Assalamualaikum...
Haii Haii Hampaaa semua...
Proses Rumah : Pengeluaran duit KWSP untuk Membeli Rumah.
Bila bank dah approved loan & lawyer dah bagi semua dokumen penting, so bolehlah nak proceed pengeluaran duit KWSP.
Step :
1. Online ke website
KWSP. Klik
Sini
2. Cari : borang. Ada banyak jenis borang. Amik Borang pengeluaran KWSP untuk pembelian rumah. Klik
sini. BORANG-BORANG BERKAITAN PENGELUARAN.. BORANG KWSP 9C (AHL)
3. Baca arahan & senarai dokumen yang diperlukan. Klik
Sini . Ada sample cara isi borang lagi yang dia ajar.
4. Isi dan print.
* Isi dengan
online and then print ATAU
* Isi dengan
PEN HITAM dan
TAK BOLEH LIQUID.
* Kalau salah isi, depan pengawai KWSP korang boleh amend. tapi kena sign initial tepi perkataan yang diubah.
Borang & Dokumen yang diperlukan:
PERMOHONAN KWSP UNTUK PEMBELIAN RUMAH DENGAN INDIVIDU (Rumah Second Hand)
1. Borang
KWSP yang telah diisi tadi.
2. Salinan
S&P
3. Salinan H
akmilik Atas Nama Penjual ATAU
Hakmilik Atas Nama Pembeli
4. Salinan
Kelulusan Pinjaman Bank
5. Salinan
IC (in case cap jari tak match dengan rekod KWSP)
5. Salinan
buku bank yang nak masukkan duit (in case KWSP perlukan jika data tak cukup)
* Semua dokumen tu aku dapatkan cop lawyer untuk mengesahkan yang dokumen tu sah dan benar.
SILA BAWA dokumen asal sebab KWSP akan tengok untuk pengesahan.
* Di kaunter nanti, pengawai akan tolong check dokumen kita. Apa yang kurang dia akan tolong inform kita.
* Bila semua ok, boleh proses.
* JIKA TIADA SEBARANG MASALAH, Wang akan ke akaun kita dalam
tempoh 10 hari bekerja (minima).
* Pengeluaran boleh dikeluarkan
sekali sahaja untuk RUMAH PERTAMA kalian sahaja. (Rumah yang first korang beli dan first time keluarkan duit untuk permohonan ni).
* Pengeluaran adalah hanyalah
maksimum 10% dari harga rumah ATAU nilai tertinggi KWSP anda.
Contoh 1 : Korang ada RM20K dalam akaun 2 KSWP. Tapi 10% dari harga rumah kamu hanyalah RM13K. so KWSP hanya benarkan pengeluaran RM13K sahaja.
Contoh 2 : Korang ada RM8K dalam akaun 2 KWSP. Tapi 10% dari harga rumah kamu RM13K. So KWSP hanya boleh bagi RM8K sahaja sebab itu sahaja simpanan yang korang ada dalam akaun 2. Macam kes aku, jumlah simpanan dalam akaun 2 aku tak sampai RM10K sedangkan harga 10% rumah aku sudah RM13K. So, aku hanya mampu keluarkan less than RM10K. paham tak?
Bagi pendapat aku, selagi mampu keluarkan duit, korang keluarkan je.
Sebab permohonan ni
HANYALAH SEKALI SAHAJA UNTUK RUMAH PERTAMA kalian. Macam ku contohnya. Bulan Januari hari tu masa check KWSP ada RM6K.
Tapi masa nak keluarkan KWSP bulan May, nilai sudah RM7K.
Makanya aku boleh keluarkan 7K semaksimum mungkin aku ambik.
Tambahan :
PENGELUARAN KSWP untuk PENGURANGAN PINJAMAN PERUMAHAN HANYA BOLEH DILAKUKAN SELEPAS SETAHUN DARI TARIKH PENGELUARAN KSWP PEMBELIAN RUMAH.
Contoh : Januari 2014 pengeluaran KSWP untuk pembelian rumah. Januari 2015 pengeluaran KWSP untuk pengurangan baki pinjaman perumahan.
Setakat yang mampu ku bantu, aku doakan urusan kalian berjalan lancar dan happy moving to new house.
Aku just share apa yang aku praktikkan masa keluarkan duit KWSP dan sedikit sebanyak hasil dari penerangan pengawai KWSP hari tu.
Dia sangat baik dan sangat membantu.
Aku doakan Allah permudahkan segala urusan dia tu.
Psst : KWSP beroperasi dari pukul 7.45 am sehingga 4.45pm.
Korang boleh cepat-cepat terjah sana yer.
Ok. Bye