Misteri Rantai Emassss

Assalamualaikum... Hai Semua...


Tajuk mengundang kan?
Nampak misteri kan?
Takut tak??

Kesahnya hujung2 tahun macam ni, ramai la adik beradik aku yang balik kampung di Tganu.
Aku tak balik sebab banyak cuti habis untuk rawatan TTC aku ni.
Di kampung, adik ipar aku Si Halim ni jumpa rantai emas dalam bilik.
So semua pakat tanya la rantai sape dalam group family.

Tapi semua kata bukan mereka punya.
Sampaikan pukul 11 malam pun, mak aku masih call aku tanya rantai aku ke yang hilang ni..


Mula2 aku ingatkan orang tanya botol susu anak sape tertinggal kat kampung.
Eh, rupanya nak tanya pasal rantai emas ni.




Misteri sampai sekarang.
Masing2 kata bukan dorang punya.
Bukan yang anak2 kecik dorang punya.
Mak aku siap tanya tetamu yang pernah datang tido kat bilik tu. hahaha..

So, kekal la misteri sampai jumpa sape pemilik sebenarnya..



Ok.Bye
XoXO

Besday suami terlewat bersiaran

Assalamualaikum... Hai Semua...



Tahun ni besday suami bulan 11 tapi aku sambut pada bulan 12.
Lambat sebulan.
Biasanya sambut pada hari yang sama, mahupun weekend selepas besday.
Oleh kerana besday dia pada bulan 11 masa aku tengah sibuk dengan rawatan TTC, so selepas selesai semua baru aku sempat ajak suami beli kek.

Nak jugak buat2 makan kek depan TV, janji ada moment tu.
Tengah2 lepak kat rumah masa tu, lepas magrib ajak suami gi Setia City Mall.
Plannya nak makan di Secret Recipe aje. Senang, kek pun ada situ.
Ataupun kalau taknak makan berat. just nak makan shaved ice di myKory aje.

Otw ke sana, ubah plan nak beli kek aje dan balik makan di rumah.
Jam 8 malam, so baik tapau kek dan makan kat rumah aje.

Boleh la sendu2 sambut besday berdua depan TV.
Hahaha.. Malukan MIL aje kalau dia tengok "amenda la budak 2ekor syok sendiri hidang2 kek sendiri, makan sendiri, kemas sendiri, amik gambar sendiri, hahaha"


Kek favourite suami
Pandan Cheese Leleh

Gigih beli aiskrim dan jeli kelapa sekali







Selamat Ulang Tahun Encik Matt
Semoga Allah memberkati.
Ucapan lain di kad ucapan yang kalau baca dia nanges untuk 9 tahun susah senang bersama.
Hihihik


Ok. Bye
XoXo

2022 Re-cap

Assalamualaikum... Hai Semua...


Wah.. Tak perasan dah hujung tahun.
Tengok post orang pasal penghujung 2022 baru teringat nak buat post jugak pasal perjalanan 2022 ni.

Tahun 2022 ni start tahun aku kena tolak gaji penangan post PKP yang banyak projek takde.
Company pun dah mengecil.
Ramai teammate yang kena buang kerja, tapi aku masih terselamat.
Sedih wei sebab 7tahun dengan dorang.
Dorang semua ok dan baik2 saja walaupun berlainan agama.

Suami tahun 2022 ni start kerja dengan company baru walaupun hanya as kontrak staff.


January 2022 dimulai dengan kami akhirnya ada wang sedikit (KWSP, hehehe) untuk buat kabinet dapur. Alhamdulillah. Pencapaian duduk rumah ni dah 8tahun baru boleh buat kabinet dapur. 

February 2022 menyambut anniversary ke-9 tahun ni. Semoga Allah memberkati kami suami isteri.

March 2022 menghadiri majlis konvoskesyen adik. Walaupun hanya aku balik Tganu sorang, takpe. Janji boleh sedikit sebanyak mengembirakan adik aku yang tengah konvo. Mak aku boleh masuk dewan. ayah pulak kat rumah saja sebab keuzuran.

April 2022 kita semua berpuasa. Tradisi sama, makan berbuka hanya di rumah bersama MIL. Bersyukur. Bulan ni jugak suami berjaya habiskan bayaran balik PTPTN. Sepatutnya habis masa tahun 2025. Tapi kami habiskan awal guna akaun 2 KWSP.

Mei 2022 Beraya di Terengganu kelam kabut bila tiba2 pengumuman raya. Kelam kabut adik beradik aku kemas rumah dan siapkan juadah. Mak la paling kuat. Entah mana dapat kudrat dan power tu. Ni kot yang paling dikenang tahun 2022 ni. Pastu dugaan ayah masuk wad sebab lelah di hari raya ke 4.

Jun 2022 Merasa la suami bawak g mandi sungai di Kalumpang, Hulu Selangor. Weekend kami memang di rumah aje dengan MIL. Jarang2 bermalam di luar, bercuti, mahupun makan angin jauh2. Biasanya weekend kami g Pasar malam aje.kesian kn? hahaha. Tu yang dapat g mandi sungai pagi, petang balik pun aku dah seronok. Hehehe.

July - Raya haji di rumah sendiri aje tahun ni. Takde balik ke Tganu kampung aku.
Ayah warded ward lagi. Kali ni teruk & semua adik beradik balik kampung. Alhamdulillah ayah OK semula. Bulan July, mula nak start bergilir take part jaga MIL. MIL dijaga oleh kakak suami. Start jaga MIL masa ayah aku warded, suami aku nak ikut balik Tganu.

Ogos 2022 MIL masih dijaga adik beradik suami yang lain. So, aku berpeluang balik Tganu sebab nak bawak adik aku ke Melaka sebab dia dapat kerja di sana.  Bulan ni jugak kereta aku yang 10 tahun tu bertukar warna. Alhamdulillah. Lepas merdeka, MIL dihantar semula ke rumah kami. Dan kami sambung jaga semula . No more bergilir2 jaga MIL. Benda tu tak berjaya, tak semua amik bahagian.

Sept 2022 besday aku yang sambut simple2 aje berdua dengan suami. Berprojek DIY dengan suami nak siapkan sarung sofa. Menjadi jugak ye. Ke Pahang kenduri di rumah Paman suami.  First time join Giveaway di IG, dan menang hadiah. hehehe..

Oct 2022 bawak sepupu suami ke rumah kami seminggu untuk temankan mak. Pastu attend kenduri anak sedara suami. 

Nov & Dec 2022 Kami start semula rawatan untuk try mengandung (TTC). 

Semoga 2023 lebih indah dan dipermudahkan especially dalam urusan mendapatkan anak. Aminnnn.


Ok. Bye
XoXO

Balik mengundi di Perak & singgah tengok rumah MIL

Assalamualaikum... Hai Semua...



Last balik kampung MIL pada April 2021 masa anak sedara sanding.
Ni kami singgah tengok rumah MIL masa balik mengundi di Perak bulan lepas.
Sempat la aku videokan keadaan rumah.
Rumah kalau takde orang duduk, memang cepat usang.
Aku pernah dengar orang kata "Rumah yang takde napas manusia kat dalam cepat nampak usang"
Huhuhuhu~

Rumah ni memang kami tinggal terus since June 2018 sejak MIL dan arwah FIL start uzur.
Takde balik lagi sini mahupun masa raya.
Sebab adik beradik suami macam dah takde berkumpul. Masing2 ada rumah masing2 di KL sana nun.
So, memang rumah terbiar aje.

Di kampung ni memang banyak rumah kosong terbiar.
Anak2 duk KL.
So, rumah mak ayah di kampung kosong.

Rumah MIL plak memang tak berapa molek.
Banyak retaknya.
Banyak lubangnya.
Banyak buruknya.
So, kalau nak stay kat rumah tu, memang bagi aku perlukan modal kasar jugak untuk repair dan naiktaraf itu ini nak bagi selesa kat penghuni.

Gambar yang aku snap from video.

Ada pokok rambutan berbunga masa kami pergi.



Tanah lapang dulunya kami kenduri kawen kat sini


Kolam keli yang takde keli sejak aku kawen.



Sini banyak pokok kelapa.
Habuan buat minum petang.


Bilik air luar, orang pandang bila tandas dalam rumah dah penuh


Dulu banyak pasu2 MIL tanam pokok sini
Dulu kat beranda selalu kami melepak sebab dalam panas.
Lebih2 lagi bulan puasa.


Nampak dari jauh pun memang rumah azab sangat.
Rumput kuning semua..
Pastu masa pergi tu musim hujan, so air bertakung di belakang rumah.
Dulu 2014 pernah banjir.


Kami sempat singgah di beberapa rumah jiran.
Bersembang depan pintu aje.
Kalau masuk, nanti melarat sembangnya.
Nak singgah banyak tempat, jumpakan MIL dengan kawan-kawan dia.
Ada yang duduk rumah anak sebab uzur.
Ada yang buat umrah.
Ada jugak yang tak de kat rumah sebab pergi mengundi masa tu.
Mana yang ada kat kampung aje, sempat kami singgah.
Ada aje buah tangan dari kampung. Segala benda di pokok semua hendak dipetiknya nak bagi kami bawak balik Meru.




MIL memang duk nanti2 nak balik mengundi.
Bukan sebab nk tukar kerajaan.
Tapi sebab nak jumpa kawan2 kat kampung.
Alhamdulillah otw balik Perak tak jem sebab awal pagi.
Nahhhhh.. sekali masa otw balik Meru, jemmmmmm rapat wei..
Nasib baik MIL siap2 pakai pampers dalam kereta. Bilik air penuh semua.



Ok. Bye
XoXO

Luka dan rawatan tahun ke -4 luka


Assalamualaikum... Hai Semua...



Lama tak update progress luka kencing manis MIL aku. Last share pada bulan Jan 2022 lepas.

Aku still update kat blog as progress untuk kami suami isteri refer semula & sebagai reference untuk orang lain jugak.
Oh ye. Aku still terima whatssap dari orang yang datang blog aku refer berkaitan luka kencing manis.

Berapa tahun dah luka kencing manis MIL aku?
Jawapan nya :4tahun 4bulan (Since Jun 2018)


Bulan July 2022
(Oh ye, start bulan 7 ingat nk bergilir jaga MIL sebulan sorang, sbb tu bln 7&8 MIL duduk dgn adik beradik lain, tapi tak semua take part and end up MIL ke rumah kami semula.. Hehe..)
Kakak kepada suami (kakak ipar) jaga sebulan. So, menjadi kelaziman sapa2 yang menjaga kena bawak ke klinik cuci kaki kalau taknak cuci kat rumah. Kalau ada inisiatif nak cuba di klinik pakar, di alu-alukan.
So, kak ipar bawak ke klinik perubatan yang dia pernah bawak bapa mentua dia dulu.
Di Perak, mak dibawak ke Klinik Nagoke di Tanjung Tualang, Perak.
Memang klinik legend la. Banyak orang kenal klinik ni, especially untuk sakit kulit & dressing luka kencing manis. Kat sini, doktor koyakkan balik luka tu (i means torehkan semula luka tu, untuk bagi berdarah dan generate semula kulit baru sebab katakan kulit lama mati dan taknak tumbuh baru.
Doktor sana cadangkan teruskan rawatan kat sana, tapi giliran kakak ipar jaga sebulan dah habis. So kembali ke Klinik Puchong semula. 

Bulan Ogos 2022- kembali ke Klinik Walia semula
Abang ipar lain pulak jaga sebulan lagi di PJ (jaga bulan Ogos - ni kali pertama abang yang ni amik part jaga sebulan), so rawatan kembali semula ke Klinik Puchong seminggu sekali melainkan kalau ada nanah kena pergi 2hari sekali.

Bulan Sept & seterusnya :
Kami jaga semula MIL. So, Kami akan continue ke Klinik Walia Puchong semula.
Pasal luka ni, sekarang hanya follow the flow.
Ni dah sampai tahap lalui aje. Teruskan aje cuci janji tak melarat.
Sebab macam payah je nak tertutup.

Konsep setiap doktor berbeza.
Doktor di Tanjung Tualang percaya dengan konsep luka MIL aku ni kena toreh dan generate semula isi untuk isi tumbuh dengan aktif dan luka akan tertutup semula. So, masa bulan 7 bawak MIL ke sana, kaki MIL ditoreh dan dirawat semula (means luka kecik jadi besar semula)

Manakala doktor di Klinik Walia Puchong amik inisiatif cuci je luka sampai sembuh. Sebab tu, masa bulan 8 bawak ke Klinik ni semula, doktor a bit bising dan bertanya la kenapa luka besar semula?
Nasib baik kos mencuci masih tak berubah which is RM30. Sebab dulu masa luka besar kos RM50, hanya bila luka dah menjadi kecik di kenakan bayaran RM30. hehehe..


Sebelum potong
Sebelum July 2022
Yang kuning-kuning tu kulit mati. Dah lama progress cuma macam tu.


Sebelum potong


Selepas potong
Gambar pada bulan JULY 2022


Selepas potong

Selepas potong


Potong di klinik

Selepas potong



Dapat ubat dari Klinik Nagoke di Tanjung Tualang, Perak
1. Ubat semacam Iodin
2. Gel Metrogyl

3. Dapat Eusol (sejenis solution/air garam untuk dressing kaki)




Di Klinik Perak

Keadaan luka pada 19 oct 2022
Hijau2 tu sebab ubat.
Nampak mcam makin kecil, tapi still ada kulit2 mati tepi luka 


Klinik Walia puchong rawatan susulan
1 Oct 2022

Ubat di Klinik Walia

Sekarang pergi klinik seminggu sekali aje (sabtu).

Sebab ada banyak faktor kami masih ke Klinik Walia Puchong dan luka masih tak bertutup :
1. Mak memang suka doktor di klinik walia aje. Katanya doktor tu melayan dia dengan baik.
2. Faktor masa, kami ke klinik walia seminggu sekali saja waktu weekend.melainkan kalau ada nanah, kami ke klinik 2hari sekali.
3. Faktor usia, memang lebih 70an agak lambat nak sembuh luka.
4. Faktor utama nya, kami biarkan mak tentukan kat mana yang dia selesa. Sebab banyak klinik lain yang kami bawak, tapi mak hanya nak ke Klinik Walia sahaja, sedangkan klinik tu jauh dari rumah kami (Kapar-Puchong).

Notes : Ada jumpa reader yang pernah baca blog ni, masa kat Klinik Walia. Mereka bawak maknya dressing kaki jugak. Harap sedikit sebanyak blog ni boleh membantu.

Ok. Bye
XoXO