Tips aku membersihkan/kemas bilik umah sewa

Assalamualaikum...
Helloo awok mung!!


Tips bersihkan bilik:

1. Mulakan dengan mengemas satu bahagian dari bilik itu. 
Contohnya: kemas sudut penjuru bilik, kemudian diikuti dengan area lain.
Tujuan: Untuk elakkan rasa serabut dan boleh fokus sesuatu di sesuatu area..


Example: letakkan barang satu tempat, so boleh kemas penjuru lain yang kosong dulu.

2. Kemas bahagian atas terlebih dahulu kemudian diikuti dengan bahagian bawah. 
Contohnya: Mulakan mengemas bahagian loker atas, barulah mengemas loker bawah.
Ataupaun mulakan mengemas bahagian atas meja solek, kemudian baru mengemas bawah meja dan lantai.
Tujuan : Nak siapkan sekaligus sapu lantai... Sebab bila kemas atas, habuk terus jatuh bawah... Terus boleh sapu lantai dan siap...


Example: kemas bahagian atas loker dulu sebelum sapu lantai


3. Barang-barang kecik disusun dalam compartment atau kotak comel. 
Barulah mudah dikemaskan sebab tak bersepah-sepah. Barang kecik-kecik ni lah yang mudah bersepah dan payah nak kemas dari habuk.

Example: Guna compartment box


4. Asingkan barang-barang yang selalu guna dengan barang yang jarang digunakan.
Contohnya: Pencuci muka setiap hari guna, letak ditempat yang mudah kita capai berbanding barang lain yang mungkin kita guna 2minggu sekali or sebulan sekali. Baru la tak sepah-sepah bila nak capai.
Tujuan : Mudah untuk kita capai barang yang daily use. Compared to barang yang jarang kita guna

Example: letak barang daily use kat luar. dan barang yang jarang guna letak dalam loker/box.


5. Gantung barang yang berwayar dan selalu digunakan. 
Contohnya : Charger handphone, mouse laptop, kunci akan digantung di dinding.
Tujuan : Mudah untuk dicapai. Tak perlu nak godek beg laptop/box.. Biasanya terus capai, bila siap guna terus ikat dan gantung balik.
#kenangandenganlaptopyangtelahdicuri#


 
Example: tempat gantungan kunci, pad lock and charger.


6. Loker simpanan sebagai meja laptop.
Oleh kerana aku guna laptop sambil duduk di lantai, makanya aku guna loker simpanan as a meja laptop..
Jimatkan space kerana ada tempat simpanan dan juga berfungsi sebagai meja laptop. 
Boleh simpan stok makanan kalu hagak nak menggemukkan diri ngadap laptop tu kan.


Kenangan sebelum rumah dimasuki pencuri yang tak reti malu

Ok. dah tak boleh taip lagi. emo sangat ni.

Ok.bai
XoXO

TV dari abangku

Assalamualaikum...
Hai genggg!!!


Tenkiu kat abang tersayang sebab bagi TV...
So bolehlah sahur dengan bertemankan TV...
Waktu terluang pun dapat tengok TV..

Oh..ni bukan TV



TV lama dah rosak, tinggal nak campak je ke luar.. huhuhu~

Tadaa..
Menu berbuka hari pertama


Pencuci mulut:
Sengkuang

Jambu sejuk enak

Takde la sunyi sangat bangun sahur..

Ok.Bai
XoXO

Hello Kitty Origami

Assalamualaikum...


Aku ada save satu link ni untuk print origami Hello Kitty.
Aku mintak member aku printkan, sebab aku tak dapat print ye la buka pun guna hp samsung ni..

Malam tu aku dengan Kak Zura (housemate) g kedai pak teh..gigih nak masak pengat ubi.
Malam tu member aku datang kawasan flat aku, skodeng kete aku yang calar kat sport rim.
Balik kedai pakteh tengok member aku dah ada bawah flat..
Padahal calar tak banyak pun..

Tup tup masa sembang dengan dia, dia bagi origami hello kitty yang dia print..
Tak sangka dia hantarkan malam tu jugak..gigih dia mengalahkan aku..

Malam tu jugak gigih aku gunting + cantum = meraung sebab ngantuk..
Esok malam baru aku sambung siapkan.














Tadaaaa..
Hasil nukilan?
Hasil titik peluh betina..
hahaha..

Hello kitty ni tanpa kaki...
Bukan sebab diabetis
Tapi sebab aku yang malas nak letak kaki..





Ok. Bye

Kecurian di Rumah Sewa

Assalamualaikum...


Sudah ada keberanian untuk bercerita mengenai kes kecurian itu..
Hampir sebulan berlalu..Terlalu rindukan laptop tu.
Semua pencuri amik termasuk external..
Memang takde rezeki aku..
Yang paling terkilan, takde lagi semua gambar family, gambar zaman belajor dalam laptop
Alahai..





POLIS MALAYSIA membuat siasatan


Keadaan bilik aku selepas kejadian: 



Loker kesayangan digeladahi tanpa rela..
Mujur pencuri tak angkut loker tu sekali


Almari pakaian dinodai tanpa rela..
Terdedah aurat dia..
Pakaian aku takde pun yang hilang..
Aku rasa la..hihikk


Kunci di pintu dikopak..
Terluka dia

Mangga di pintu tercampak sampai dalam bilik..
Kuat sangat ke pencuri ni..
Ke superman yang mencuri  ni?





Alahai.. duit-duit dalam poket suar pun dia amik..
#melampau
Tinggal lah duit sikit untuk mangsa ni survive..


Tempat gantungan mouse
Mouse pun tak takde..
Dikebasnya tanpa rela


Kotak sesuci hati ini digeladahi dengan paksa..
Laptop atas rak ni hilang


Tukul yang digunakan untuk memecahkan kunci bilik


Pisau yang digunakan untuk pecah masuk bilik Izzah and Aini
Hitam-hitam tu serbuk yang polis gunakan untuk kenalpasti cop jari..


Sobb..Sobb.. Kenangan dengan laptopku

Apa - apa yang hilang di kalangan student di kawasan rumah sewa di sekitar ni, memang takde dapat balik. Takde jumpa pencuri..
Paham-paham je laa..

Telan dan Hadam..

Ok. Bye

Terima medal yang berat tapi tak dapat gadai~

Assalamualaikum...


Hi kalian semua.. Pagi yang dingin..
KL hujan.. Kamu sangat dingin hari ni KL
Dah macam NewYorkSiti





Semalam ada majlis monthly gathering kat opis..
Aku dah dapat Medal Green Cheetah Champion untuk carom dan hadiah untuk Pertandingan Layang-Layang baru-baru ni..








Ok.Tata

Gabai dan Beg baru

Assalamualaikum...


Mandi Sungai tapi dapat beg baru... Mau tak sonok kan?

Sabtu 07 July 2012, off day hari tu..
So bersenang lenang kat rumah la..

Pastu member aku ni SMS ajak g mandi sungai...
Bila dia sms cakap dah otw.. kelam kabut aku bangun siapkan baju untuk mandi sungai.
Kelam kabut sampai towel tu tak ingat bawak.. Pua la weeiiiii...

Yeaa..seperti yang difikirkan dan dijangkakan..
Memang kami yang paling awal sampai Hulu Langat..
Singgahla kami kat MYMYDIN Batu 18. Tunggu semua datang..

Sampai sane dah ramai orang walaupun baru pukul 9.30am..
Mula-mula haruslah aku g toilet dulu..
Mengsportcheck keadaan toilet dan keadaan tempat salin baju.
Disini bermulalah satu perjalanan.. memanjat tangga satu persatu..
Maka satu persatu jua lah urat kaki aku menjerit kelenguhan kuasa dua.

Kat sana mandi sungai siap bergelongsor bagai kat situ..
Kami balik pukul 2 petang..
Sempat lagi singgah kedai cenderamata ontheway balik tu..
Nak g tengok barang impian aku..
Masuk je..mata dah meliar cari..
Ya Allah...banyak giler barang H._.L.L._  K._.T._._.

Kalau ezy datang sini, mesti dia pun teruja menggila dengan aku.
Tapi hari tu apa yang aku mampu beli ialah beg sahaja. sebab catuan gaji...


Tadaaa..

H._.L.L._  K._.T._._. bag.


RM34.

Ok.Bai.

Raket Badminton Untuk Dia.. Hey.. Untuk Dia..

Assalamualaikum...


29 June 2012 

Sebelum ni sudah plan nak g kedai carikan raket badminton untuk dia..
So jumaat lepas kerja, merayap la aku ni gi cari kedai jual badminton...

Mula-mula pergi Al-ikhsan Seksyen 7, tapi takde pulak jual raket badminton.
Pekerja Al Ikhsan syorkan aku ke satu kedai lain...

Aku terus gerak g sana, cuba bayangkan gigih time balik kerja...
Dengan jammed nya.. Dengan banyak keta beransur-ansur keluar...
Cari kedai satu persatu usha dari dalam kete secara hati-hati..

Tut-tut nampak la kedai tu.
Nama pun ala-ala sport.. Nampak kasut2 bagai..
Terus cari parking..
Masuk je kedai terus terjah pekerja kat situ mintak suggestkan raket yang okey..
Aku ni bodoh kalau bab raket badminton..

Beli satu set semua..
Kalau beli satu persatu nanti takut ada je yang tak cukupla..Tak lengkap la..
Aku amik Raket jenama victor RM200++.
Beg raket brand FLEET RM20++
Percuma tali raket and grip..
So pastu sambar satu silinder bulu tangkis DUNLOP RM25.
(Rupanya bulu tangkis ni tak berkualiti.. Hahaha..)
Aku main beli je sebab tak tahu..

Time tu dah call bakal penerima hadiah ni..
Dia plak kat Klang, so sempat la aku siapkan urusan raket ni dulu..
Pastu boleh direct g umah dia nanti.














Dah siap semua, terus gerak gi rumah sewa si dia..
Parking tepi jalan luar rumah dia, cepat-cepat SMS dia.
Tunggu dengan dup dap dup dap..
Hadiah aku sembunyikan kat lantai kereta seat belakang.
Niat utama nak jumpa dia ni sebab nak pinjam laptop dia..
So bagi terusla raket ni..
Banyak tolong aku selama ni...

****
Dia datang....
Dia masuk berbual dalam kereta sekejap pastu pindahkan laptop ke dalam kereta...
Pastu aku hulurkan hadiah raket kat dia...

Jantung dia pecah katanya sebab terkezuttt...
Banyak soalnya ..
Beli bila?
Beli mana?
G dengan sape?

"Tak sangka belikan ni untuk dia"
Tu ayat dia bagi..


Semoga raket tu boleh la selamatkan kamu daripada menjadi obesiti kelak..




Okey... Ni plak hadiah untuk diri sendiri..

Hadiah yang comel macam nak gila bila tengok.


Hadiah 1: Kerja banyak


Hadiah 2: Kerja lagi banyak..


Psst : Sebenarnya pertolongan orang pada kita tak terbalas pun..

Ok. Bye

My One Shop Shah Alam - Beg Hello Kitty

Assalamualaikum...


Last 2 weeks aku ajak member aku g kedai favourite aku, Kedai My One Shop..
Cadangnya nak g kedai tu untuk cuci mata tengok barang-barang Hello Kitty jer..
Nak beli pun apa yang aku rasa apa yang aku perlu je..
Bukan apa yang aku nak. napsu semua tu#


Member aku dah grab satu porch bag yang lama dia cari..
Aku plak just jalan-jalan lagi..
Betul kata orang, kalau nak dijadikan rezeki kite mesti ada je sesuatu yang menolong kite untuk dapatkannya.
Masa tengah tengok-tengok member aku duk cuba porchbag tu, mata ni terpandang beg-beg yang tergantung...

Bila tengok beg bawah tu, terpandanglah satu beg hello kitty...
Warna hitam..comel..lembut..design pun ok.. RM29
Dan yang lebih aku suka, warna nya bukan la pink..

So terus lah amik dan gayakan..
Yesss..aku memang nak beg ni.. Cari satu lagi untuk cik BFF, dak Ezy..tapi dah takde..
Tadaaa..untuk dak Ezy ni aku belikan benda lain..


Untuk Ezy..gantungan di hp kamu kelak.









Ok.bai