Parking Kereta

Assalamualaikum...


Bila drive otw balik rumah...
Tak kira la balik kerja ke, balik shopping ke, balik dari lepak dengan kawan2 ke..
Balik dari bergaduh dengan mafia ke..eh ada ke?..
Aku mesti duk berpikir ada ke lagi parking untuk aku kat flat tu..

Kalau takde parking payah ler aku nanti nak selit kereta aku tu kat mana..
Tapi kalau lewat sikit, mesti dah takde parking..
Nak parking pun payah kalu tempat sempit-sempit ni..
Aku ni fail kalau bab parking memarking di tempat sempit..
Sebab tu bila malam, aku jarang keluar malam sebab taknak nanti kalau balik aku meraung pulak takde parking...




First time kot dapat parking tepi macam ni..
Biasanya akan penuh..
View dari bilik bujang aku tingkat 2
Means parking kereta sebelah bilik je la..



Kereta yang Indah..
Tak sabar mahu tunggu ulang tahun bersama kamu..
Nanti kite g hanimun ekk...
Nak Paris ke Australia??

Kalau nak tengok kangaroo kite g Australia ye.


Ok. Bai. 

Family Indah - Cuti Sekolah Bulan TIGA

Assalamualaikum...
Hai semua kengkawang hebak!!


Aku percaya kalau kebahagiaan sebenar kita ialah bila kita dengan family..
Kawan-kawan mungkin seorang dua saja yang akan stay dengan kita..
almost 2 months baru nak gebang kat blog.See..nampak aku busy macam Perdana Menteri kan..

Macam aku ada 9 beradik.. Macam-macam perangai..
Aku tumbuk mung..
Mung peteh kaki aku..
Aku tolok mung..
Mung balas semula kat aku..
Sedar-sedar dah besar..
Ada yang dah kawen..
Ada yang punya kekasih hati..

Cuti sekolah bulan tiga hari tu sempat jalan-jalan ke PutraJaya berkumpul rumah si Sulong..
Mak Ayoh dan 3 orang adik aku datang dari Terengganu...
Lepas kerja, aku mintak member aku tolong hantarkan aku ke PutraJaya.
Aku malas nak drive. Ko bawak bawak je la kereta aku ni..






So, malam tu just makan-makan kat kedai...
Dan pergi pasar borong selangor teman kak ipar nak belikan ikan untuk masak..
Si bongsu, Apik pulak riuh mintak belikan jersi..




2nd day - Jalan-jalan gi Istana Negara..
Sambil-sambil tunggu Abang no 2 sekeluarga datang sana..

Malam - g melawat mak mertua abang pertama kat Pinggiran Putra Kajang.
Memang ni niat utama mak dengan bapak aku datang KL.
Nak melawat besan dia ni..
Lepas balik, singgah la bawak famili pusing2 putrajaya sibuk nak amik gambar...
.

3rd day, sunday - Gi Alamanda..







Lepas siap menggila shopping sampai anak-buah tertido, kami singgah makan kat Pizza Hut.
Kalau kat kampung, memang bapak aku tak join makan luar.
Mungkin sebab mak aku suri rumah kan, tiap masa makan kat rumah, besarkan anak-anak.









Lepas dinner aku tumpang abang no2 aku balik Shah Alam..
Oii Mat.. Pulangkan balik kereta aku..
Esok aku keje..

Ok.Bai

Ahad yang indah ke metrojaya

Assalamualaikum...
Sihak dop sek-sek kiter??



Sebelum ni ada dapat baucer RM70 dari abang aku..
So hari ahad aku g la belanja baucer tu kat Metrojaya Mid Valley.
G semata-mata sebab tu je. 1jam je kat metrojaya tu.

So, berjaya rembat:

1. Tali pinggang untuk si Peneman. RM30 je lepas 50% diskaun.

2. Berjaya rembat purse baru. Brand polo jugak seperti sebelum ni.. Tak banyak sangat pilihan lagipun nak balik cepat.









Menggantikan polo lama yang dah uzur


Thanks kat Si Peneman tu sebab belanja purse ni walaupun ada baucer RM40 lagi..
Bila harga asal RM259, bila dapat diskaun 50% baru RM139.
Guna buacer rm40 je yang ada. Balance tambah la weii...

Pastu lepak main bowling kat Ole-Ole Shah Alam..










Psst: Keje banyak weyhh kat Opis..
Bila bapak sendirik nak buka company macam drama samarinda kat TV tu..Wallaaaaaaaa


Ok.Bai

Keluar dgn mat, g daiso Mr DIY

Assalamualaikum...


Kenapa indah?
Kerana weekend ni tidak bekerja.. no work..no sales support..
So can relax2 goyang body kat umah tercinta!

Sabtu yang cool :

Aku drive ke rumah si Peneman ni kat Seksyen 18.
Nak teman dia nak jumpa akautan company dia, Zati & Sepul Cuak petang nanti..
Ingatkan nak g jumpa di Selayang di tempat biasa outing tu.
Rupanya dorang nak jumpa kat Kedai Kopi, Shah Alam..

So, aku ajak g MR.DIY kat MBO Klang dulu la...
Aku suka g MBO sebab boleh lepak kat Geylang Kopitiam.
Si peneman makan nasi goreng Mushroom + Sirap panas.
1 set baru RM5.99. Bajet ooii tengah-tengah bulan ni. Kering!

Aku plak taknak makan sebab dah makan kat rumah before keluar.
Aku pekena Rosselle with flower tu (RM6).. Sedap wei..

Nasi goreng mushroom pun sedap jugak.
Ingatkan menu set ni tak sedap.
Mind aku selalu pikir gitu..




Masuk Mr.DIY selain cuci-cuci mata, sempat rembat 3 barang:
Terima kasih..member belanja.. Aku dah cakap takpayah..ko hulur duit jugak.. Aku tak menolak la..

1. Balang air yang berstyle plus comel pinky (RM5.50)





2. Bekas barang comel + tersusun indah (RM3.50)







3. Bekas petak barang yang suci dan versetile (RM 9.50)





Lepas jumpa Zati, kami g main bowling kat Plaza Alam Sentral..





Berjaya rembat jam hello kitty macam budak darjah 3. Kelas 3 merah.


Psst : Jumpa akauntan nak buat audit akaun untuk company member aku ni..

Ok.Bye

Jersi Arsenal untuk Si Bongsu

Assalamualaikum...


Last Sunday, went to Pasar Pagi Seksyen 13, Shah Alam..
Main purpose of course nak beli Jersi Arsenal untuk Si Bongsu, Apik...
Only RM15. Tapi boleh buat budok kecik tu melompat sukaan...
Before ni, sudah beli Jersy Barcelona untuk dia...
Kali ni beli saiz yang besar sikit..




Sejukkan tekak malam tadi.
RM1.50




Hope apik suka..
Belajar elok-elok Apik ye..


Ok.Bai

My One Shop Shah Alam - Sikat Hello Kitty

Assalamualaikum...


G kedai cadangnya nak beli sarung kaki cute je..Satu RM1.90..
Sesuai untuk pakai dengan kasut flat..selesa..dan tak sakitkan kaki..
Kedai My One Shop ni aku jumpa kat seksyen 18 Shah Alam.. dekat dengan Giant.
Sejak tu selalu pergi sana.. Murah jugak la untuk certain barang..

Cina-cina kat opis pun dah tanya mana aku beli stoking ni sebab cute je..
Tak sure la kaki dorang muat tak...muat kot..kan stoking elastik dan bergetah kan..
Untuk kaki aku memang muat-muat la..sama saiz dengan kaki budak darjah 3.

Antara yang di rembat di kedai My One Shop :





Sikat cute memang lah kena beli satu..
Gantikan sikat lama yang dah hilang.. Capai je lepas sikat lepas tu letak merata..
Jangan ada laki nanti letak merata sudah la..nanti jiran kebas mampus weii...


Ok.Bai

Berbasikal di Bukit Cerakah

Assalamualaikum...


Dah 2 minggu aku g Bukit Cerakah...sehari lepas budok bilik aku Si Ezy pindah..
Dah boleh agak kan sebab ape?
B.O.R.I.N.G

Ok..*lap-lap air mata*..

Ajak si Peneman tu keluar..
Dalam kereta dapat idea nak g Bukit Cerakah.
Nak try naik basikal.
Sebelum ni pernah laa tengok kawan-kawan post gambar dorang berseronok naik basikal..So, aku gian la nak cuba..

Tiket masuk Bukit Cerakah RM 3.
Sewa basikal sebuah RM5/jam.
Kami sewa 1 jam je..Tunggu turn pun bukan main lama lagi...


Gigih  nak panjat basikal..




Penat kayuh kami benti makan jap secara comel
Tapi time ni dah tak boleh nak telan makanan.
Just terasa nak minum je bergelen air



Muka tengah gagah kayuh basikal



Lepas dah tamat kayuh basikal.
Penat yang amat


Muka paling penat abad ini.

Cukupla sekali...
Malas dah nak ulang naik basikal lagi lepas ni..
Penat nak mamp*s..
Dengan kawasan naik bukit, keadaan basikal tak tiptop.ko plak jenis tak pernah bersukan..
Memang cari hal la..

Ok.Bai

bilik selepas Ezy pindah..Ko kena baca Ezy..

Assalamualaikum... Pekabor??


Selepas dak Ezy pindah kampung 2 minggu lepas, so tinggallah aku sorang2 dalam bilik tu..
Aku kongkel la macam raja..
Tido pun pusing ligat sampai hujung bilik..
Tu tandanya bilik tu dah luas la sebab duk sorang2 kan..
Walaupun a bit sunyi la tapi hidup kena teruskan jugak..

Kan ?? betul x kata aku wahai patung?
Hidup mesti diteruskan jugak kan..
:')

Now kunci dah gantung kat tempat peninggalan Ezy
Tiada lagi la adegan terlupa kunci simpan kat mana..
Macam dulu pepagi buta aku dah mengeluh kunci hilang
Mujur si EZy ada nak tolong bukakan pintu guna kunci dia..
heeeeee

Tempat nak siapkan kerja opis..
Takdenya aku nak mengONLINE kat sini..
mengONLINE kat opis je pagi2..
Before 8 am


Sedikit ubah suai


Barang-barang saya..


 *tengok sambil kelip-kelip mata*

Now, tempat gantung seluar dah konkel tempatmu Ezy..
walaupun tinggi, ku gagahikan jugak untuk gantung di sini


Ezy..Toto and tilam bagai ni sebelum ni aku sediakan untuk tetamu kite..
Nanti mungkin kamu yang akan jadi tetamu aku kelak
Katanya kan nak g jalan TAR time nak raya nanti.





Memo board kita tu

Aku tambahkan hiasan pokok yang aku amik dari opis.
Hehehe..


Rindunya kat Ezy di kampung tu.. Selamat bekerja Ezy..nanti senang-senang datangla sini lagi


Ok.Bai
XoXO