Kenduri dan Ikea

Assalamualaikum...


G  Damansara tengok pengantin (kawan Mat) mekap cantek-cantek, sanding comel-comel dan duduk sopan-sopan atas pelamin indah tak hingatt dunia tu..
Takde amik gambar sebab aku memilih untuk enjoy makan melebihi segalanya..

Pergi sekitar kul12.30 sebab tunggu Didy dengan wife dia sampai..
Dorang lambat sikit...Biasalah pengantin baru..
Makan mesti la sampai lebam kat sane sebab dari pagi aku tak makan..

Then g IKEA and The CURVE jap..
Oppsss... Terserempak dengan budok opis (PIka) + Cousin Pika + ehem2 yang takleh sebut nama..
Nanti esok kang riuh plak seopis...








Hati riang dapat duduk atas sofa walaupun hanya 5 saat..
Penat jalan-jalan sampai lebam.




Cantek kan kerusi pink tu...
Duk lama-lama sampai ada orang kerling-kerling mata..




psst: Tak sabar nak balik untuk raya aji..
psst no 2: epi besday pika


Ok. Bye
XoXO

Real steel & KAsut nian indah

Assalamualaikum...


Tgk sinopsis Real Steel macam best je..
Dan aku yakin cite ni mesti best..
Si Zaim Gombak budak opis aku cakap cite ni best...
So, weekend semalam cepat-cepat aku ajak member aku, Mat bawak aku tengok kat MBO, Klang..
Mat g kenduri dulu before amik aku bawak g tengok wayang...

Indah kan hidup ni bila dilayan hebat oleh kawan - kawan yang indah-indah belaka..







R.E.A.L. S.T.E.E.L
Cite ni pasal pertandingan robot la..
Kisah si anak yang dijaga sementara bawah jagaan bapak dia..
Pastu lama-lama timbul bibit-bibit kasih sayang pulak..
Ala-ala macam cite GamePlan la...




After that, g makan ABC kat Seksyen 2, Shah Alam...
Lama tak jejak sini...
Dulu time dengan Lia semester 6 selalu la lepak sini...
Zaman tengah nano kata orang Tganu...
Kali ni, aku makan Fruity ABC (RM3.50)






Member aku makan mee goreng sotong (RM4.80)
Kami bayangkan dapat mee yang ada goreng sekali dengan sotong yang hiris bulat2 tu..
Rupanya mee goreng + sambal sotong...




Bunga yang Mat curi kat kenduri member dia...
Dia memang ada sifat yang pelik ni..
Kalau g kenduri, sambar la kek ke, Anggur ke..
Best jugak boleh telan... Kenyang!

Kat MBO tadi, sempat sambar wedges baru..
RM40 okey la.. Buat-buat tinggi time berjalan gi kenduri..
Mlas nak gi Times Square cari kasut baru..







Balik umah sewa, Jasmeen tinggalkan kek cawan yang dia buat..
Sedap...
Macamane dia buat pun aku pelik.. Oven takde kat rumah ni..
Awok bakar kat mane?




Hey kura-kura yang comel..
Bakpe suka sangat main-main kat tilam aku..
Tindakan kamu membuatkan aku terjaga tido..
Bingkas bangun sebab terkejut..
Tak payah nk kejutkan subuh la..
Aku ABC hari ni...
Tahu pe ABC?
Allah Bagi Cuti la....


Ok. Bai

Berita Gembira dan Bad news..patut gelak atau nanges?

Assalamualaikum...



Aku baru dapat call semalam dari satu developer....Aku ada g interview bulan September yang lepas.. So, bila diam je..aku ingat aku ni gagal dapat kerja tu..

But, suddenly i got their call yesterday..
A bit shocked laaa...
Urmmrm... Aku mintak masa untuk berpikir...
Bape hari? Bape minggu??
2 jam je pun..
Lepas lunch aku call balik bagitahu decision aku..
Hope everything is well.. Kan..


Lepas tanya pendapat ramai pihak, aku decide nak accept la kerja tu..
Kerja baru ni pulak relate dengan kos yang aku study dulu..
Cari pengalaman kat tempat baru pulak..

Geng- geng opis ni pun dah riuh la..
Sedih pulak bila ingat nak tinggalkan tempat keje ni..
Teringat balik masa mula-mula register kerja kat sini... sobs...
Travel dari Tganu untuk cari rezeki.

Note for me: strugggle ekk kat tempat baru nanti..Jangan nanges-nanges..

*******************************************************************

Hari ni kawan aku kat opis bagitahu dia hilang motor kat rumah.. Baru semalam bergelak ketawa dengan dia, hari ni dapat berita sedih..

Allah bagi kite dugaan, tapi Allah tak pernah abaikan kite tau sepanjang kita harungi dugaan tu.. Ingat tau !

"Friend always stick around u"

Psst : Nak pinjam bahu i ke??

BabAi

balik kampung versi 2 : Pantai Pandak Chendering...

Assalamualaikum...


Lepas satu..mestilah dua kan..
So, ni episod dua...

Lepas g batu buruk tu, kami g Pantai Pandak Chendering pulak..
Orang cakap lawa, so decide nak g tengok la..
Kak ipar bersungguh nak pegi sebab orang kata lawa..
Kami tak pernah g sebab rumah aku dekat dengan Batu Buruk..
So, banyak lepak kat batu buruk je la...

Nak g sane mudahnya.. Ikut je signboard..
Pastu jupe la ramai orang yang tengah bersantai kat sane..
Ada yang memancing..
Ada yang melepak atas moto..
Aku tak pernah pegi sebelum ni, rupanya cantek yang amat kan ciptaan Allah ni,..
Subhanallah..



 
Sources: google je..


Masa sampai tu dah lewat sangat dah time tu (sekitar pukul 6.30pm)
Dah senja sangat dah.. Gelap dah weh...
Tapi sibuk nak snap pic yang haraaaammmmmm tak clear...
Sebab bukan DSLR pun..


Budak & Abang Budak yang jakun



Si bongsu di atas puncak kejayaannya..






Kami bukannya duduk atas pasir pantai tau..
Kami duduk atas timbunan cenkerang, siput yang banyak sangat tau..
Cantek.. memang eksaited aku masa first time tengok..

Jumpa anak ikan sekor riuh satu bandor



Sebelum habis maghrib cepat-cepat balik..
Nak solat magrib kat rumah je...


Pssst: Beli keropok banyak giler untuk geng2 opis..


Ok. BabAi

Balik kampung versi 1 : Pantai Batu Buruk

Assalamualaikum...



Masa balik kampung, sempat la kuar dengan family abang sulung aku dengan adik2...
Mak taknak ikut, katanya nak berehat kat rumah..
Mak suruh bawak adik jalan-jalan sementara kami ada kat kampung..



Adik beradik perempuan

Abang aku bawak g Pantai Batu Buruk yang sejengkal je dari rumah aku..
Nak bawak si bongsu main playground dan makan sate ikan..

Dengan si bongsu dan kedua bongsu


Geng kepoh duk bincang nak beli pe..




Yeayyy.. Dapat makan sate ikan..
Lama dah cari sate ikan ni kat kampung
Orang dah tak masuk niaga sate ikan..
Tak macam dulu-dulu zamang kecik-kecik



Kenapa Tuhan ciptakan tangan dua??
Satu untuk pegang aiskrim..
Satu untuk pegang sate..
Rafiq..kamu sangat eksaited makan..












Aina










Walau macamane bebasnya aku berlari di gigi pantai...
Tetap la kena pedulikan budak kecik ni sorang
Takleh biar main ombak sorang-sorang...
Nanti hanyut, mau aku jerit "ombak jahattt..ombak jahat".(macam iklan tu)



Nah..satu je pic panorama Batu Buruk..
Nak lain-lain korang leh gugel je secara berhemah


Ok. Bai

Volunteer Zoo Negara anjuran opis..

Assalamualaikum...


Dulu masa darjah 6, ada la satu trip ke Kolumpo dan Zoo Negara..
Eksaited la aku dengan kawan-kawan nak join..
Tapi nasib tak menyebelahi aku sebab aku tak dapat join..
Al maklumlah aku ada masalah kesihatan sikit pastu kekangan duit masa tu nak ke sana..
Hajat nak tengok Zirafah dengan Gajah tak kesampaian..
Sedih kan cite zaman UPSR aku...

Mak aku cakap nanti bila belajar U kat Kolumpo mesti dapat g Zoo...
Citttt...Rupanya bila dah keje, baru dapat jejak Zoo Negara..

So, bila CSR opis aku buat aktiviti "Zoo Negara Volunteer" aku angguk laju-laju tanda setuju...
Walaupun aku sorang je dari department aku yang pegi, tapi ade aku kesah..
Janji dapat jumpa Zirafah dan Gajah...

Pukul 8 pagi sampai Zoo Negara, gi naik Van opis lebih kurang 11 orang...

Balkis, Aku,Zaim dan Salleh kena tolong kat kandang Seladang, Tapir dan Beruang..
Tak dapat nak request jaga kandang Gajah dan Zirafah..
Tapi takpe, sebab dapat tengok zirafah pun dah ok walaupun tak dapat belai manja..

Okey.. ceritanya macam ni..
Bila sampai kat Zoo, daftar kat pintu masuk..
Bagitahu yang kami ni Volunteer dari company mana..
Sebab wakil zoo dah tunggu kat sana..
Dorang akan bgi sticker kat baju yang menunjukkan kita ni volunteer..
So volunteer takkan dikenakan tiket...
Then wakil zoo akan bawak masuk dan bahagikan kumpulan untuk cuci kandang mana..
Pekerja kandang zoo akan ada sekali sama sama dengan kita
Dorang akan bagi tugas korang kena buat apa..
Macam group aku kena cuci kandang, sapu sampah,angkat barang, kemas kandang.. angkat sampah..
Lepas siap semua tugas, penjaga kandang suruh kami jalan -jalan dalam zoo..






Team opis aku dan Team Taylor University

Oleh kerana kami volunteer, bila ada pertunjukan ular ke,burung kakak tua ke, kami diberi kelonggaran untuk bergambar free (sebab katanya biasanya tak boleh amik gambar)..
Andaikata dikenakan bayaran, kami yang volunteer akan dikecualikan..
Dorang tengok sticker volunteer, dorang lepaskan kami bergambar kat pertunjukan dorang dan bagi kami pegang binatang tu..

Hey burung warna warni..
Bertenggek di bahu comel saya..
Rupanya kamu ni berat jugak ekk






Izat yang tunjukkan something.. Tapi aku yang hover terkejut..



Geng opis department lain


Time ni dah nak balik..

mana aku?


Psst: nanti nak g lagi boleh??

Ok. Bye