Rumah Kesayangan : Cari Laminate Floor

Assalamualaikum... Hai Semua...


Keinginan nak beli laminate floor aku panjangkan kat suami aku...
Alhamdulillah...Dia setuju dan okey sahaja..
Dia memang dah lama berkenang nak tutup tiles rumah kami yang licin ni...
Kami plan nak pasang kat seluruh ruang dalam rumah kecuali bilik air dan dapur.

Orang Inovar hantar laminate ke rumah kawan aku.


Tapi tak pasang lagi.. Baru je beli laminate..
InsyaAllah minggu depan installation start..

Aku review price selepas siap installation ye..
Kami beli asing-asing, dan install pun asing2..
Share duit suami isteri baru la suweet diabetes kan... hehehe

Alhamdulillahh..
Semalam installer dah datang ukur dan kira-kira kos..
Tapi mungkin ada penambahan kos untuk gam dan kerja-kerja repair tambahan.

Sebab tu aku boleh share pasal price lepas siap semua..
Semoga dipermudahkan..

Pssst : Perabot kebanyakan berat-berat, entah macamane nak angkat nanti...

Ok. Bye
XoXO

Ana dah kawen...

Assalamualaikum...
Hai Korang...


Dulu tertanya-tanya bila member poli aku Si ANA nak kawen...
Tup tup dapat jemputan kawen...

Gigih betul kami suami isteri minggu ni..

5 February - Balik kuala terengganu.
9 February - Hantar adik ke MRSM Besut
10 February - balik KL. G amik Mertua kat rumah ipar.
11-12 February - kerja
13 February - gi Kemaman Terengganu (ana kawen). Petang balik KL semula.
14 February - hantar mertua balik Perak. Petang tu balik KL balik.

Terasa minggu ni penat sangat sebab terlalu lama dalam kereta.
So pagi isnin liatnya nak bangun,
Terasa macam masih hari Ahad.. kesiannn..

Menghantar si bongsu ke asrama..
Peluk dan cium untuk dia...
Si bongsu dah pintas tinggi kakak..

(eh...baju dah siap)
huhuhu




Comey mekna kiterrrr...

Pelamin comey ala-ala sakura


Dah lama tak beli tudung..
Last beli tudung tahun 2011 (zaman baru kerja).
So tahun 2016 ni beli 2 helai tudung...
Tu pun sempena buat baju baru..kihkihkih..

Psst : Selamat Pengantin Baru Ana ku sayangggggg...
Semoga rumah tangga yang dibina sentiasa dalam keberkatan Allah..

Ok. Bye
XoXO

2016 : HANIversary - 3

Assalamualaikum... Hai Semua...


Bulan February tahun ini kira genap 3 tahun kahwen...
3 tahun yang penuh dengan segala perasa tentang perkahwinan ni...



Tiada ucapan di Facebook mahupun instagram..
Cukupla entry di sini sebagai ingatan..
Buat-buat cuci mata next time bila throwback...

Selamat Ulangtahun Geng..
"Semoga hubungan ini sentiasa dalam kasih sayang Allah"

Terima Kasih Ya Allah atas perjalanan ini..

Ok. Bye

Ikea Gift Card & CNY Dinner

Assalamualaikum... Hai Semua...


Tak mungkin dalam masa terdekat ni boleh ke IKEA..
Sebab nak balik kampung, nak pujuk suami cat rumah &pasang wallpaper..
Nak jugak balik semula ke bengkel sambung repair kereta..

Kereta dah mintak bahagian dia....
Dah mintak perhatian kita....
Dah mintak "gaji" kita....
Dah tunjuk "sign" beruban dia....




Isnin lepas naik HQ gi tuntut hadiah cabutan bertuah...Takde berat nak angkut kalau setakat sekeping kad... Mana yang dapat item besar, peluh jantan weiyhhh nak angkut jalan kaki...



Musim raya cina ni memang banyak la invitation dari supplier and contractor... Tinggal sediakan perut jerr.. Dinner &Lunch sentiasa terisi.. huhuhu... Tu makan banyak makan lauk je,...



Alhamdulillah.. At least merasa la makan restoran mahal kan...
Kalau ikut duit poket, payah sikit nak cari peruntukan makan mewah...
Makan kat Mamak Mee Goreng ada telur mata pun dah cukup nikmat...

Esok balik kampung...
Kalau ada cuti panjang, normally aku akan balik awal kampung (amik cuti awal) sebab nak elakkan jem... Jem manis nanti potong kaki...

Semoga dipermudahkan segalanya...

Ok...Babai

Rezeki Baucer Kad Ikea RM300

Assalamualaikum... Hai Semua...


Company aku tiap2 bulan January mesti ada Lucky Draw...
Lucky Draw ni untuk semua staff yang yang dah dapat pengesahan jawatan (confirmation) sehingga 31 December 2015 hari tu....

Means setiap orang akan dapat satu hadiah lucky draw.
Samada bertuah atau tidak, semua orang boleh dapat hadiah.
Namun, sape paliiinnnnggg bertuah akan dapat Grand Prize la...
So lain-lain, dapat hadiah kecik2 je la...

Aku takde nak aim apa-apa, doa aku biarlah aku dapat sesuatu yang berguna untuk kami suami isteri..
Dapat apa pun aku terima... Namun siapa yang tak idamkan Grand Prize kan..kan...??

Ada 4 stage cabutan..

Stage 4 - Hadiah nilai dia sekitar RM200-100
Stage 3 - Hadiah nilai dia sekitar RM300-200
Stage 2 - Hadiah sekitar RM300-500
Stage 1 - Hadiah besar nilai.. RM500 keatas.

Grand Prize :50" Toshiba LED TV

Selain tu ada tab, phone, printer, barangan elekctrik, ikea voucher, jusco voucher, tesco voucher, minyak wangi, banyak lagi la..

Nama aku dalam stage 2.. Kira bertuah jugak la sampai ke stage ni..
Aku dapat ikea kad baucer RM300...
Baru je duk plan nak beli satu dua barang kat Ikea sebelum ni..
At least boleh la guna baucer tu, kalau terlebih belanja tambah duit sendiri la sikit..

Compared kalau dapat barangan elektrik, kalau barang tu dah ada kat rumah, memang jual atau bagi orang je la.. Taknak barang bersesak kat rumah..

So, last week Friday lepas gi settlekan sikit hal PTPTN, terus la la lajak ke Ikea nak survey barang apa nak beli, sambil-sambil jamu mata..

Sebenarnya pada mula asalnya nak beli shelf je pun kat Ikea..Hehehe.. So boleh la lajak beli benda lain sekali..


Ok. Bye
XoXO