Besday Mok dan Ayoh warded

Assalamualaikum... Hai Semua...

24 Sept 2021

Besday Mok.

Seminggu sebelum, adik aku update kat group whatsap adik beradik..
Sape nak bagi duit tong tong untuk kumpul bagi besday mok..

Dapat sekitar RM750.
Pastu hadiahkan mak periuk nasi kecil dan kerusi tolak barang.
Selebihnya cash.



Ramai yang tak boleh balik sebab PKP.
Yang ada cuma adik2 yang berada di kampung/berhampiran rumah.
Berbanding tahun lepas, aku boleh balik dengan suami tahun lepas naik kereta.
Means dah setahun la suami aku tak balik kampung aku,
Aku last balik bulan March naik bas (siap pergi balai polis time tu sebab aku nak balik jenguk orang tua).

Photo dari group whatsap family
-with cucu yang ada kat rumah masa majlis-


Photo dari group whatsap family


Malam lepas ada aktiviti malam tu, ayah aku lelahnya makin teruk.
Terus la ipar dan adik bongsu aku bawak g hospital.
Kena tahan wad 3 hari.
Duduk hospital ok la sebab ada masuk oksigen direct.
Kalau kat rumah guna ubat sedut biasa je (dah tak membantu kalau lelah terlalu teruk)

Adik lelaki bongsu aku boleh temankan kat wad.
Tapi kena buat swab test (airliur) kat pak guard.


Adik perempuan aku ambik ayoh keluar wad lepas balik praktikal.
Siap sempat dorang g makan ikan celup tepung sampai2 bawak mak ayoh round pusing2 bandar.


Hepi Besday Mok. Semoga Allah merahmati mok setiap masa. Semoga Allah penuhi semua hajat..
Semoga kesihatan ayoh beransur pulih. Rumahtangga aman damai selalu.



Ok. Bye
XoXO

Dapat hadiah dari blogger dak ezy ni ha

Assalamualaikum... Hai Semua...


Tengah-tengah nak keluar dengan suami, sabtu hari tu, aku kemas la kereta.
Bersepah sangat kat seat belakang.
Pastu nampak ada kotak atas tiang pagar.
Eh, aku takde order barang.
Ke suami punya.

Tengok kotak nama aku.
Ingatkan suami la duk surprise kan.

Rupanya dak Ezy ni haa buat sweet.
Dia tahu aku duk gilerkan pokok, dia hadiahkan orked.
Masalah sekarang ni, duk pikir nak letak dalam bilik tidur atau kat tepi TV.









Tenkiu Geng!
Malu ai


Ok. Bye
XoXO

My BirthDay 2021

Assalamualaikum... Hai Semua...


As kenang -kenangan

17 SEPT 2021

Oleh kerana tahun ni suami tak belikan kad ucapan. So,aku suruh dia buat sendiri kad ucapan.
Aku nak kad ucapan untuk simpan kenanagan.
Nasib baik ada pen warna warni beli dulu as hadiah kat suami dulu masa besday dia tahun lepas.
Tak sia-sia ye... 


Kad Ucapan in the making


Lepas makan dengan keluarga abang aku di MyKori malam tu, suami tapaukan 2potong kek untuk makan sama2 kat rumah sendiri nanti pulak. Boleh la buat2 bergambar kenangan.



Kek Tiramisu nuts (kalau tak silap) & Kek Red Valvet
Strawberi Blended from McD (Leftover hari sebelumnya simpan kat beku)



Bergambar kenangan.
Paling sempoi tahun ni..

Bytheway, sedap ye kek myKori.
Sebelum makan, tak letak harapan tinggi pun. Takut tak sedap.
Bila makan, eh sedap la pulak.
Tak cukup 2 potong.
Harga sekitar RM11 sepotong. 

Tapi tula.. benda sikit memang la terasa sedap kan,,

Hadiah besday?
T.A.K.D.E

Ke belum dapat? eh..

Ke memang TAKDE?

Ke suami dah bagi tapi aku lupa? Haha.


Psst : Terima kasih atas ucapan semua kat post2 sebelum ni, mahupun post2 dari pembaca yang datang dari blog cik ezy (dia ada buat post ucap besday aku)

Ok. Bye
XoXO

Berkumpul di rumah abang (Hari Malaysia) & myKori ice cream - Part 2

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sambungan dari kesah sebelum ni... 

17 Sept 2021 (Second Day)


Pukul 7 pagi hanya suami sorang balik rumah kami untuk cucuk insulin & sediakan sarapan untuk MIL. Aku tinggal kat umah abang aku lagi. Petang balik kerja baru suami amik aku.

Aktiviti kat rumah abang aku hari itu, hanyalah santai2 je. Tengok Neflix...
Mana yg WFH, masing2 kat depan laptop je la.. Hahaha.
Aku melayan anak sedara je.. Budak2 sibuk main games.

Pukul 6 suami amik aku kat rumah abang lepas dia balik kerja.
Ramai-ramai ke myKori Puncak Alam nak pekena ais krim.
Sedap jugak ye apa yang aku order ni.
Aku main tunjuk je kat menu.



Chocolate Banofee
Kakigori

Review : so sedap.. sekejap je aku habiskan.
Eh, ke sebab makan dengan cik suami, so berselera je aku?
Hahaha

Didatangkan dengan sos coklat


Chicken Slice & Cheese Taiyaki




Suami nak ajak makan di kedai sempena besday. Tapi akhirnya kami cancel sebab nanti balik rumah nak kena teman MIL makan lagi.  So, baik makan kat rumah je la.. Lagipun dah kenyang jugak makan aiskrim ni MyKori tu.


Kebetulan Jiran bagi Nasi Goreng kampung, kami makan bertiga dengan MIL.

Habis kesah 2 hari berkumpul di rumah abang.
Malam tu makan kek besday dengan suami depan TV berdua.


Psst : Genap seminggu besday aku, hari ni besday mak aku pulak.. Hepi Besday Mokkkk...


Ok. Bye
XoXO

Berkumpul di rumah abang (Hari Malaysia) - Part 1

Assalamualaikum... Hai Semua...


Aktiviti 16 Sept & sambutan besday.

Patutnya weekend 18&19 Sept plan nak buat majlis makan-makan sambil berkumpul kat rumah abang aku di Puncak Alam.
Tapi oleh kerana abang sulung di PutraJaya kena kerja sabtu ahad, makanya kami awalkan buat pada hari Malaysia 16hb September iaitu Khamis. Bermalam semalaman dan esoknya 17hb balik ke sarang masing-masing.
Jumaat 17Sept sape2 yang kena WFH, buat je la kerja opis kat rumah abg aku tu.
Mana2 yang nak amik cuti, boleh amik cuti.
Ni kiranya berkumpul untuk geng2 yang duduk di KL/Selangor.
Nak balik Terengganu tak boleh kan.

Sakan noh.. Padahal 1 malam je kat sana.
Gigih dengan beg laptop incase bos suruh buat keje.
Beg suami sekali (padahal tak confirm suami boleh tido sana ke tak, hahaha)


16 Sept 2021 (First Day)

Plannya family abang sulung akan amik aku dan sama2 g Puncak Alam pagi tu. 
So, pagi tu aku keluarkan lauk dan masak siap2 untuk suami & MIL sebelum aku g rumah abang aku.
Walaupun dorang cakap tak perlu bawak makanan, tapi rasa macam tak kena plak kalau bawak tangan kosong kan. Kul 9pagi dorang sampai masa tu suami takde sebab dah pergi klinik untuk dressing kaki MIL.

2 menu je yang aku siapkan untuk MIL & suami di rumah serta untuk bawak ke rumah abang:

 - Ayam Masak Lemak Cili Api Tak pedas.
 - Sambal kentang bilis terung.

Menu makan tenghari untuk dibawa ke rumah abang



Hidangkan untuk MIL dan suami yang akan pulang dari klinik



Siap dengan air basuh tangan aku letak. Haaa.. bini kalau nak berjalan kan. Sanggup itu ini.. Janji boleh keluar.
Sape macam aku??? Hahahaha



Aktivti kat sana :

Budak2 mandi..
Mak n pak budak duk sembang sampai masing-masing penat.

Sampai je, terus nak mandi swimming pool


Pukul 7 malam, geng lelaki bakar ayam.
Kak Ipar masak mihun.
Kak Ipar sulung masak steamboat. 
Aku? G round taman naik basikal anak sedara. Ni cari nahas? Kenapa? Sebab esoknya sakit otot.. hahaha. Balik dari naik basikal, orang dapur dah memanggil suruh tolong buat steamboat jugak.. huhuhu.


BBQ session


Menu malam
Ayam Bakar - Steamboat - Salad


Ayam bakar


Suami aku datang pukul 9 malam lepas cucuk insulin & bagi MIL makan malam.
Urmmm.. ni kali pertama suami tinggalkan MIL sorang kat rumah 1malam.
Ala.. jarak ke rumah dalam 20-30 minit je.
Sebelum ni, memang aku sorang je pergi bermalam umah adik beradik aku.
Suami tak pernah bermalam (mesti akan balik tido teman MIL).
Kali ni suami try tinggalkan MIL kat rumah tak sampai 12jam pun. Sebab esoknya sebelum pukul 7 suami dah balik rumah kami.
(MIL boleh berjalan, boleh urus diri, boleh call, takde masalah, cuma kami tak pernah tinggalkan dia seorang diri waktu malam)
Memang dah siap pesan kat india sebelah rumah, suruh tengok2 mak.

Malam tu kak ipar belikan kek sebab esoknya besday aku.
Tak sangka.
Hihihihi..Malu.. Malu ai..
Ada anak jiran jugak datang.

Masalahnya kek aiskrim dia tu sedap..
Suami datang bawak cinnamon roll order from Mamasab.


Kek aiskrim.
Thanks Kak Ina & Abg Jan belikan kek..



Suami order Cinnamon Roll

Bergambar kenangan

Makan & sembang


Enjoy the moments malam tu spent time dengan adik beradik yang duduk di KL/Selangor ni.
Ala 3 beradik je termasuk aku. Last berkumpul masa bulan puasa. Raya tak dapat melawat sebab PKP.

Bersambung ke Part 2..

Ok. Bye
XoXO

Apa bekal yang pernah aku bawak g sekolah yang mak buatkan

Assalamualaikum... Hai Semua...


Seingat aku, jarang sangat aku bawak bekal ke sekolah dulu.
Kononnya malu, dan renyah nak buka bekal.
Renyah nak bawak bekas bekal tu. Naik bas g sekolah susah nak bawak banyak2 barang kononnya.
Lagi senang beratur dan beli makanan panas-panas.
Pastu boleh tanya selera nak makan apa hari tu kat kantin sekolah.
Sambil boleh huha huhaaa bergalok mengilai dgn kawan masa beratur dan bertolak-tolakan kononnya.

Tapi ada masa, aku bawak je bekal..
Ni antara makanan yang mak aku sediakan yang meninggalkan nostalgia pada aku masa sekolah dan zaman diploma..


1. Nasi Goreng Planta

Form 2, ingat lagi mak aku masak nasi goreng planta bila aku cakap aku taknak beratur kat kantin. Bungkusannya cuma surat khabar dan lapik dengan plastik (mak aku gunting plastik kat rumah). Naik bas g sekolah, semerbak bau nasi goreng dalam bas.
Bila time rehat, aku buka bungkusan nasi goreng aku, eh ramai plak member2 yang makan. Dah kalau 5,6 orang makan sikit2 sorang, akhirnya aku dapat makan sedikit dan lapar lepas masuk kelas tu.
Tak marah pun dorang. Member kan. Mesti kita sayang punya. 

Bila dah banyak kali makan dgn kawan2.. So, mak aku syorkan jual je kat mereka kalau mereka nak. Kalau hari2 makan free, botak jugak.  Dorang order dan aku jual RM2 sebungkus. Nasi banyak janji budak2 kenyang. Laku molek. Aku jual tak lama pun. Sebab malas nak angkat berat2 naik bas, sebab kadang-kadang takde seat dalam bas, kena berdiri dengan nasi banyak2 kat tangan tu. 
Mak aku pun masih ingat kesah dia masak nasi goreng pagi2..



Sources Photo : Google (Blog masakan)
Bukan gambar aku ye.
Contoh Nasi Goreng Planta

Sources Photo : Google (Blog review makanan)
Bukan gambar aku ye.
Mak aku urus ala-ala nasi mamak gini la.. Hahaha

2. Sandwich Sardin

Sesekali aku bawak roti sardin. Kalau ada sardin, dan roti pasti mak cepat2 tumis bawang letak sardin tu untuk hilangkan hanyir, perah asam limau, dan potong timun. Terhasil la roti sardin.
Tapi tak la kerap aku bawak roti sardin ke sekolah. Biasanya aku bawak bekal sebab pagi tak lalu nk makan, so mak aku suruh makan masa rehat aje roti ni.


Sources Photo : http://banyakresepi.blogspot.com/2016/08/resepi-sandwich-sardin-enak.html
Bukan gambar aku ye.


3. Roti Planta Gula

Menu bekal paling simple but heaven sedapnya. Amik roti, sapu planta pekat2 tebal, letak gula byk2.. (time aku buat sendiri la..hehe). Kalau mak buat, ala kadar isi nya katanya ingat orang2 belakang jgk bila makan. hahahaha.

Ni kalau bawak, ramai la yang serbu sape2 yang nak tumpang makan bekal cincai je pun. Tapi bila makan dengan kawan, siap rasa tak cukup.

Betul kata mak aku, kalau buat bekal kat anak, anak seronok je makan dengan geng2 sebab ramai saing ramai2 kan. Syokkkk sikit makan sama-sama.. 



Sources Photo : https://harrazlee.wordpress.com/2014/11/11/roti-planta-gula/
Bukan gambar aku ye.

4. Ayam Masak Merah

Menu ni aku selalu bawak masa kat politeknik masa diploma. Boleh dikatakan menu ni aku bawak setiap kali aku balik ke asrama poli pada hari sabtu.
Aku sempat 2 semester sama politeknik dengan adik aku.
Aku diploma, dia sijil.
Merasa la duk politeknik yang sama.
So, setiap Sabtu tengahari mak aku masak ayam ni kalau kami nak balik ke asrama poli/ rumah sewa.

Nasi Putih
Ayam Masak Merah seketul dua (utk roomate)
Timun ulam

Lauk ni tak cepat basi. Sampai poli lewat petang, mesti makan ni as dinner.
Kawan-kawan politeknik, mahupun boyfriend merasa la menu ni dulu.. hehehe
Memang lauk ni je setiap kali balik ke asrama.

Syok makan ramai-ramai.
Mak ko bagi singgang ikan.
Mak aku bagi ayam masak merah.
Mak dia bagi sup daging.
Mak dia ni masak gulai.
Mak ko takmasak, eh. mak ko belikan ko sup daging laa... 
Takpe.. Tetap ada 

Ko takde bekal? Takpe.. pakat makan apa yang ada ni..
Merasa sikit sorang, rindu betul.


Sources Photo : AzieKitchen
Bukan gambar aku ye.




Nostalgia sungguh. Dulu malas nak bawak bekal. Sekarang dah keje eh, bawak bekal plak. Alasan? malas nak turun beli lunch. So No wonder la perut tebal, lemak banyak sebab malas berjalan. Hahaha..

Semoga Allah memberkati semua ibu-ibu di dunia ini. Jasa takkan pernah terbalas.

Ok. Bye
XoXO

Dapat blog header dari Cik Ezy

Assalamualaikum... Hai Semua...


Rasanya blog header aku yang lama aku guna sekitar 7-8 tahun dah.
Itu pun dak Ezy ni yang buatkan.

Kalau aku buat, aku letak gambar seketul je.
Pastu takde nak edit2 dah.
Hahaha...
Aku tak reti sangat nak melawa - lawa kan gambar & kreatif2 kalau bab kena guna teknologi komputer ke, apps dalam phone ke. Aku memang tak reti sangat. Hehehe..


Baru - baru ni dak Ezy ni bagitahu dia emailkan aku header baru.
Dia siap offer nak tambah elok template blog.
Aku suka sangat la kalau ada yang nak tolong



Header lama



9
Header Baru



Cik Ezy tolong mencantekkan blog aku seiring usia aku dah 30an ni..
Harusla matang gitewww kan..
Kalau ikut aku, memang sendu gitu je la blog ni.


So kita guna warna puteh suci haaa..

Tenkiu Dak Ezy (Seorang yang akan beli apa sahaja yang comel2).


Ok. Bye
XoXO

Haul Kedai Setia RM2.20

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sebelum ni kedai SETIA RM2.10 je.
Sama macam kedai ECO.
Tapi sekarang dah naik jadi RM2.20.
Aku pun tak tahu, sebab dah lama gak tak ke sana.

Kedai ECO kat Setia Alam, suami aku tak syorkan pergi.
Sebab orang sentiasa penuh je.
So, dia bawak aku g kedai SETIA area pekan Kapar.
Aku tak kesah pun, janji boleh menshoppingkan diri. Hehehe.

Moh la, risik-risik apa yang aku beli :



Kebanyakannya untuk dapur

Beli botol untuk sink
2 botol isi SunLight & 1 botol isi sabun cuci tangan Lifebouy
Siap beli tray sekali.

Beli mangkuk kecik ni RM2.20 sekali dgn penutup.
Aku letak sambal belacan, sambal kicap.
Dulu letak dalam bekas plastik.
Ni letak dalam bekas kaca memang mudah nak basuh, dan takde tinggalkan kesan bau.


Rak stackable


Kita tengok tahan lama mana botol ni.
Jangan roboh udah la kena tekan dgn cik suami.
Sebab kerja basuh pinggan kerja dia. Hehehe


Nak letak stok span cuci pinggan, plastik sampah dan lain2.
Or mungkin boleh letak barang pertukangan suami kalau muat.



Ok.Bye
XoXO

Kesah Google Adsense

Assalamualaikum... Hai Semua...


Aku register google adsense sekitar Januari 2020.
Tu pun lepas tahu BFF Cik Ezy buat, aku pun buat.
Tahun ni tengok2 iklan dah deactive.
Tak tahu sebab apa.
Katanya kena masukkan pin verification
Tunggu punya tunggu, surat /email takde sampai pun.

Aku rasa aku request dah 3kali kot. hahaha

Last week aku tanya mak aku kalau ada surat sampai.
(Aku letak alamat kampung)
Mak cakap takde.

Aku buat kesimpulan - Memang aku kot yang problem masa apply google adsense, yelaa sejenis makhluk yang nak buat blog tapi serba serbi tak reti.
Huhuhu.
Mungkin aku yang salah kot, sebab tu takde sampai surat.

Aku biarkan je la. Merajok!. Taknak pedulik.
Takpe la kalau blog takde iklan pun.
Janji ada blog untuk nulis2 cite sendu aku ni.

Tup tup hari ni mak aku whatssap cakap surat ada sampai.
Aku mintak mak bacakan no pin dalam tu.
So, bolehla aku buat verification address tu.




So, kita tengok la apa jadi kat blog aku lepas ni.
Aku pun tak tahu la apa nak jadi.
Sebab serba serbi tak reti ehhhhh.

Sendu betul aku ni..
Mujur ada Cik Ezy yang selalu bantu bab blog ni.

Ok. Bye
XoXO

SENARAI BAHAN UNTUK BUNGA TELUR

Assalamualaikum... Hai Semua...


Senarai barang bunga telur.
Senang nak refer next time.


BUNGA TELUR TISU
Tisu - 100gsm - 45 bunga (2helai untuk 1 bunga)
Riben -14 inci- segulung dpt 38.(riben ikat biasa)
100pcs bunga telur- 11 gulung
Dawai saiz 28-ada 45 pcs
Bunga - 1 dawai potong 3
Riben-1 dawai potong 4
Lidi-10inchi
Bunga- 5 potong tisu
Tisu-potong 3
1 bunga telur- 4 ikatan riben
100 bunga telur- 4 gulung tape bunga (gulung ketat)





BUNGA TELUR CREPE
1 kertas crepe - potong 2, belah 8, so dapat 16
1 bunga crepe - guna 4 keping potongan crepe (jimat)
1 kertas crepe - dapat 4 kuntum bunga
Dawai 24 - untuk bunga potong 3
Dawai 24 - untuk riben potong 4
100 bunga - 4 floral tape
1 riben - potong 65cm (ikatan 2pusing riben)
1 gulung riben - dapat 5bunga telur (4riben/batang)
Kalau nak guna 4riben atas, sarung telur ltk bawah sikit dari bunga.
Kalau guna 3 riben atas, sarung telur&1 lg riben ltk tgh2 lidi




Pssst : Dah lama xbuat bunga telur. Setahun yang lepas buat sebelum PKP sebab adik kawen. So kita simpan kat sini info2 senarai barang, biar senang nak rujuk kelak..

Sape2 nak buat bunga telur sendiri pun senang, ada aku share totorial sebelum2 ni.
Tapi tu la,, musim2 PKP ni sape la yang nk buat majlis kan.. Hehehe


Ok. Bye
XoXO

Kemas Peti Ais

Assalamualaikum... Hai Semua...


Korang bila kemas peti ais yang secara besar besaran?
Hehehe..
Aku last kemas bulan Mac 2020, masa PKP1.0.
Masa baru-baru kena kurung dalam rumah, so cari la aktiviti kat rumah.
Pastu dah takde kemas2 sangat, setakat lap mana2 yang tumpah, menitik2.

So, kali ni kemas peti ais dan tukar alas tray yang baru.
Kan beli alas tray baru, so aku amik kesempatan la kemas peti.
Kebetulan stock dalam peti pun dah banyak habis..
So, mudah la nak kemas.


Alas tray (warna putih) tu beli kat Mr.DIY (RM 0.80)



-SEBELUM-
Ni alas tray yang aku guna dulu,
Sekitar 7tahun dah guna.
Beli kat Mr.DIY jugak. Harga still sama. RM 0.80
Beli yang berwarna macam ni, kalau dah pudar buruk benor nampoknya..



-SELEPAS-


Tingkat bawah


Aku pakai alas untuk tray, walaupun tak besar dan tak menutupi semua tray, tapi atleast kalau comot apa2, aku xperlu keluarkan tray. Just ambik alas dan basuh.
Tapi kalau kalau kena tray jugak, kena la lap jugak kan.

Time rajin ni...
Kalau malas, main sumbat2 je janji pintu boleh tutup.

Sekarang viral peti ais ketuk2 untuk tengok isi dalam tanpa buka pintu.
Harga sampai 8k, eh takpe la.. Hehehe


Ok. Bye
XoXO

Kereta - downgrade sport rim ke size 15 jerrr

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kereta mintak nyawa.

2hari lepas kereta tayar belakang pancit.
Suami kerja Isnin naik moto. Aku WFH.
Selasa, aku kena kerja. 
So, aku naik moto la g keje dengan suami.
So, rabu pagi2 kami g tukar tayar baru.
Nak kena cepat tukar tayar sebab nanti nak kena bawak MIL ke klinik dressing luka kencing manis.

Eh, rupanya banyak benda kena tukar.

1. Kesemua 4 tayar dah botak. Yelaaa.. dah lama tak tukar tayar baru.
2. Tukar minyak hitam.
3. Tukar minyak gear.
4. Aku buat keputusan tukar sport rim lain (secondhand) 

Dulu aku pakai size 16.
So, tayar untuk size 16 sekitar RM250 sebijik.
Biasa memang cecah RM1000 kalau tukar 4tayar untuk sebuah kereta ni.

Sebenarnya dah lama decide nak tukar rim kecik sikit iaitu 15.
So, kali ni kami sepakat nak downgrade size rim dari size 16 kepada size 15.

Kalau tayar size 15 boleh dapat dengan harga RM160 je.
So, boleh jimat kat situ.

Bangun pagi, suami tukarkan tayar pancit kepada tayar spare. Then pegi kedai kat area rumah ni tutup pulak kedainya.
So, kami gerak je la sepanjang2 jalan tu cari kedai kereta lain.
So, jumpa la satu kedai ni.

Kedai besar, staff ramai, rupanya kereta pun banyak.
So agak lambat sikit la siap.
Aku lapar pegi tapau makanan.
Kami makan berdua kat tepi kedai moto sebab kedai makan tu tak boleh dine-in.

" Korang baru 1 dos vaksin ke tak boleh makan kat kedai?" tegur staf kedai moto.

"Eh.. takde la. Kedai makan ni memang buat servis tapau je. Kami servis kereta sini, so panas nak jalan kaki ke kedai lain. So tapau kedai kat sini dan makan je tepi2 sini la"


Oh ye.. 
Sport Rim amik yang design sama. Cuma size je berbeza. Lagipun takbanyak pilihan untuk secondhand. Nak amik yang baru, paling murah pun RM800.
Trade in sportrim lama RM300.
Sport rim secondhand yang baru size 15 ni harga RM450.
So, cuma bayar RM150 je la sebab trade in yang lama.
Pastu beli semua tayar Continental yang baru.

Sport Rim 16

Buruk dan banyak calar, banyak kemek.
Dah 12tahun kot (dgn owner lama + dgn aku)

Sport Rim 15
Sama design dan warna

Kedai di Klang



Total semua RM1266.
Tukar 4 tayar baru, tukar sportrim size 15, buat alignment,tukar minyak hitam dan tukar minyak gear.

Tukar minyak hitam - RM160
Valve - RM 40
Tukar minyak gear - RM220
Sport rim - RM150 (lepas trade in)
Tayar baru - RM 165/sebijik
Alignment - RM16
OilFiletr - RM160
Gas dalam tayar - RM20.

Lebih kurang la..

Takpe la.. Harapnya takde rosak2 major ye...
Kereta cari rezeki.
Kereta bantu bawak MIL g klinik dressing luka..
Kereta bantu balik kampung jumpa parents..

Sesekali kalau kereta mintak duit, memang koyak jugak poket kite...
Hehehe..
Kereta sebijik pun semput nak jaga...

Ok. Bye
XoXO