mama....hani dah bekerja di BKP..

Assalamualaikum...
Hai korang...


Hari Pertama
Sekarang aku kerja company developer, majoring in interiors.. Company cina..
Tanggungjawab lagi besar... Gaji lagi besar means bos marah pun mulut lagi besar jugak laa..
Lumrah betul la hidup ni kan.. Tapi tetap jadi H.A..
Hamba Abdi.


Hari kedua
Kerja kat sini so far okey jer....Hari ni kete calar sebab ada kereta kembara block masa aku nak keluar dari parking.. Dah try sebaiknya nak telus.. Dah upah budak lagi tolak kereta tu.. Tapi tu la, berasak-asak parking rumah flat Sentul ni kau tahu la macamane..

*
*
*

Hari Ketiga
Handphone cap ayam aku hilang...aku bukan careless.. Tapi ntah la... mungkin la kot...


Hari keempat
Hari ni dapat balik on time... Awal sikit laa..
Bila dah parking baik-baik, tutup alarm kete.. Lepas 2,3tapak jalan jauh dari kereta, baru teringat smart tag lupa nak amik dari atas deskboard..
Bila dah amik smart tag, lajak la g pasaraya Ong Tai Kim, bila dah kat kaunter baru sedar purse tertinggal dalam kete.. Arghhhhhhhhh..penat patah balik kerete pastu g bayar kat kaunter and then baru angkut barang ke atas umah..

Psst : Agaknya aku sunyi kat sini..

Bye
Ok.Bai

Because you're you. I'm celebrating today. Hepy Besday!

Assalamualaikum...



Mat...

You're not getting older. Just more distinguished.  Today is a gift of life. Today it's your birthday.

Mat...

Age is all but a number..

Mat...

You think you're special because its your birthday today. That's complete nonsense. You're special every day.

Mat..

Here is two tips on your besday:
  • Forget the past. You can't change it
  • Forget the present. I didn't get you one..hehehe..


It's rainy outside..
That's why I'm stuck and eating alone.



Ok. Babai

second last day with opismate yang indah-indah belaka

Assalamualaikum...



SENTUL - 24 NOVEMBER 2011 : Seorang pekerja akan menghabiskan sisa kerjanya sehingga esok hari sahaja. Beliau, Cik Hani (umur dirahsiakan) dijangka akan memulakan tugasan baru di syarikat barunya minggu depan.

Oleh yang demikian, semua geng TW (Technical Writing) berkumpul dan makan bersama di Sri Gombak.. Namun, sayang seribu kali sayang, sayang-sayang buah kepayang sebab sorang lagi geng TW which is Napi tak hadir kerja hari ni.. Sangat mencacatkan, sebab tak cukup sorang. Sepatutnya 9 orang...Sebelum ni ada 10 orang termasuk Afiq..So, sekarang ada 9 orang termasuk Hani.. Nanti bila Hani kerja di tempat baru, maka tinggallah 8 orang terkontang-kanting..ihihik






Sebelum lunch ada program Entrepreneur...
Mujurlah trainer baik hati bagi guide buat financial planning
Rupanya pernah belajar pasal ni dulu masa kat Uitm.
Cam haramm wehh sebab dah lupa 


Esok nak temankan one of my opismate amik exam
Gud luck Pika.

Psst : Esok dah last day.. Next week bercuti sebab nk habiskan cuti. 


Ok. Bai

saje nak recall segala aktiviti kat tempat kerja ni..part 2

Assalamualaikum...
Hai semua oranggg!


Banyak sangat kot aktiviti aku kat tempat kerja ni sementara ada sisa masa ni... Sebabnya next week aku dah start kerja kat tempat baru plak... Sobsss.. Sayang pulak nak tinggal opis sekarang..

Ok, sepanjang bulan 10 dan 11 ni aktiviti aku dengan kawan-kawan :

Makan kat Sri Gombak dengan team department

Kali ni pergi berlima je sebab muat-muat kereta je.. Bukan MPV kan nak sumbat banyak-banyak macam sardin cap ayam tu... Ni first time aku g makan kat sane.. Tapi geng department lain pernah gi makan kat sini... Aku ada dengar depa tu bercerita...
Kat kedai dia banyak pilihan lauk (rambang mata).. Boleh jadi bingung nk pikir makan pe tengahari tu.










Makan MCD dengan geng opis..

Eh, asyik kerja makan je ko ni Hani... Patutla aku ni seperti tayar yang dipam-pam.. Time ni aku drive kereta bawak Kak nNra, Napi dan Rahmat design g MCD kat area Sri Gombak jugak.. Berani jugak aku drive sebab ada teman kat sisi... Takde la berdebor kencang dalam dada..










Jalan-jalan ke Tugu Negara 

Selepas suku abad hidup kat Mesia ni, baru la berkesempatan jejak kaki ke Tugu Negara... Melampau tak??? Time ni saje bawak Izat, Zaim dengan Sopi jalan-jalan naik kereta aku.. .Ijat dengan Sopi duk tuntut janji bila nak bawak dia naik kete... Aku tak tahu jalan ke sana, so mereka la guide kan...






Majlis sambutan besday staff quarter 3 dan 4..

Majlis ni buat sekali dengan senior opis ni.. Bab makan aku laju je.. Makan free kan. hehe... Depa buat makan-makan kat bilik meeting Level 14.. Ni untuk staf lahir bulan Jun - Dec.








Pagi ni Si Napi datang bawak buah tangan dari kampung dia..
Tanda nama yang anak buah dia buatkan..
Untuk kenangan.. Sebab Bulan Dec ni ramai yang habis training.. Aku pulak dah chow dulu ke company lain..

Psst : Semoga company baru pun best macam kat sini..

Ok. Bye

keje punye pasal

Assalamualaikum...


Pekerja yang rajin haruslah sentiasa usaha yang terbaik kan..
Walaupun tergadai masa berblogging kan?? ish...




Segala jenis tools sebagai senjata untuk buat keje...
Bukan keja buat rumah..
Bukan keje beki pc
Keje aplod content je pun..
Ibarat "rumah siap, pahat berbunyi"





Kes ramai sangat orang kawen,..
Meja pun penuh dengan bunga telur...
Next week pun mesti meja camni jugak..
Kompang je takde...
Orang silat je takde...


Pssst: Buat sandwich telur sebab nk habiskan telur yang dapat masa g kenduri

Ok. Bye
XOXO

Khas untuk POPO yang indah..

Assalamualaikum...
Hai Semua .. Sihak belaka????


Awal bulan 11 tahun 2011, sibuk uruskan urusan meminang popo...
Aku just sign2 dokumen depan kadi je.. haha...

Nak pinang sesuatu yang berharga memang payah kan..
Dan sekarang terasa berbaloi laaa....
Tanggal 9hb11, termatrai la yang ape yang dipinang tu dah jadi milik aku...

Untuk Cik Popo:
Berbahagialah hidup dengan aku ye...



Alhamdulillah untuk rezeki kali ni..

Pssst: Aku jugak doa supaya kawan-kawan yang lain pun akan dapat pinang ape yang korang hajati ekkk...amin...


Ok. Babai

Kenduri dan Ikea

Assalamualaikum...


G  Damansara tengok pengantin (kawan Mat) mekap cantek-cantek, sanding comel-comel dan duduk sopan-sopan atas pelamin indah tak hingatt dunia tu..
Takde amik gambar sebab aku memilih untuk enjoy makan melebihi segalanya..

Pergi sekitar kul12.30 sebab tunggu Didy dengan wife dia sampai..
Dorang lambat sikit...Biasalah pengantin baru..
Makan mesti la sampai lebam kat sane sebab dari pagi aku tak makan..

Then g IKEA and The CURVE jap..
Oppsss... Terserempak dengan budok opis (PIka) + Cousin Pika + ehem2 yang takleh sebut nama..
Nanti esok kang riuh plak seopis...








Hati riang dapat duduk atas sofa walaupun hanya 5 saat..
Penat jalan-jalan sampai lebam.




Cantek kan kerusi pink tu...
Duk lama-lama sampai ada orang kerling-kerling mata..




psst: Tak sabar nak balik untuk raya aji..
psst no 2: epi besday pika


Ok. Bye
XoXO

Real steel & KAsut nian indah

Assalamualaikum...


Tgk sinopsis Real Steel macam best je..
Dan aku yakin cite ni mesti best..
Si Zaim Gombak budak opis aku cakap cite ni best...
So, weekend semalam cepat-cepat aku ajak member aku, Mat bawak aku tengok kat MBO, Klang..
Mat g kenduri dulu before amik aku bawak g tengok wayang...

Indah kan hidup ni bila dilayan hebat oleh kawan - kawan yang indah-indah belaka..







R.E.A.L. S.T.E.E.L
Cite ni pasal pertandingan robot la..
Kisah si anak yang dijaga sementara bawah jagaan bapak dia..
Pastu lama-lama timbul bibit-bibit kasih sayang pulak..
Ala-ala macam cite GamePlan la...




After that, g makan ABC kat Seksyen 2, Shah Alam...
Lama tak jejak sini...
Dulu time dengan Lia semester 6 selalu la lepak sini...
Zaman tengah nano kata orang Tganu...
Kali ni, aku makan Fruity ABC (RM3.50)






Member aku makan mee goreng sotong (RM4.80)
Kami bayangkan dapat mee yang ada goreng sekali dengan sotong yang hiris bulat2 tu..
Rupanya mee goreng + sambal sotong...




Bunga yang Mat curi kat kenduri member dia...
Dia memang ada sifat yang pelik ni..
Kalau g kenduri, sambar la kek ke, Anggur ke..
Best jugak boleh telan... Kenyang!

Kat MBO tadi, sempat sambar wedges baru..
RM40 okey la.. Buat-buat tinggi time berjalan gi kenduri..
Mlas nak gi Times Square cari kasut baru..







Balik umah sewa, Jasmeen tinggalkan kek cawan yang dia buat..
Sedap...
Macamane dia buat pun aku pelik.. Oven takde kat rumah ni..
Awok bakar kat mane?




Hey kura-kura yang comel..
Bakpe suka sangat main-main kat tilam aku..
Tindakan kamu membuatkan aku terjaga tido..
Bingkas bangun sebab terkejut..
Tak payah nk kejutkan subuh la..
Aku ABC hari ni...
Tahu pe ABC?
Allah Bagi Cuti la....


Ok. Bai

Berita Gembira dan Bad news..patut gelak atau nanges?

Assalamualaikum...



Aku baru dapat call semalam dari satu developer....Aku ada g interview bulan September yang lepas.. So, bila diam je..aku ingat aku ni gagal dapat kerja tu..

But, suddenly i got their call yesterday..
A bit shocked laaa...
Urmmrm... Aku mintak masa untuk berpikir...
Bape hari? Bape minggu??
2 jam je pun..
Lepas lunch aku call balik bagitahu decision aku..
Hope everything is well.. Kan..


Lepas tanya pendapat ramai pihak, aku decide nak accept la kerja tu..
Kerja baru ni pulak relate dengan kos yang aku study dulu..
Cari pengalaman kat tempat baru pulak..

Geng- geng opis ni pun dah riuh la..
Sedih pulak bila ingat nak tinggalkan tempat keje ni..
Teringat balik masa mula-mula register kerja kat sini... sobs...
Travel dari Tganu untuk cari rezeki.

Note for me: strugggle ekk kat tempat baru nanti..Jangan nanges-nanges..

*******************************************************************

Hari ni kawan aku kat opis bagitahu dia hilang motor kat rumah.. Baru semalam bergelak ketawa dengan dia, hari ni dapat berita sedih..

Allah bagi kite dugaan, tapi Allah tak pernah abaikan kite tau sepanjang kita harungi dugaan tu.. Ingat tau !

"Friend always stick around u"

Psst : Nak pinjam bahu i ke??

BabAi

balik kampung versi 2 : Pantai Pandak Chendering...

Assalamualaikum...


Lepas satu..mestilah dua kan..
So, ni episod dua...

Lepas g batu buruk tu, kami g Pantai Pandak Chendering pulak..
Orang cakap lawa, so decide nak g tengok la..
Kak ipar bersungguh nak pegi sebab orang kata lawa..
Kami tak pernah g sebab rumah aku dekat dengan Batu Buruk..
So, banyak lepak kat batu buruk je la...

Nak g sane mudahnya.. Ikut je signboard..
Pastu jupe la ramai orang yang tengah bersantai kat sane..
Ada yang memancing..
Ada yang melepak atas moto..
Aku tak pernah pegi sebelum ni, rupanya cantek yang amat kan ciptaan Allah ni,..
Subhanallah..



 
Sources: google je..


Masa sampai tu dah lewat sangat dah time tu (sekitar pukul 6.30pm)
Dah senja sangat dah.. Gelap dah weh...
Tapi sibuk nak snap pic yang haraaaammmmmm tak clear...
Sebab bukan DSLR pun..


Budak & Abang Budak yang jakun



Si bongsu di atas puncak kejayaannya..






Kami bukannya duduk atas pasir pantai tau..
Kami duduk atas timbunan cenkerang, siput yang banyak sangat tau..
Cantek.. memang eksaited aku masa first time tengok..

Jumpa anak ikan sekor riuh satu bandor



Sebelum habis maghrib cepat-cepat balik..
Nak solat magrib kat rumah je...


Pssst: Beli keropok banyak giler untuk geng2 opis..


Ok. BabAi

Balik kampung versi 1 : Pantai Batu Buruk

Assalamualaikum...



Masa balik kampung, sempat la kuar dengan family abang sulung aku dengan adik2...
Mak taknak ikut, katanya nak berehat kat rumah..
Mak suruh bawak adik jalan-jalan sementara kami ada kat kampung..



Adik beradik perempuan

Abang aku bawak g Pantai Batu Buruk yang sejengkal je dari rumah aku..
Nak bawak si bongsu main playground dan makan sate ikan..

Dengan si bongsu dan kedua bongsu


Geng kepoh duk bincang nak beli pe..




Yeayyy.. Dapat makan sate ikan..
Lama dah cari sate ikan ni kat kampung
Orang dah tak masuk niaga sate ikan..
Tak macam dulu-dulu zamang kecik-kecik



Kenapa Tuhan ciptakan tangan dua??
Satu untuk pegang aiskrim..
Satu untuk pegang sate..
Rafiq..kamu sangat eksaited makan..












Aina










Walau macamane bebasnya aku berlari di gigi pantai...
Tetap la kena pedulikan budak kecik ni sorang
Takleh biar main ombak sorang-sorang...
Nanti hanyut, mau aku jerit "ombak jahattt..ombak jahat".(macam iklan tu)



Nah..satu je pic panorama Batu Buruk..
Nak lain-lain korang leh gugel je secara berhemah


Ok. Bai