Hello kitty dari suami yang pulang outstation

Assalamualaikum...


Beberapa hari lepas suami balik dari outstation.
Ke Kelantan dia kali ni.
So, isteri yang disayangi haruslah sering ditinggal-tinggalkan.
Baru lah kena dengan pepatah melayu yang separa jiwang tu" sayangkan isteri tinggal-tinggalkan duit"

Bila dah balik dari outstation, suami hadiah sesuatu..


Memperkenalkan ..
Koleksi baru.
HK  Hand Wash

Isian hand wash dalam ni adalah sabun tangan perasa peach.
Sedap baunya.




Sebelum ni pernah ada botol macam ni...
Aku beli masa di Terengganu RM7.90..
Tapi sayang.. Botol tu dah pecah sebab jatuh ke lantai.
Terkilan jangan cakap la.

Ingatkan bila pergi kelantan, dia akan belikan dodol ke, budu ke, asam jawa ke, biskut-biskut kelantan ke.. 
Boleh?


Ok. Bye

Bunga telur siap dan rezeki kerja baru

Assalamualaikum...


Alhamdulillah..
Dalam duk main-main, tunggang terbalik, kucar kacir, terlentang terduduk siap jugak aku buat bunga telur untuk opismate aku.
Majlis dia sama dengan majlis sorang lagi kawan yang aku buatkan bunga telur gold-purple sebelum ni.


Dalam kotak A3 muat aku nak letakkan 50 pcs bunga telur.


Balance 50 pcs lagi yang masih belum masuk kotak.


Tadi dia dah amik semua, esok dia akan balik perlis.
Dua minggu cuti kawen.
Sakan nohhhhh...

Kawan aku ni belum tahu aku akan berhenti kerja. Hanya segelintir yang tahu kat opis ni.. Macamane ye nak bagitahu dia???

Okey antara kerja sekarang dengan kerja baru nanti, aku ada buat sikit comparison...
Ni antara yang aku listkan:

Company sekarang:
1. Sabtu kerja - half day alternate.
2. 8.00 am to 5.00 pm.
3. Bulan puasa tak balik awal. Same macam hari biasa.
4. Kena buat iso, layan customer yg memeningkan, deal dengan contractor, buat admin punya kerja yang menimbun.
5. Gaji lebih kurang la kalau tambah tolak dengan elaun.
6. Jarak jauh sikit dari rumah. Jem tahap cipan.

Company baru:
1. Sabtu ahad tak payah kerja.
2. 8.30 am to 5.30 pm. Flexible in working timing. Kalau nak masuk kul9 kena balik pukul 6.00 pm la.
3. Bulan puasa balik awal setengah jam, pukul 5.00 pm.
4. Buat kerja contract saja, pening layan contractor, paperwork, tak perlu deal dengan customer dan makian.
5. Gaji lebih kurang la kalau tambah tolak dengan elaun.
6. Bos lama semua ada kat sini. Boleh bergabung kembali walaupun department dah tak sama.
7. Jarak dekat sikit dari rumah. Tak sejammed macam company sekarang.

Dah 3 tahun aku kerja kat company sekarang, aku paling stress handle customer. 
Berdepan dengan homeowner yang banyak kerenah...
Sungguh! Sumpah! Aku tak suka jadi customer service. 
Percayalahhh..aku mula percaya yang job sebagai customer service sangat stress. 
Aku respect siapa yang mampu tahan dan tabah. 
Its like macam " ko ni hamba mereka yang ko kena ikut segala kemahuannya" . 

Since kerja dalam bidang handle defects untuk rumah juta-juta ni, bukan satu benda yang biasa dan mudah. Melayan pihak atasan yang banyak kerenah.
Aku masih boleh bertahan dengan kerja menimbun untuk iso dan kerja berlambak untuk administration.
Kerja arrangement defects dengan contractor... Sebab at least aku mampu siapkan tanpa ada stress dari homeowners. At least aku just perlukan masa untuk siapkan, tanpa perlu deal dengan siapa2.
Tapi kalau dengan homeowner, walaupun defect tu wear and tear tetap mereka desak kita untuk repair..


Memang ikut jawatan, aku diturunkan panggkat bila di tempat baru. 
Biar turun jawatan.. Janji tak turun gaji.. 


Pssst: Tak print surat resign lagi.debar debar.


Ok. Bye

Rumah Kesayangan: Soalan pasal Kayu frame (frame hiasan dinding)

Assalamualaikum...


Entry sebelum ni, aku share projek DIY pasal hiasan untuk dinding rumah kami.

Ada yang tanya mana kami beli frame tu? Kayu ke?



Kayu frame ni kami guna kayu lebihan frame pintu masa tukar pintu baru hari tu.
Bukan beli pun.
Tapi kalau korang nak beli ada je kayu ukuran macam ni kat kedai.
Boleh mintak orang kedai potongkan. Dan boleh tampal kat dinding.

Entry border frame di sini
Boleh refer link di atas untuk lebih details cara buat border.

Entry tukar frame pintu.  Lebihan kayu frame ni la yang kami guna. Kayu pun bukan kami beli.. Ada orang bagi masa pindah opis..


Ok. Bye

Rumah Kesayangan : DIY wallhead kat ruang tamu.

Assalamualaikum...


Lain yang dibuat sebelum ni, lain pulak yang siap dulu.
Ni la yang di namakan ketentuan.. Hehe..
Sebelum ni, aku cantum kain untuk jadikan bed head.
Tup tup bedhead tak siap, benda lain yang siap dulu..






Ni sebenarnya bed head katil queen yang masa aku sewa rumah dulu kat Selayang,
Dah pindah rumah sendiri, katil ni dah tak guna sebab macam rosak dia punya lantai.
So decide nak dispose katil tu.
Tu yang ada idea nak gunakan kepingan bed head ni



Kain sample ada lebih, tu yang boleh nak diy ni..
Kain sample ni warna tak berapa ceria.
Tapi boleh laaa kalau setakat nak cuba-cuba diy ni kan.
Hihihihik

Letakkan papan bedhead tu atas kain sebelum stapler

Permukaan belakang.
Lepas di stapler.
Kena guna stapler besar..

Tadaaa..
Dah siap stapler..
Ohhhh..tak sabar nak lekatkan..




Boleh laaaa..
Bed head ni ada dua je.
Tu yang hasil macam ni..
Kalau boleh penuhkan semua ruang dalam border tu memang cantek.
Jam gergasi tu pun tak siap sepenuhnya sebab enjin jam rosak.
So main gantung je jam bulat sementara kat sini.
Entry kat sini


SEBELUM

SELEPAS

Bila tak dirancang, cepat je menjadi..
Yang dah lama rancang,masih belum menjadi lagi.. Huhuhukk..

Yang tercetus diy ni, sebab malam tadi masuk bilik no3 aka bilik stor, jumpa lebihan kain sample, terus jahit dan siapkan.


Ok.Bye

alhamdulilah..semoga ada berita baik minggu depan

Assalamualaikum...


Sebelum ni aku ada panggilan interview dari  bos lama aku.
Dan nak dijadikan kisah best,suami aku pun dapat interview company telco pada tarikh dan masa yang sama dengan aku.
Jumaat pukul 10.30 am..
Wah laki bini ni sama-sama berjuang interview walaupun bukan dengan company yang sama.


Company yang aku interview ni sabtu ahad  tak kerja..memang syok laa..
Time pulak flexibel.. From 8.30 am to 5.30 am.
Kalau nak masuk lewat kul9.30 am so kena balik 6.30 am la..
Bulan puasa pulak boleh balik awal setengah jam.
Bila aku cakap aku akan sembahyang 2x time kerja (zohor &asar), dorang paham dan ada sediakan ruang untuk aku solat. Alhamdulillah.


Compared with kerja sekarang, masuk 8.00 am to 5.00 pm.
Sabtu kerja tapi alternate la. Kul 8.00 am to 1.3O pm.
Bulan puasa memang balik macam biasa takde balik awal setengah jam.
Kerja pulak melayan call customer yang nak complain defects, makian tu memang dah jadi halwa telinga aku la..
Tengkingan pulak memang makanan aku la hari -hari.
Stresssss dia lain macam sikit berbanding stress mengejar deadline.
Stress melayan kemahuan owner rumah lagi super duper stresss tahap size XXL.


Selingan :

Menyiapkan bunga telur untuk ofismate.
Sponsor untuk dia...


Biru kuning.
Cantek dan comel warnanya.

Minggu depan HR akan call aku untuk discuss hal gaji. Katanya nak nego lagi.aku layankan aja laaa..

Ok. Bye

berbelanja RM 300 di Popular Book Store

Assalamualaikum...


Alhamdulillah.. Aku dapat RM300 voucher popular.
Niat utama nk beli novel, buku masak dan fail.
Opssss..termasuk jugak nak beli games saidina ataupun sahibba...

Cepat google mana lokasi popular book store yang paling dekat dengan rumah.
Tarik lengan husband ajak g Jusco Bukit Tinggi.
Bawak sekali jusco baucer RM40 yang aku dapat sebelum ni.

Ramai nya orang dalam popular store..
Masuk je kedai meliar mata nak rembat apa untuk cukupkan RM300.
Nafsu kuda ni macam2 nak rembat..
Mata meliar je nak penuhkan bakul..


Lepas sejam ini yang kami beli:


1. Vocable
2. Powerbank
3. Pendrive 8GB.
4. Car phone charger
5. USB cable
6. Jajan.

USB cable ni beli untuk cas phone dalam kereta.

Power bank 15000

Power bank ni boleh cas untuk dua phone sekali gus.


Car phone cas pun boleh cas untuk dua phone dalam satu masa.


Ni suami yang beria nak beli..
Memang betul mengimbas kenangan.
Masa kecik main sahibba.
Time tu tumpang main yang jiran punya..

Rembat sekali pendrive untuk suami.


First word aku malam ni TEKO.
Last main permainan macam sahibba ni masa darjah 4.

Ok. Bye

DIY,: snap button untuk kusyen sofa

Assalamualaikum...


Bantal ni aku buat masa tahun 2013.
Dulu bantal ni kosong tanpa butang.
Since dah ada snap plier untuk pasang butang tu, senang la sikit nak pasang butang bagai kan..

Cerita pasal snap plier ada di sini..
Kisah pasal DIY bantal ada di sini



Samakan warna butang dengan warna sarung bantal




Kena guna kudrat lelaki untuk press butang tu.
Sebab kena tekan kuat..

Bila letak butang, nampak ok sikit.
Tak nampak isi dalam bantal tu.

Psst: korang ada tak sifat hangat-hangat tahi ayam, dapat sesuatu bukan main sayang pada mulanya..pastu dah kurang peduli bila dah lama....???


Ok. bye

Resepi : Chrysanthemum Goji Jelly (Jeli Bunga Kekwa)

Assalamualaikum...


Aku first time makan ni masa ex opismate buat dan bagi aku try.
Masa tu aku rasa best giler jeli ni.. Sejuk, lembut,nyaman..
Terus aku makan 2 ketul..hehehe..


 

Bahan - bahan
1. 1000 ml air
2. Satu paket konnyaku jelly powder(10g)
3. Goji berries secukupnya
4. Chrysanthemum kering/ bunga kekwa kering
5. Gula 250 g ( tapi aku guna 200/210g memang dah sedap sebab kurang manis)


Kat belakang pek jelly ada instruction buat jeli.


Goji berries and chrysanthemum kering
Aku beli kat kedai ubat cina.

Cara-cara:
1. Campurkan gula dan jelly powder.
2. Didihkan air, tunggu air menggelegak/mendidih, baru masukkan campuran powder jelly dan gula tu. Masukkan sikit demi sikit. Kacau jangan bagi berketul.
3. Dalam periuk berangan, didihkan air untuk rendam chrysanthemum dan goji berries. Didihkan sekejap bagi kembang.
4. Kautkan goji berries dan chrysanthemum tu, 
5. Masukkan goji dan chrysanthemum dalam bekas yang nak dibekukan jelly, masukkan air didihan chrysanthemum tu dalam setengah senduk (untuk amik rasa/bau/warnanya). Ada sesetengah orang dah tak guna air didihan tu.
6. Tuang jelly cair tu dalam bekas yang kita masukkan goji tadi untuk dibekukan.
7. Tunggu suam sekejap pastu sejukkan dalam peti.

Suami memang suka jelly ni.


Ok. Bye

Rumah Kesayangan : Bilik No 3.

Assalamualaikum...



Rumah teres setingkat ni takde stor, maka terpaksa sumbat semua barang tak pakai kat bilik 3 (bilik belakang). Ruang belakang pun memang dah takde tanah untuk extend....

Kat sini ada :
1. Katil single.
2. Meja Belajar / Jahit
3. Rak besi
4. Drawer plastik.
5. Cabinet

Walaupun sempit insyaallah masih ada ruang untuk solat kalau letak katil single pun..



Banyak sangat barangnya..


Rak besi dari rumah sewa dulu





NI plak drawer tersadai kat dapur

Nak kena cari satu masa kemas semua ni..
Drawer plastik aku ingat nak bawak balik kampung..
Boleh adik-adik aku guna..


Ok. Bye