Assalamualaikum...
Pekaborrrr semuanya?? Sihat dop?
Masa pindah masuk rumah ni bukan main teruk lagi pintu bilik belakang (Bilik Ketiga) sebab dah di makan anai-anai...
Kami decide nak tukar pintu baru.... Frame pun baru... Sebelum ni decide nak upah orang jer sebab tak nak penatkan diri....
Suami memang niat nak pasang sendiri jer... Katanya nak jimat duit..
Aku mula-mula macam tak percaya.
Nak upah orang kami masih belum cukup duit.
Tambahan pulak nak cari tukang , tak jumpa-jumpa lagi...
Suami dah hampir 2 bulan tanggalkan pintu bilik ketiga tu... Dah cabut frame...
Aku pulak yang tak yakin nak mintak suami pasangkan...
Hold hampir 2 bulan jugak la rumah aku tak berpintu untuk bilik ketiga...
Raya pun aku tutup pintu tu dengan langsir..huhuhu...
Padan muka isteri sebab taknak percayakan suami sangat kan..
Last week, aku suruh suami sambung siapkan kerja tukar frame ni...
18.10.2014 lepas habis jogging pagi tu, balik rumah suami start pasangkan frame baru.
Isteri redha je sambil menanti.
BILIK NO 3
Eh.. Tadaaa..
Dah siap pun...
Hehehe..comel pulak suami buatkan.
Tinggal nak final touch up jer, pastu cat and then siapp..
Memang la tak tip top macam expertise, tapi aku dah puas hati sangat.
Jimat duit aku... kuikuikui..
BILIK NO 2
Tadaaa..Suami dah tanggalkan frame.
Weekend ni akan pasang baru..
BILIK NO 1 akan buat lepas bilik no 2 siap..
Tak sabar nak siapkan semua dan kemas rumah.
Setakat ni puas hati dengan hasil kerja suami. Rumah sepah dan debu pun sikit jer sebab dia cepat cepat bersihkan..
Note untuk suami :
Thanks ye.. sebab tolong jimatkan duit untuk baiki pintu ni.
So, duitnya nanti kite boleh kumpul pergi hanimun yer..
Sorry ye sebab sebelum ni macam tak percaya u ni boleh tukarkan frame pintu.
Selama ni cuma nampak u tengok running man sambil terbahak-bahak dan pegang remote tengok kartun jer selain taip MANGA online jer untuk melayarinya..
Jangan marah yopppp!
Ok. Bye