Throwback Hari Movie di opis

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dah berzaman story ni. Tapi nak up kat blog as kenangan. Hooo.. Biorrrr laa.. 
Berzaman dari musim halloween hingga masuk Ramadan dahni. 😆

Bila dapat email management nak buat hari movie dengan tema halloween. Terus la kita happy. Sebab? 

Ada MAKAN. 

Pastu team HR suruh sape2 ada kerusi camping untuk bawak sekali nak memeriahkan teater movie kita nanti. 

Ala buat kat opis je pun kat ruang lapang, selit letak projektor dan white screen, atur2, deko sikit. Settle. 

Sape ada pakaian tema. Pakai.
Sape xde pakaian tema. Takpe. 
Makan tetap makan.
















Tu antara gambar - gambar yang berjaya aku rembat dari phone member opis. 

Movie yang dipasang cite saw. Rasanya la kalau tak silap. Sebab aku pun xpasti sangat tajuknya. Ngeri cerita ada gergaji bagai. Ni kalau kat rumah, takde pun aku nak tengok cite ngeri gitu. Harap kat opis, nak enjoy dengan kawan2 aku layankan aje. Hehehe

Semua ni akan jadi kenangan. Best moment dengan geng2 opis.


Ok. Bye
XOxO

Kenangan Ramadan : Bermain selepas berterawih di kampung

Assalamualaikum... Hai Semua...


Bermain di luar rumah waktu malam bulan Ramadan?


Iyaaaa.
Zaman tahun 90an dulu. Sekitar tahun 1990 - 1996 zaman aku kanak-kanak. 
Zaman tu, memang budaya kampung aku selepas terawih/magrib, kanak-kanak mengambil peluang untuk bermain di luar rumah sekitar kampung. Tapi kebanyakannya lepas maghrib pun berpusu-pusu keluar bermain. Pung pang berlari tepi surau.
Bermain kejar-kejar, sembunyi-sembunyi (hantu takde bulan puasa, hahaha) 😆😆
Bermain tanglung, lilin, bunga api, mercun ringan-ringan.

Mak aku selalu sediakan air sirap satu jug dan beberapa cawan plastik kat muka pintu rumah untuk memudahkan anak-anak singgah minum masa bermain.
Mak aku memang takde marah pun zaman tu nak bermain waktu malam.
Sebab mungkin budaya kampung.
Semua anak orang lain jugak keluar malam.

Geng2 lelaki adik beradik aku ni sakan la bermain. Terpekik-pekik macam tarzan.
Terkinja-kinja berlari.
Orang kampung memang sedia maklum la..

" Ni anak si polan la ni"

Mak aku cukup paham kehendak anak-anak time tu.
Siang anak-anak melepek kat rumah bila disuruh.
Tapi malam-malam jadi tarzan.. Haha 😄😄
Orang bermain sakan malam-malam sebab nak qadar waktu siang tak dapat bermain.

Geng perempuan pulak main dengan tanglung & lilin.
Sape mak bapak berduit dapat la tanglung kertas yang lawa-lawa dan cantek designnya.
Yang mana atok nenek melayan, ada jugak la dapat tanglung biasa walaupun kecik.
Tanglung selitkan kat ranting kayu untuk dipegang
Kita anak2 b40 masa tu yang berderet adik beradik cukup dengan main lilin.
Sekotak lilin boleh main dengan 6,7 adik beradik masa tu.
Pasang lilin dalam tempurung kelapa.
Agak pandai mengampu dapat la tumpang seminit dua pegang tanglung orang lain.
Abang-abang aku buat tanglung tin milo. Gigih cari tin dalam tong sampah/kedai2 kopi (maklumla rumah kita minum milo dalam pek plastik je, sekarang je kita boikotttttt)
Lepas tu buat lubang kat tin. Gigihla menukul tu. Siap buat corak huruf la, corak bunga la, garisan la..

Dannnnnn.
Urmmm.. Mak aku pernah belikan aku tanglung kertas kecik lawa masa tu. Bila kesiankan aku kelip-kelip mata tengok tanglung orang lain.



Sources : Photo from  Ninso
Tanglung 

Sources : Photo from  Ninso
Lilin legend zaman kanak-kanak dulu bermain time bulan puasa


Sources : Photo from owner's FB
Zaman dulu kami pun macam ni la.. 


Sources : Photo from owner's FB
Tanglung Tin


Kita zaman tu kadang terawih. Kadang tak. Lebih banyak main-main.

Siap mercun masuk kain budak yang baru balik terawih.
Nostalgia sungguh. Tapiiiii kampung aku takde sangat orang pasang pelita buluh.
Pelita buluh pun tak ramai berani pasang.
Kampung ala-ala setinggan, bahaya kalau terbakar.
Tapi kalau malam 7 likur, memang meriah.

Now.. Semua tinggal kenangan.
No more bermain malam zaman sekarang. Kampung pun dah tak selamat kan.


Ok. Bye
XoXO

2nd weeks of Ramadan 2024

Assalamualaikum... Hai Semua...


Week kedua dilalui dengan "eh cepatnya.. Dan masuk minggu kedua dh". 
Tahun ni dugaan minggu kedua dimulai dengan menjaga abang accident di wad hospital. 


Iftar 8 Ramadan
Berbuka sendirian. Suami kerja.
MIL memilih untuk makan di katilnya dalam bilik. 
Aku masak ikan gulai kuning, sayur aku rebus aje.


Iftar 9 Ramadan. 
Menjaga abang di wad. 
So bekal ala kadar aku bawak dari rumah
Sebab tak biasa dengan persekitaran hospital ni.
Rupanya kantin ada buka sehingga 10malam.
Cuma untuk bersahur kedai tak buka.


Iftar 10 RAMADAN
Tapau Nasi Goreng di kantin hospital
Tak lalu pun makan sebab padan duk minum air sirap sejuk je.
Panas giler cuaca sekarang. 



Iftar 11 Ramadan. 
Abang Ngah amik giliran jaga abang sulung di hospital. 
So aku dah kat rumah sendiri
MIL requested nak berbuka kat port biasa. 
Siakap stim. Kangkung belacan. Ns ayam penyet
Eh.. Ada orang tanya pasal raya la.. Huhu



Iftar 12 Ramadan
MIL duk nanti2 anak2 datang berbuka dengannya. 
Finally puasa ke 12 ada la sorang datang berbuka di rumah
So meriah la meja makan



Iftar 13 Ramadan
Beli ayam BBQ Chicken Cottage as per requested by suami
Leftover mee goreng yang beli semalam
Leftover ikan aye sambal semalam


Iftar 14 RAMADAN
Semuanya leftover semalam. Hehe
Plus dapat bubur lambuk Masjid sedap wei.. Kena dengan tekak aku.
Tapi aku panaskan sikit2 je bubur takut tak habis.


Sekejap je dah 14 Ramadan. 
Weekend memang sibuk sebab ke hospital je untuk melawat abang aku. 
Tak sempat nak melepak langsung dengan kawan2. Woww.. Nanti lepas 15 Ramadan, radio dah pasang lagu raya. 



Ok. Bye
XoXo

Semua dibekukan untuk masa depan

Assalamualaikum... Hai Semua...


Aku semua benda di bekukan. Nak guna sikit, kalau rosak membazir.
So aku beku je biarpun hasilnya tak bape cantek/ bau tak sefresh yg baru. Tapi atleast ada bila nak digunakan.

Antara nya :

Susu kambing.
Susu cair.
Barli.
Daun Sup.
Petai.

Ada jugak dedaun sepert daun kari, limau purut, kesum & daun pisang.


Aku guna bekas kecik2 nak guna, mudah untuk dicairkan.
Barli aku rebus banyak, bila Mak mentua nak air barli aku just defrost dan tambah air panas.



Santan aku pekkan siap2 dalam plastik gini.
Agak tak mesra alam sekitar ye. Hehehe..
Pes sup pun aku bekukan. 



Ok. Bye
XoXO

1 week of Ramadan 2024

Assalamualaikum... Hai Semua...


Allahuakbar.. ALLAH yang maha mengatur dan merencanakan sesuatu yang berlaku. Minggu pertama Ramadan yang sangat mendukacitakan kami sekeluarga. 



Iftar 1 Ramadan
Suami beli kat kedai thai. 
Bekukan dan esoknya aku panaskan untuk berbuka. 
Makan sendirian. Suami kerja. 
MIL nak makan atas katilnya. 

Iftar 2 Ramadan
Suami beli kat kedai thai. 
Bekukan dan esoknya aku panaskan untuk berbuka. 
Makan sendirian. Suami kerja. 
MIL nak makan atas katilnya. 

Iftar 3 Ramadan
Baru masak sendiri. 
Ikan bakar
Berbuka dengan suami. 
MIL nak makan atas katil. 

Iftar 4 Ramadan
Dapat berita abang sulung accident teruk.
So bergegas ke hospital Kajang. 
 Seharian menunggu perkembangan. 
Nyaris aku nak berbuka kerana penat dan cuaca sangat panas. 
Famili di Tganu buat semayang hajat
Berbuka sekadar tapau dan makan dalam kereta

Iftar 5 Ramadan
Tak berkesempatan melawat abang di hospital. 
Suami kerja pagi. 
Petang jalankn tanggungjawab bwk MIL cuci kaki.
Berbuka menu bazaar. 


Iftar 6 Ramadan
Melawat abang di hospital kajang. 
Amik peluang berbuka dengan adik perempuan aku di Sate Kajang. 
Untuk MIL, kami dah siap masak sebelum ke hospital. 


Iftar 7 Ramadan
Masak ikan rebus dan cicah budu. 
Makan sendirian. Suami kerja. 
MIL nak makan atas katilnya


Semoga Allah mudahkan semua urusan kami sekeluarga. 
Mintak doakan semua semoga abang saya cepat sembuh


Psst ; Entry ini ditiap panas-panas dari Wad Hospital Kajang. Malam ni giliran aku jaga abg. Terbaring atas toto kat lantai dahni. 
Perancangan nak tumpang baring dalam surau tak kesampaian. Surau tutup.huhu


Ok.Bye
XoXo

Projek gutter

Assalamualaikum... Hai Semua...


Al kisah... Aeeeee..
Al kisah maka tersebutla kisah...
Seorang perempuan sibuk nak buang gutter rumah dia.
Alasan : Gutter rosak dan menyebabkan kemudaratan kepada rumah jiran jika tak dibuang.
Makanya kami tanggalkan gutter. Masalah sekarang bila gutter ditanggal, nak dibuang kat mana.
Tong sampah terima ke benda besar dan panjang gini?
Makanya kami suami isteri DIY la gutter tu buat tempat tanam pokok.

Encik suami tebuk lubang.
Aku isi tanah dan tanam pokok-pokok yang ada.


Gutter yang nak dibuang.


Gutter pendek buat tanam kaktus.



Gutter pendek buat semai biji sawi.
Rupanyaaaaaaa.. Bijik sawi halussssssssssssss aje yang keluar.
Tak mahu hidup di tangan aku.
Stress. 
Makanya sekarang gutter panjang ni aku tanam kaktus jugak.
Puas hati aku. Geram benor aku tanam apa-apa sayuran takde nak hidup. Bencikkkkkkkkkk..


Ok. Bye
XoXO

Jahit lencana sekolah

Assalamualaikum... Hai Semua...


Famili abang aku datang rumah last week (beberapa hari sebelum puasa). Mintak jahitkan lencana anaknya. Banyak tukang jahit dah tak ambik tempahan jahit lencana musim gini, maklumlah banyak baju raya nak disiapkan. 

Sambil2 tu dia mintak aku alter jubah raya dia yang labuh. Aku pun gunakan kuasa SS aku (Kuasa SYOK SENDIRI) untuk pandai-pandai je alter jubah dia yang labuh. Ko tahu hasil dia macamana? Hahaha.. Hasilnya takde la lawa, tapi boleh la kalau nak pakai. Sape yang nak gi skodeng jubah ko kat bawah tu kan..


2 pasang tudung putih
2 pasang tudung biru.
1 vest.
Untuk dijahitkan lencana dan tanda nama




Gigih pulak abang long aku nak belajar jahit.
Akhirnya melambatkan aje..
Hehe.. Kita ni dah la kejar masa. Sebab nak tengok cite hantu kat Netflix.
Aku ni tengok cite hantu kalau rumah meriah dengan orang aje.
Kalau berdua dengan suami, akan krik-krik. Sebab suami aku tak suka cite hantu.


Sempat la jugak aku alter jahit baju raya aku yang labuh lengan.
Sebelum ni aku jahit guna jahitan tangan sebab malas nak keluarkan mesin.
So kali ni aku balas jahit semula guna mesin. Yeayyy lawa.


So jadi lah percutian 2H 1M kat rumah aku. Sabtu dorang datang, aku terus siapkan jahit semua tu. Magrib dorang gi Pasar Malam. Dan malam tu lepas suami aku balik kerja, kami ramai2 gi makan malam kat luar. Walaupun lauk tengahari masih ada, tapi dah jemu dan pilih nak spend time makan kat luar. Yeay. 

Malam tu, kami tidur lambak kat ruang tamu. 


Lama takde port tido lambak sini.


Tu yang pagi ahad aku bawak dorang g Pantai Remis. Oh ye dulu tiap kali mereka datang bermalam sini mesti selalu jadi kes pada anak dia. Anak demam la. Anak muntah la. So dorang terpaksa balik rumah dorang tengah2 malam. But now, all is well dh. 
Si budak tu pun dah ok. Tapi tu la, asyik mintak nak main phone aje la. Sempat la aku mintak dia ajar aku pasal Tiktok macamana nak buat tu, macamana nak buat ini.


Ok. Bye
XoXo

Persiapan Ramadan ke Pasar Pantai Jeram

Assalamualaikum... Hai Semua...


Family abang sulung aku dari Putrajaya datang bermalam di sini semalam. So pagi Ahad, kami pergi ke Pasar Pantai Jeram, dia nak tengok2 lauk basah untuk Ramadan. 
Sebelum tu, kita makan dulu sarapan area sana. Dan terus zassss pergi ke gerai2 ikan. 

Ramai betul orang kat sana. Kalau hari biasa, memang dah ramai tapi bila minggu terakhir sebelum puasa ni lagi la ramai. 

Orang ramai yang datang mencari keperluan akhir untuk sambut Ramadan.


Kedai-kedai menjual sayuran dan barang masak pun ada kat sana.
Aku sekadar topup sedikit cili aje.



Kak Ipar sembat rembat kerepek ubi & Kerepek pisang.
Masalahnya otw balik ke rumah dia di Putrajaya habis la sebungkus besar kerepek ubi dia makan.
Sedap katanya. "Masin & nipi sedap dikunyah"
"NAK REPEAT lagi" - Ayat keramat nak mintak aku ulang pergi ke sana lagi kelak Hahahaha


Kak Ipar beli sekor ikan merah besar dan sekor ikan tenggiri besar, selain tu ada la benda2 lain yg dia beli. Kita jenis tak biasa makan ikan besar ni, padan la kalau dpt ikan selayang pun dah ok. Hahaha. Aku tak beli banyak sebab masih ada ikan dan ayam dalam peti ais kami.



Banyak ikan ikan fresh dan haiwan bercenkerang. Tapi mentarang takde pulak stok semalam. Sayur2 kampung pun banyak. Nak ulam apa ada je sana. Penyapu lidi pun ada. 
Kak Ipar je la sakan membeli untuk persiapan puasa. Lagipun abang aku kerja shift dan kadang2 sabtu ahad kena keje. So better beli stok banyak terus.








Kami beli sotong katak jenis besar dan ikan Lumi. 


Balik pasar suami goreng celup tepung. sedap weiii.. Sotong tu nak repeat nanti. Sedap. 


Balik pasar semalam kami ada la lap2 sikit peti ais dan susun ala kadar. Takde spring cleaning pun. Barang kering takde apa nak topup. Semua dah cukup. Alaa.. Kalau tak cukup, memang pergi ke SpeedMart aje. Sebelum-sebelum ni, kalau puasa masih gigih jugak aku g NSK berasak-asak membeli belah.. Padahal lebih kepada nakkan suasana kemeriahan orang ramai membuat persiapan sambut ramadan. Tapi tahun-tahun kebelakangan ni, takde dah segigih itu. Sekadar suami start moto beli di Pasar sikit2 barang, pastu aku masuk SpeedMart beli barang kering.

Kesihatan MIL tak sure mampu puasa sepenuh hari ke tak. Kami memang taknak MIL paksa diri untuk puasa, kalau hypo dan menggeletar bahaya. 

Korang membeli belah kat mana tu?


Ok. Bye
XoXO

Salam Ramadan 2024

Assalamualaikum... Hai Semua...


Lama menghilang.. Agak kesibukan sekarang. Korangggg.. Selamat Menyambut Bulan Ramadan.. Didoakan kalian semua boleh beribadat dengan tenang, boleh menghabiskan masa bersama2 dengan family, dan diberikan kesihatan yang baik hendaknya.

Kesibukkan melanda dan kesihatan aku yang tak berapa baik sejak kebelakangan ni. Lesu semacam aje, asyik tak bermaya. Sampaikan aku test pregnancy, tapi negetive youuuu.. Hehehe..




Tahun ni takde persiapan sangat di rumah, ala kadar seadanya. Tak sempat buat spring cleaning peti ais  seperti kebiasaan tahun - tahun sebelum ni. 

 
Peti ais segala benda sumbat.
Makanan masak sikit pun tak habis. Kadang masak 2 ketul ayam untuk MIL pun tak dijamah, so ku humban dalam peti ais dulu untuk diperangat kami anak menantu habiskan esok.


Sempat beli sikit barang basah untuk puasa minggu pertama.
Dedaun ada jugak yang aku frozenkan. Hehe.. Janji ada bau-bauan sikit2 pun jadik la



Suami tak lupa tembikai untuk buat air nanti masa berbuka selasa ni insyaAllah.



Sempat siapkan stok lada mesin, bawang besar & bawang merah blender.
Jarang2 sekali aku buat.
Selama ni aku blend aje bila nak guna.
Aku try letak minyak. So far cili mesin aku letak minyak, memang dia tahan la sampai 2minggu pun still boleh guna.


Ok. Bye
Xoxo