " boooooo layang (layan)".. hehehe.



Kalau perut dah boring dengan masakan melayu,
Sekali sekala pekena chicken chop ala kadar kami ni.



Ok.Bye

DIY : Boppy Pillow for Husband

Assalamualaikum...
Dok jawab doser...


Bantal ni saje buat sebab ada lebihan kekabu yang mak mertua bagi.
Aku dah lama aim nak buat boppy pillow ni.

Korang boleh click link bawah ni untuk details dan template.

http://twintastic.com.au/2013/01/how-to-make-a-boppy-pillow/
http://twintastic.com.au/downloads/BoppyPattern.pdf
http://www.craftpassion.com/2011/03/sewing-triangle-throw-pillow-with-tutorial-pattern.html
http://www.shelterness.com/cool-diy-round-pintuck-pillow/

Ni semua yang aku sempat google. Aku gunakan lebihan kain yang masa buat pillow untuk sofa hari tu.

1. Print template and gunting. Cantumkan template tu.
2. Tekap atas kain dan gunting. Buat 2 set.
3. Susun kain 2 helai tu macam bentuk U.
4. Boleh start jahit dan tinggalkan 10cm ruang untuk masukkan kekabu/fiber.
5. Masukkan kekabu/fiber
6. Jahit balik ruang tadi agar kekabu tak terkeluar. Siap

Sample Template dan Aktiviti menggunting


The hasil


Dah macam bendera Kedah jer..padahal laki awok orang Perok.

Sepatutnya kalau letak fiber lebih ringan dari kekabu. 
Tak de lah berat sangat sebab boppy pillow ni besar sikit. 
Bukan size neck pillow tu. 

By The way, Bantal ni xde sarung lagi. Nanti mesti bantal ni kotor. hahaha. Redha.

Ok.Bye
XoXO

Resepi : White Fungus Sea Coconut Drinks

Assalamualaikum...


Sejak kerja company cina ni, baru la ada peluang makan masakan cina.
Macam-macam menu makan masa event dan staff gathering.
Aku jatuh cinta dengan minuman ni masa 2013 CNY...
Time tu ada makan-makan kat Bukit Kiara Equestrian dia ada sediakan drink ni.
Sangat sedap.

So aku tanya la geng cina opis aku, Si Simon ni ajarlah aku cara masak drink ni.
Campur-campur aku google jugak langkah kerja dia.

Bahan yang diperlukan : (Aku sertakan sekali gambar agar kalian tak teraba-raba nak cari bahan kalau nak buat.)

1. Rock Sugar / Gula Batu


Sources : Google
Cari yang berwarna kuning. Gula batu ada yang putih ada yang kuning. aku recommendkan amik yang kuning. Aku guna 3 ketul dan 150 gram la. Kena pandai agak-agak la kemanisan dia. Jangan manis sangat sebab longan nanti manis.

2. Dried Longan / Longan kering


Ni yang aku beli kat NSK



Sources : Google

Aku letak longan banyak sikit berbanding red dates. Sebab longan bestttt.. hehehe. aci ke macam tu? heee..



3. Dried Red dates/ Kurma Merah kering 

Red dates


Ni yang aku beli kat NSK. Guna sikit jer. banyak lagi lebih


4. Sea Coconut / Kelapa laut



Sources : Google

5. White Fungus


Sources : Google.

Aku guna dalam 4 ketul je. Direndam.



5. Air
Gunakan 3-4 cawan 


Langkah kerja :
1. Rendamkan white fungus dalam 30 minit. Buang yang kuning-kuning sebab keras.
2. Rendam red dates and longan kering dalam 15 minit.
3. Panaskan air. masukkan gula batu. Pastikan api slow.
4. Masukkan white fungus,red dates dan longan kering. Renehkan dengan api slow sehingga longan kembang.
5. Tutup api, dan masukkan sea coconut bila nak makan, barulah rangup sikit sea cocunut tu.



Masa mula masak. Longan tak kembang lagi

Semua bahan yang kembang dan sebati.

Siap untuk diminum.
Boleh minum panas ataupun sejuk.



Bye.
XoXO

RESEPI : CHICKEN WRAPPING by _______ (letak nama suami sendiri)

Assalamualaikum...



Resepi : Chicken Wrapping By  ______________ (Nama Suami Sendiri ). Wahhh.. nama resepi bukan main lagi. Macam isi form.

Bahan-bahan:

Kulit wrapping - boleh beli atau buat sendiri.
Ayam seketul - direbus letak garam secubit
Sayur-sayuran pilihan (timun, kubis,salad, carrot) - dipotong nipis
Sos dan Mayonis


Cara :
1. Bentangkan kulit wrapping.
2. Letak sayuran yang dah dipotong
3. Letak ayam.
4. Letak sos dan mayo.
5. Sedia untuk di ngap.

Suami anda pasti boleh buat. Sebab sangat senang. Yang penting sekejap sahaja dah mampu siap dan mampu milik gitu haa..

Sendiri buat jimat


Ok.Bye

Kenduri Ijan di Hulu Langat

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kenduri Ijan hari Ahad kat Hulu Langat..
Dorang buat kat Rumah yang disewa khas untuk wedding..
Cun macam tu..
Tempat selesa.. Tinggal cari duit je..

Pengantin siap dihiburkan oleh geng koir.
Macam artis.

Bersanding sorang ke dik?
Laki mana? Cuci periuk ke?

Psst : Selamat pengantin baru Ijan dan Isteri.. Semoga berkekalan hingga ke akhir ayat..
Bahagia sokmo!

Ok. Bai

HOME : Melepaskannya terpaksa. Ku pasti yang lebih baik menanti

Assalamualaikum...


Sebelum ni ada cerita pasal nak beli rumah kat Sungai Buluh.
Kami cari rumah ni melalui mudah.com
Oleh kerana, rumah tu terbengkalai dan dah lama tak didiami makanya ramai yang menentang dari yang menyokong.
Tapi kami tetap teruskan dengan niat nak beli rumah tu sebab murah sesuai dengan gaji dan komitmen kami.
Kami teruskan jugak niat walaupun rumah tu sangat buruk dan terbengkalai.
Keras hati ooooi laki bini ni. kihkihkih !

Selepas hampir 3 bulan duk berurusan dengan bank dan PKNS, akhirnya dah tersurat tu bukan rezeki kami.

Kenapa??

1. Rumah tu owner letak harga hampir RM65 K.

2. Value rumah tu hanyalah maksimum RM50K (paling tinggi bank boleh nilaikan).
Itu pun selepas merayu bagai untuk up harga. Sedangkan rumah area sana hanyalah mencecah RM40K. Tambahan lagi rumah yang sangat teruk terbengkalai, harganya mampu cecah RM30K SAHAJA kata bank. Rumah Low Cost untuk area tu tak tinggi nilainya.

3. Kami nak kena cari hampir RM15 K lagi duit cash untuk cukupkan harga yang dipersetujui owner.

4. Jika dah habiskan 15K untuk bayar rumah sahaja, memang takde duit lagi untuk repair rumah yang teruk tu. Memang tak boleh pindah masuk kalau tak repair.

5. Belum masuk lagi fee untuk lawyer, chop stamp bagai tu, procedure tukar nama bagai tu. Rumah low cost memang tak mudah procedure nya.

6. Abang aku dan lawyer cakap dengan nilai rumah banyak tu, aku mampu beli rumah yang lagi baik dan tak perlu nak baik pulih, melainkan kalau nak renovate mencantikkan rumah sahaja.

7. Abang aku pulak cadangkan aku beli rumah lain memandangkan sekitar rumah kami ni masih ada yang banyak kosong dan terbengkalai sebab tak ramai tumpu tempat ni.

Kami usaha jugak call owner mintak kurangkan harga memandangkan value rumah tak tinggi area sana dan kami perlukan kos yang banyak untuk repair rumah.
Sayangnya, owner tak setuju dan keep mention yang rumah dia ramai lagi yang Q beratur nak beli. Ada yang nak beli 65K cash.
Makanya owner mintak kami tarik diri la sebab dia nak jualkan rumah kat orang yang nak beli cash. Kami redha dan tak mahu bising-bising lagi.

Suami call semalam, ceritakan segalanya lepas discuss dengan lawyer kami.
Takpe laa. Mungkin takde rezeki nak duduk rumah sendiri tahun ni.
Aku cuba cari rumah lain. Masa masih ada lagi.

Petang semalam  suami dan kawan dia survey rumah lain pulak..
Kali ni survey sendiri naik pulak..
Pusing-pusing cari rumah untuk dijual..
Jauh dari KL pun takpe la..

Tak perlu tunggu rumah KL dan Selangor, kite takkan mampu nak beli.
Bila google je rumah kebanyakan RM300K ke atas.
Yang ada flat pun makan duit 80K hingga 200K.
Tu pun yang dah hazab keadaannya dan kena berebut parking
(parking jadi issue sebab aku tak reti parking kalau space tak luas"

Suami masih lagi memujuk aku dan berpikiran positif. Katanya:

" Takpe , walaupun rumah jauh bukannya kite je yang travel jauh untuk bekerja. Ramai lagi yang kena travel jauh untuk bekerja dan meninggalkan anak di nursery awal pagi. Bukan kite saja yang berlumba mengejar masa di jalan raya kejarkan punch card."

" InsyaAllah, kalau dapat rumah lain walaupun jauh dari opis sekarang, u boleh cari kerja lain di sekitar kawasan rumah baru tu kelak, walaupun jauh dari KL. Kite pun bukan kerja Govermnent, nanti kite tukar kerja ye"

" Takpe jauh dari KL, nanti tempat tu pun mesti membangun jugak. Tengok Nilai, Seremban, Senawang dulunya mana ada yang nak beli, sekarang org duk Senawang pun kerja KL.

Kenapa nak dekat KL? Sebab sekarang aku kerja kat KL-Mont Kiara.

Ramai yang cakap kenapa tak angkat personal loan untuk tampung rumah yang terbengkalai tu. Jawapan kami??
" Kami cuba nak kurangkan komitmen hutang yang banyak untuk 2 benda yang berbeza (rumah dan personal loan).
Kalau personal loan pinjam 20K rumah still tak lengkap dan tak cantek.
So, kami decide nak cari rumah lain...

Sementara muda ni cari lah aset pertama dulu, masih kuat nak bekerja bayarkan loan rumah.

Bytheway, DIY and home organizing kat rumah sewa ni still berjalan.
Tapi nauzubillah..malasnya nak snap picture and share..

Semoga malas aku ni cepat blah dari diri ni..


Penulis tinggalkan kamu dengan kata-kata ini:






Psst : Lepas kawen, duit simpanan dalam bank baru ada 4K.. Reban ayam pun tak lepas nak bayar deposit. Ok fine KWSP ada.. hehehe


Ok.Bye

Wedding Geng Batch UiTM di Melaka

Assalamualaikum...


Hari Sabtu 15 MAC 2014 ke Melaka ada kenduri geng satu batch dulu masa kat UiTM Shah Alam.
Tema Royal Blue and white sangat cantek dan awesome.












Kami cilok-cilok kat tempat mereka makan serbu nak g bersalam..
Sebab nak terus balik Shah Alam lepas tu.
Pergi tumpang kawan Suami makanya tak boleh lengah-lengah...
Kang nanti kena tinggal..

Tahniah untuk Teah dan Khalil. 
Semoga mahligai perkahwinan ni kekal bahagia hingga ke akhir hayat. 

Next Monday ke Lanchang Pahang pulak untuk majlis sambut menantu.


Ok.Bye

Home Organizing : DIY Sofa Cushion colorful

Assalamualaikum...


Entry sebelum ni mengenai baik pulih comforter hari tu menjadi rentetan untuk entry kali ni.
Lebihan kain comforter hari tu ada lagi, makanya aku buat bantal.

2,3 hari aku duk google size kusyen sofa yang standard. Akhir sekali aku decide nak buat size 18 inci X 18 inci. Kain untuk bantal aku guna warna sama dengan sarungnya.





Dah lama nak buat bantal-bantal kecik kat Sofa.
Sejak dari beli sofa dulu

Mak mertua bagi kekabu 6 kilogram. 
Jenuh nak siapkan bantal ni. 
Selain bantal ni, aku siapkan jugak item lain. Ada lagi lebih kurang 2kilogram balance kekabu.

Kekabu yang dapat ni belum proses lagi, memang sangat memenatkan!


Ok. Bye.
XoXo

DIY : Needle Cushian a.k.a span untuk jarum peniti

Assalamualaikum...


Amboihhhh kemain bersepah lagi jarum peniti.
Tak kira la kat lantai ke, kat meja jahit ke, kat sofa ke..
Pendek kata merata ada jarum peniti..

Dulu aku letakkan jarum peniti dalam bekas kaca (bekas doorgift) tapi bila nak guna, bukan main payah lagi nak amik dari dalam bekas tu.
Tengok kat google macam-macam yang menarik untuk needle cushion ni.
Makanya dapat idea nak buat needle cushion ni.

Bahan-bahan yang diperlukan :

1. Kain bentuk segiempat sama.
2. Kekabu or Fiber.
3. Gam pistol
4. Benang untuk mengikat bunjut
5. Tudung botol / tudung bekas

Cara-cara buat :
1. Masukkan kekabu dalam kain.



2. Bentukkan bulat seperti sup bunjut. Buat sebesar anggaran penutup tudung bekas yang kita gunakan tu.




3. Ikat lebihan kain comel-comel dan ketat-ketat.


Gunting lebihan kain untuk kemaskannya

4. Letakkan bunjutan kekabu yang dah diikat tu atas penutup / tudung bekas.


Aku guna penutup mentega kacang.


5. Gamkan sekeliling bunjutan kekabu tu atas penutup bekas tu. tekan perlahan-lahan dengan rapi untuk secure kan bunjutan kekabu tu.





6. Tadaaa.. dah siap


Amboih.. gigih kemain pulak duk kutip balik jarum peniti yang selama ni tak dipedulikan..


Psst : Kos untuk DIY ni Free of Charge.. Guna barang yang ada jer.

Ok. Bye 
xoXo :)

Home Organizing : Set cadar February and Baikpulih Comforter

Assalamualaikum...
Heyy.. sihat?


Masa balik raya cina hari tu, mak bagi comforter.
Kain Comforter tu dah koyak rabak.. Tinggal isi dalam je.
Kalau tengok pun dah tak kuasa mata ni nak memandang lama-lama. buruk benor...

So aku dan suami pun bawak balik la ke rumah Selayang ni.
Makanya aku jahitkan kain untuk jadikan sarung/kulit untuk comforter ni.

Tadaaa..
Berwarna warni kan

Beli kain 5 jenis warna
Bila ukur sepatutnya kena ada 7 line
Warna ada warna lain aku ulang 2 kali
Cuba teka warna pe?
Harga kain : RM3.80 cotton biasa
Setiap warna amik 2 meter




Katil King makanya tak berapa cun guna comforter ni.
Tergantung je atas mattress.

Aku tak cerita lagi kat mak aku pasal comforter yang dah jadi comel ni. hehehe
Mahu nya mak nak tuntut balik..

Haaa.. Buruk siku ???

Border dia aku gunakan lebihan kain biru.
Ni pulak permukaan satu lagi.
Sebelah dalam.
Yang ni guna kain lebihan projek DIY aku yang aku kutip dari tukang jahit..hehe
Jimat kos habis.hehe
setiap line amik ukur 10 inci 


Ni corak set cadar yang aku beli sebelum ni
Sweet sangat


Yang paling penting, kain ni sangat best

Psst : Ini blog blogger yang tak berduit, semuanya nak DIY dan jimat sebaik mungkin.

Ok.Bye
XoXO