Assalamualaikum...
Hari ni nak share pasal MLM.
Since UiTM, aku start tahu pasal MLM (Multi-Level Marketing).
MLM ni ciri-ciri dia, mereka menyediakan produk atau perkhidmatan yang diharapkan pelanggan mampu membuat hidup mereka lebih baik.
Setelah syarikat mempunyai produk atau perkhidmatan yang mereka perlukan, syarikat hanya perlu membuatkan produk dan perkihdmatannya dikenali secara meluas hanya dengan mendistribusikannya.
Mengedar produk melibatkan pencarian pelanggan dan memastikan produk berada ditangan mereka.
Sebenarnya, lebih kepada mereka nak mudahkan penjualan produk mereka, sebab tu mereka boleh janjikan kekayaan dan kesenangan sape yang join dia.
Sebab ko dah jual produk dia.
Makin banyak ko jual, makin banyak la ko dapat duit.
Betul tak?
MANA ADA SETAKAT BAGI DUIT, PASTU MENGANGKANG TUNGGU DUIT MASUK AKAUN KO.
Mesti ada jugak kerja/usaha yang ko nak kena buat.
MELAINKAN KO INVEST DUIT KO DALAM SAHAM, pastu tunggu untung nasib rezeki ko.
Sedangkan MAIN FOREX pun nak kena usaha tengok pasaran dunia samada ko nak jual atau beli.
Masa UiTM, ada member aku join MLM, bermodal beberapa stage modal yang ko boleh pilih.
Contoh modal RM400 atau RM 2000.
Kawan aku masuk RM400 (guna duit PTPTN), nasib baik kawan aku ni jenis tak memaksa aku join dia. Dia just suka bercerita, update apa yang dia buat sekarang.
So, hubungan aku dengan dia takde nak stress-stress sebab takde paksaan dari dia.
Bila dah lama dia join MLM tu, aku tanya la apa progress dia.
Dia cakap dia TAK KE MANA dengan MLM tu sebab dia gagal cari orang bawahan seramai 4 orang. Orang payah nak percaya pasal MLM ni.
Duit 400 dia burn.
Dia taknak cakap banyak pasal MLM ni, dan aku pun tak tanya lagi pasal tu.
Aku tahu dia KECIWAAA
Pastu bila aku kawen, tiba-tiba kawan yang suam-suam kuku (tak rapat sangat), mula contact aku nak jumpa.
Tanya aku minat niaga ke tak.
Aku cakap tak minat, tapi dia mintak aku masuk je talk dari MLM dia tu.
Bila aku tanya details. dia taknak cakap, sibuk mintak aku jumpa geng-geng dia baru aku akan tahu dan paham.
Aku dan suami setuju nak join talk tu.
Opsss.. bukan minat nak masuk MLM tau, kami nak kaji selidik pasal MLM ni, apa approach yang dorang nak buat, apa plan dorang, macamana dorang cakap.
Suami memang dah ada pengalaman TERJOIN talk ni (sebab ditipu kawan dia-kata ajak lepak,rupanya ajak talk).
Suami just setuju nak join talk kali ni sebab nak bagi pendedahan/pengalaman kat aku, biar aku lalui sendiri dan paham sendiri.
So, hari yang dinantikan tu, aku kesana laa..
Ke restoren beraircond, tak main la mamak-mamak kan...
Ternyata, kat sana ramai geng terlibat.
Ada lebih kurang 5-6 kumpulan, semua duk sembang.
Bila sampai sana, sorang2 brader kat sana cerita kejayaan dia...
Bila aku tanya apa produk yang nak kena jual, sampai ke sudah tak bagitahu.
Mintak aku ke opis MLM untuk lihat produk.
Aku dah mula cakap kasar dengan mereka, sampaikan brader tu sorang bengang dengan aku.
Ye la, asyik-asyik duk cerita dulu susah,sekarang senang,
Dulu pakai moto, sekarang pakai kereta mewah
Dulu siap kena buat part time niaga burger, sekarang hanya focus kat program ni (tapi still ada kerja tetap selain program ni).
Boleh dikatakan 6 orang brader cakap kejayaan dorang, tak cakap pun pasal business.
Pastu bila aku tanya produk apa yang kena jual semua cakap g opis MLM tengok barang.
Bodoh kot! Cakap je la kat situ (agaknya dia nak aku pergi lebih detail pasal produk tu)
Kata tak payah cari downline, tapi apasal dia ajak aku?
Katanya taknak la senang sorang2, nak buka peluang kesenangan ni pada kawan-kawan jugak.
MENIPU SANGAT okey.
PERCAYALAAAA WAHAI SEMUA...
MELAYU, kalau nak senang biarlah senang sendiri, takde nya nak pukul canang satu kampong ajak join..
Melainkan kalau memberi keuntungan pada ko..
JARANG sangat jumpa MELAYU yang nak TOLONG KAYAKAN MELAYU.
Ko nak senang ko iktiar la..
Sebenarnya semua tu just amik sedikit keuntungan dari MLM tu, pastu buat business sendiri.
Barulah boleh kaya-raya.
Kalau produk beras yang ko jual, memang la tiap hari ada orang beli...
Ni jual produk barangan sukan ribuan ringgit bukan senang nak jual bohhh..
Sekarang kawan aku tu terkontang -kating macam tu je. Tak kemana pun aku tengok.
Pastu kat FB, ada geng UiTM aku tiba-tiba PM aku nak ajak join business.
Dari cara dia aku tahu ni MLM, sebab ada nampak dia kat FB dan cerita ni memang glemer masa tu.
Pastu bila aku tanya produk pe, dia sibuk suruh join talk.
Arghhhh..memang tak la...
Cukup la aku join sekali untuk kaji pasal MLM tu.
Bila aku tanya bisnes apa yang nak kami join tu,dia cakap tak boleh cakap kat FB...
Nak kena masuk talk. Aku dah bengang!.
Aku cakap, ko kena la bagitahu serba sedikit pasal bisnes ni...
Jangan assump semua orang bodoh2 nak join tanpa ada sedikit pengetahuan.
At least bagitahu apa yang aku kena buat masa join tu.
Tapi still cakap kalau aku berminat boleh join talk.
Aissshhh bengang aku.
Bila aku cakap yang suami aku memang takkan berminat kalau tak tahu produk apa.
Barulah dia bagitahuu produk ape dalam keadaan terpaksa.
Dan bila aku google pasal produk tu, tu produk kesihatan ratusan-mahupun ribuan,..
Alahai....Oh, patutla aku pernah tengok dia iklankan produk tu kat FB, produk tu macam payah je nak dijual sebab mahal.
Sekarang aku tengok dia masih lagi sibuk kat FB, hari-hari cakap stress keje, hari-hari cakap duit tak cukup, hari-hari cakap rindu nak jaga anak kat rumah dan benti kerja.
Kat situ pun kita tahu yang dia pun susah sebenarnya dan MLM yang dia join tak kemana pun.
Bila kawan aku risik-risik dia, dia cakap MLM tu tak kemana sebab dia tak mampu nak jual barangan tu.
Barang ape?
Barang macam projector, mesin kesihatan, alat senaman, ubat kesihatan mahal.
Semua barangan tu mahal..
Orang sangat-sangat payah nak beli kalau setakat kita iklankan kat IG, facebook.
Dan PERCAYALAH..kalau orang nak beli dia akan direct g kat kedai/dealer.
Oh.. bukan mudah.
Baik ko g jual nasi lemak.
Dapat duit untuk setiap hari.
Dapat untung dan pusingan modal setiap hari.
Aku kalau join MLM atau jualan langsung, memang tak kemana sebab tak reti nak approach orang dan takde ramai kawan.
Percayalah orang yang ada PR bagus, pandai bercakap, confident, tak malu baru mampu berjaya dalam MLM.
Kalau setakat nak jual produk kesihatan dan kecantekan, aku bukanlah calon untuk menjual/mempromosi sebab aku tak pakai sangat barang macam tu...
Ini just sharing apa yang aku rasa, apa yang aku minat &apa yang menjadi kekurangan aku.
Jadi, kenapa nak join benda yang aku tak pandai dan tak minat?
Aku dah tahu kelemahan dan kekuatan aku.
Kalau join benda yang aku tak suka, STRESS je nanti. Betul tak?
Psst : Baik aku jual kraftangan. Susah tapi Senang hati. Sebab aku minat.
Ada orang tu sibuk promote aku beli kangen mesin dan jadi ahli.
Ingat murah benda alah tu???
Tu MLM la tu...tumbuk kang!
Aku tak kata orang MLM ni tak berjaya.
Kena pandai la..
Cuma aku jer yang payah nak percaya MLM, sebab kite tahu keupayaan diri kan...
Ok. Bye