DIY : Face Mask

Assalamualaikum...


Orang cakap jerebu, kena pakai mask 95 tu, baru elok untuk protect dari bahaya jerebu.
Tapi aku pulak dah terbuat/ TerDIY face mask untuk aku sendiri.
So, aku share je la kat sini.
Boleh guna untuk keperluan lain jugak face mask ni.


Oleh kerana perempuan bertudung, dan susah nak guna getah untuk sangkut kat telinga, 
makanya aku guna tali.
senang nak ikat.


Guna lebihan kain yang ada


Ada 2 side.


Ada yang nak tutorial ke?
Senang saja nak buatnya.

Ok. Bye

Salam AidilAdha - Lewat, kejar lembu kah???

Assalamualaikum...


Tahun ni balik Terengganu.
Balik hari rabu lepas kerja. Pukul 6.30 gerak, pukul 3.30 pagi sampai.

Family aku takde yang buat korban tahun ni  kat rumah mak, kalau dorang buat korban untuk tempat lain aku tak tahu la pulak..
Aktiviti kat kampong penuh, sebab adik beradik aku ramai yang balik.

Hari raya tu merupakan besday mak aku .
So, malam tu makan kek ramai2.
Cucu yang sibuk nak pegang pisau potong kek.
Sabor je laaa..

Mak dapat phone baru sebagai hadiah,  dah pandai wassap la.
Mak jenis tak suka menaip...
Dia lebih suka guna voice mail thru wassap.
Senang & Cepat!

Psst : Apa pendapat korang, kalau orang tua suka kerja instead of duduk kat rumah jer, walaupun anak-anak dah bagi duit belanja yang lebih dari mengcukupi?
Apakah kita sebagai orang luar ni akan cakap, anak mereka abaikan orang tua mereka?


Ok. Bye
XoXO

Rumah Kesayangan : Tips Susun Atur Cadar, Sarung Bantal & Langsir

Assalamualaikum...
Hai...


Hari ni nak share sikit perkongsian pasal susun atur cadar, sarung bantal dan langsir...
Rumah aku ada 3 jenis saiz tilam (King, Queen, Super Single)
Dan 2 jenis langsir (Tingkap Bilik & Sliding Door).


Tips yang aku gunakan dalam susunatur Cadar, Sarung Bantal &Langsir.


1. Susun Ikut Kategori

Cadar yang berset dengan sarung bantal, aku lipatkan sekali.

Contohnya : Cadar Queen Hello Kitty + sarung bantal Hello Kitty. So jadi satu set dan lipat comel-comel.

Result : Senang nak cari set cadarnya. Bila amik cadar, terus ada sarung bantalnya sekaligus...


2. Susun Cadar Ikut Bilik/Saiz Tilam.

Contohnya : Bilik Utama aku gunakan cadar King, maka semua cadar king aku letakkan dalam almari bilik utama.

Result : Sesiapa yang guna bilik utama, cadarnya hanya berada dalam almari di bilik utama. Bukannya di biilik kedua mahupun ketiga.


3. Susun sekaligus, tetapi berlainan Saiz cadar.

Jika, korang ada satu almari je untuk kesemua cadar, asingkan cadar ikut saiz nya.

Contohnya : Cadar King bersebelahan dengan Cadar Queen and Single.

Result : Kita mudah capai nak amik cadar yang mana satu. Gunakan labelling untuk memudahkan tag nama. Orang lain jugak akan mudah untuk mencari cadar saiz pilihannya. So, dalam satu almari boleh diletakkan semua cadar dan senang untuk di kenalpasti.





4. Susun Langsir mengikut kegunaan/ ruang.

Contohnya: Untuk ruang bilik, letakkan asing dengan langsir ruang dapur. Kerana langsir ruang bilik mungkin kita boleh tukar-tukar guna dengan bilik lain.
Langsir dapur mungkin just fixed untuk kegunaan di dapur sahaja (memandangkan langsir dapur kadang2 ada kotor kalau kena minyak tapi tak dapat dibersihkan sempurna)

Result : Kita mudah tahu kegunaan setiap langsir.


5. Buang/ Sisihkan Cadar/langsir yang tak digunakan.

Contohnya: Cadar yang lama boleh digunakan/disarungkan jugak pada tilam. (Dilapik sebelum menggunakan cadar utama). Dengan ini, kita boleh jadikan double layer untuk cadar (jika suka) so tilam payah kotor kerana ada 2 lapisan cadar.
Langsir yang tak digunakan pula boleh dijadikan kain buruk. So, boleh menjimatkan ruang untuk penyimpanan. Selain tu, langsir atau sarung tilam yang tak digunakan semula boleh dikitar semua jadi alas kaki..

Result : Ruang penyimpanan sentiasa muat dan updated dengan latest barang yang kita perlukan sahaja.


6. Guna labelling untuk memudahkan.

Contohnya: Boleh gunakan untuk memudahkan kerja susunatur. Letak labelling pada almari penyimpanan atau pun pada rak.

Result : Kerja susunatur cadar dan langsir jadi lagi mudah dan seronok setiap kali nak kemas. Suami pun mudah nak cari barang.


7. Susunatur sarung bantal tanpa cadar.

Kadang - kadang, ada masa kita hanya membeli sarung bantal sahaja tanpa set cadar. So bila nak lipat sarung bantal ni, ianya tunggal tanpa cadar.

Contohnya : Cara aku ialah lipat semua sarung bantal tu dan masukkan dalam sarung bantal yang lain. Means, lipat sarung bantal A,B,C dan masukkan dalam sarung bantal D. So, setiap kali kita amik sarung bantal D, kita akan tengok ada semua sarung bantal lain dalam tu. (sarung yang memang takde cadar set)

Result : Mudah untuk kita amik sarung bantal tanpa usik cadar lain.




Macam aku, semua cadar &langsir, aku letak di bilik tetamu
(bilik utama kami jadi bilik tetamu).
So, kalau nak cari cadar dan langsir, aku terus ke bilik utama cari dalam cabinet itu sahaja (semua dalam tu). Senang!.


Dalam cabinet bilik tetamu ni jugak ada simpanan keperluan untuk tetamu seperti kain batik, kain pelekat, tuala dan kain batik.
So, kalau tatamu datang dalam bilik tu ada semuanya.. Duit je takde.. ahahahha (aku bukan jenis simpan duit bawah bantal...huhuuhu)..
Macam mak dan mak mertua aku, memang dah tahu cari keperluan dia kat situ.




Psst : Korang susun/simpan cadar/langsir macamane??? Share laa.. Jangan kedekut..
Kedekut kita tak sayang!!!


Ok. Bye

RESEPI : YEE MEE SIZZLING

Assalamualaikum...


Setakat nak makan tekak kami suami isteri bolehla.
Oleh kerana resepi ni menjadi, so parking kat sini la resepi ni.
Pasni boleh guna lagi.

Bahan-bahan.

Untuk kuah.
1. 5ulas bawang putih dicincang halus
2. Sehiris halia dicincang halus
3. Lima ketul cendawan shitake yang direndam dan dihiris.
4. Lima ketul cili kering dipotong dua.
5. Tiga ketul isi ayam yang dipotong kecik
6. Empat sudu besar sos tiram.
7 empat sudu kicap biasa
8. Tiga sudu kicap pekat.
9. Empat sudu tepung jagung dibancuh air.
10. 4 gelas air
11. Sesudu besar serbuk lada hitam( yang diblend)
12. Garam


Bahan lain
1. Sawi dipotong kecik
2. Yee mee

Cara masak kuah:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih, halia dan cili kering.
2. Lepas agak layu, masukkan isi ayam. Kacau sekejap sehingga ayam sedikit kering.
3. Masukkan air, bila menggelegak masukkan semua kicap dan tos tiram.
4. Masukkan lada hitam dan cendawan.
5. Bila menggelegak, masukkan air campuran tepung jagung.
5. Perasakan dgn garam. Pandai2 adjust la kalau tak pekat, boleh tambah sikit2 air campuran tepung jagung lagi.


Cara masak yee mee.
1. Panaskan kuali, letakkan kuah yang kita masak tadi lebih kurang 3 senduk.
2. Masukkan yee mee dan sawi.
3. Masak sehingga sawi separuh layu je.
4. Jangan masak lama sgt, nanti yee mee lembik.



Yee mee sizzling masa bawak bekal semalam.
Agak kering sebab lambat makan.



Ok. Bye

Bekal : Spagethi Goreng

Assalamualaikum...


Rujukan untuk kami suami isteri.

Bahan - bahan :

1. 1/4 plastic spagethi yang telah direbus.
2. 4 ulas bawang putih ((cincang)
3. Sebiji bawang besar (cincang)
4. Oregano Kering
5. Serbuk lada hitam sesudu besar
6. Minyak
7. Ayam potong kecik-kecik letak serbuk lada sulah dan garam.
8. Sosej/fishcake.
9. Sayur kalau ada nak letak (aku cuma ada baby corn, aku campak jer)
10 Kiub ayam/air rebusan ayam.


Cara-cara :

1. Letak Minyak sikit, gorengkan ayam sehingga kuning.
2. Angkat, gorengkan fishcake guna minyak sikit, goreng.
3. Angkat, letak minyak sikit, tumis bawang putih dan bawang merah
4. Letak spageti + lada hitam + ayam + oregano + fishcake + sayur + Garam + Air rebusan ayam.
5. Goreng sampai kering. Siap


Bekal pagi itu.

Psst : Suami kurang suka spagethi macam ni. Dia kata kering. Dia nak yang jenis berkuah..


Ok. Bye

Resepi : Limau Kasturi Asam Boi

Assalamualaikum...
Helloooo...


Officemate suami bagi banyak limau kasturi.
So tak tahu nak buat ape.
Pastu teringat la nak buat limau kasturi asam boi..
Apa lagi terus google cari resepi..

Bahan-bahan.

a) 20-30 biji limau kasturi
b) 20-30 biji asam boi
c) 1liter air
d) 400-500g gula. Aku guna 400g saja.

* Kalau guna 50 biji limau kasturi, better guna 500g gula la..

2 bahan penting

Cara-cara:

1. Limau kasturi dipotong dua. Potong jangan sampai putus,
2. Masukkan asam boi dalam limau kasturi yang dipotong tu.
3. Kalau tak muat, korek sikit dalam limau tu.
4. Sementara tu, panaskan seliter air dan gula tadi dalam periuk.
5. Dah mendidih, masukkan limau yang telah disumbat asam boi.
6. Tutup api, bila asam boi dan bertukar warna.
7. Biarkan sejuk, isi dalam bekas dan tutup.
8. Kalau nak lagi sedap, biarkan dalam  2-3 hari dalam bekas baru sediakan untuk minuman.
9. Nak guna terus pun boleh. Takde masalah.
10. Nak hidang, tuang jeruk limau ni dalam gelas, tambah air dan ais. Siap.

Sedap kaw-kaw rasa dia.


Limau yang dah dipotong dan dimasukkan asam boi


Air dimasak dengan gula


Masukkan limau kasturi.. 
kalau ada lebihan air perahan limau kasturi masa kita duk potong-potong sumbat asam boi tadi, boleh letak sekali.



Tutup api bila limau dah berubah warna.
Biarkan sejuk.

Simpan dalam bekas 2-3 hari kalau nak lagi sedap.



Ni lepas 2-3 hari aku simpan dalam peti.


Suami mintak air terus la buat satu.


Tuang lebih kurang sesenduk air dan 2 biji limau.
pastu tambah air masak sikit.




Sedap weiii..
kalau guna asam boi warna merah, warna dia lebih menarik laaa..
merah gitu...

Psst : Tak payah nak gedik-gedik lagi gi order kat kedai.


ok. Bye

Koleksi HK : Sikat dan Earphone Hello Kitty

Assalamualaikum...
Hai.. pekabar?


Aku suka masuk kedai cenderamata, kedai barang hiasan, kedai RM2.12.
Bila masuk, mesti wat keluar plastik beg..







Aku beli Earphone Hello Kitty...
Nak gantikan earphone yang rosak...

Dan jugak Sikat plastic Hello Kitty
RM2.00
Beli kat kedai OneShop di Seksyen 18, Shah Alam beberapa minggu lepas.

Sikat sebelum ni dah patah sebab plastik dia mudah pecah.
Tapi plastic ni material dia jenis yang tak pecah kalau jatuh.

Psst : Beli yang murah je.

Ok. Bye

Resepi : Ayam Bakar Sempoi

Assalamualaikum...
Hai semua...


Malam yang damai,
suami sibuk buatkan drawing.
suami taknak makan nasi katanya.

Aku buatkan ayam bakar sempoiiii..

Bahan :
1. Kunyit,lengkuas, halia
2. Bawang putih, bawang merah
3. biji ketumbar, jintan manis, jintan putih
4. Kicap, sos tiram, madu, garam

Blend semua bahan di atas, pastu perapkan dengan ayam.

Aku tak perap lama, sebab nak makan cepat.

Bakar selama 40 minit, suhu 220 darjah celciusssssssss.
Dalam masa 40 minit tu, aku balik-balikkan ayam sebanyak 4 kali agar masaknya sekata.




Tekak melayu.


ok.Bye

Pasu Gantung dan Hasil Kampung

Assalamualaikum...


Last week balik perak, balik hantar mertua ke kampong dia setelah berkampung seminggu di rumah kami.
Balik dari kampong pasti bukan tangan kosong kan.


Selain kelapa, sempat jugak petik kangkung, pucuk ubi dan bayam.
Aku bahagikan kat jiran India jugak.


Sempat jugak singgah ke kedai RM 2.12 kat Sungai Besar.
Ni dah jadi port wajib singgah kalau balik Perak.





Suami berkenang kat pasu petak.
Isteri tamak nak pasu bulat, sebab lebih besar.
So amik 5 pcs pasu petak dan 5 pcs pasu bulat
(Total: 10 pcs pasu gantung)


Amik jugak pasu besar
 Nak letak anak pokok bendi

Lagi berbaloi amik pasu besar tu.
Senang nak letak pokok yang makin membesar tu


*Selingan: 

Lepas gaji je, rewardkan diri makan kat TGI Friday Setia Alam.

Lemon Pasta.
Shrimp xde, ganti dengan sotong


Strawberi Lemon T



Ok. Bye 

Rumah Kesayangan : White Sofa & Arm Chair Hasil Lelongan

Assalamualaikum..


Sihat tak kalian semua..
Nak story mory sikit kat sini pasal sofa baru dan arm chair aku yang baru beli.
Aku beli 1 white sofa+4 arm chair+ 1coffee table+ 7 pcs of pillow hanyalah RM656 sahaja.
Bagi aku agak murah dan berbaloi la..

White sofa hanyalah RM340.
4 arm chair + 1 coffee table hanyalah RM 280.
7 pcs of pillow hanyalah RM36 sahaja.

Tapi oleh kerana ni barang lelong, lori kami kena sediakan sendiri.
Rm150 harga lori

Memperkenalkan...

*
*
*
*
*
Tadaaaa

WHITE SOFA (LOW BACK SOFA)



SOFA RM340
Ni barang lelong.
Barang Display.
Beli dari developer yang lelong.
Kalau nak, kena pandai2 bit harga tinggi la

Sarung Seat saja yang boleh dibuka dan washable.
Yang lain tak boleh buka (tempat menyandar & tempat letak tangan)



*Gambar ni masa aku letakkan sofa depan TV di TV area
Sofa ni warna putih. Bersih..
Nasib baik la aku ada kain besar. Boleh la aku cover.



Bantal coklat dan putih (yang kat belakang tu) adalah bantal lelong.
Muat-muat pulak atas sofa.
Padahal bukan satu set dengan sofa pun.
Bantal bersarung bunga tu pun dari hasil lelong (Bantal Ikea)


Bantal Tidur hasil lelong



Ni aku dah angkat sofa ni letak kat ruang tamu masa raya hari tu.



Deco time raya, ala kadar.
Sofa low back
Langsir pemberian kakak ipar.
Cermin orang bagi.


*Tengah cari masa free untuk gantung balik langsir yang tercabut tu.. Ingat nak ubah ketinggian langsir tu. 


ARM CHAIRS


Dalam stor




Hanya satu arm chair je yang dah buka plastik wrapping. 
The rest aku simpan dalam bilik belakang dulu. 
Sebab ingat nak buatkan sarung dulu untuk kerusi ni.
Tapi bila nak start jahit tak tahu la.
Or maybe, upah orang je kot.


COFFEE TABLE ni aku jadikan side table.
Kaca rupanya.
Masa beli dia wrapped, aku ingatkan besi permukaan atasnya.
Masa loading pindah hari tu, main angkat je tak berhati-hati..huhuhu..
Alahai..Super Duper Comelnya..


Memang teringin sangat nak ada cover kerusi striped black and white macam ni..
Aku ingat nak jadikan kerusi untuk meja makan, sebab sebelum ni memang ianya display sebagai kerusi meja makan.
Just meja je belum ada lagi.
Mungkin akan beli meja kat ikea/ DIY meja makan la kalau betul-betul nak ada meja makan.
Selama ni makan atas lantai depan TV je..

Psst : Ada tanya sorang akak ni kat FB boleh tak upah dia jahitkan sarung untuk arm chair aku. 
Upah untuk jahit 4 helai sarung hampir 200 ringgit..


Ok. Bye