Warga emas terkunci di luar

Assalamualaikum... Hai Semua...


Elok azan maghrib, sahabat sekolah menengah aku yang duduk di Terengganu call aku.
Ya Allah berdebar weh. Takut ada berita mengejutkan ke ape ke kan...
Maklumla magrib-magrib duk telepon kita.

Rupanya bertanyakan jika aku ada nombor telepon salah seorang sahabat aku yang tinggal di Sabah. Aku gelarkan Sahabat ni S.

Mak si S yang tinggal di Terengganu ni terkunci dari luar rumah.
Maknya dah duduk di luar rumah sejam lebih.
Nombor phone anak-anak semua dia lupa sebab maklumla semua no phone sekarang save dalam phone aje. Takde main nak hafal macam dulu-dulu kan. Phone pulak dalam rumah yang terkunci.

Mujur la aku rescue dengan cari no contact dia di IG.
Dapat pun.

So warga emas berjaya diselamatkan. Hehe..

OK. Bye
XoXO

Persiapan Ramadan tahun ni

Assalamualaikum... Hai Semua...

Tahun ini banyak duk sibukkan dengan benda lain. Makanya untuk persiapan Ramadan agak tertangguh walaupun dalam minda ni dah atur beberapa urusan untuk menyambut Ramadan. 

Plannya :

1. Nak basuh langsir bilik depan dan langsir ruang tamu.
2. Bersihkan peti ais.
3. Shopping untuk persiapan juadah Ramadan.
4. Nak jahit sarung bantal ruang tamu.
5. Buang sawang di seluruh rumah.


Apa yang dah sempat kami lakukan :
1. Buang sawang di bilik kedua.
2. Decluttering mana pakaian yang dah taknak. Akan bersambung lagi insyaAllah.
3. Buang barang yang tak diperlukan di bilik kedua.
4. Decluttering barang di dapur.

Bincang jugak nak terawih di mana tahun ni bagi suami. Kalau isteri, aku biasanya di rumah sahaja. 

Mana yang sempat kita buat, mana yang tak sempat kita bye-byekan aje.

Selamat menyambut bulan Ramadan semua. Semoga semua amalan kita diterima. Aminnnn

Ok. Bye
XoXO

Al fatihah untuk Sahabat suami

Assalamualaikum... Hai Semua...

24 Feb 2025

Allahuakbar.. Allahuakbar.. 
Innalillahwainnailahirojiun.. 

Daripada nya kita datang, kepadanya kita kembali. 

Baru baru ni dikejutkan dgn kehilangan teman kelas. Malam ni dikejutkan pula dgn berita pemergian teman kerja cik suami. 


Baru petang tadi, suami kerja bersama. Kemudian sebelum maghrib suami pulang untuk urus maknya di rumah. Sedangkan yang lain sambung lagi kerja. Mencari rezeki untuk keluarga. 

Sekitar jam 10 malam dapat panggilan teman kerja meninggal. 
Allahuakbar. Innalillahwainnailahirojiun.. 

Terkejut besar kami. 
Suami sangat terkejut, sebab siang tadi jumpa kawannya sihat, elok. Lepas 2 jam dapat berita temannya tu meninggal. 
Meninggal ketika masih di site. 


Terus aku teringatkan isterinya. 
Anak2nya ramai sekitar 6,7 org. Kecik2 semuanya.
Walaupun xkenal rupa, tp banyak cerita pasal mereka diceritakan oleh suami pada aku sebelum ini. 

Ditambah pula puasa dan raya yang bakal menyusul. 
Allahuakbar. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada keluarga si mati. 

Mohon sedekahkan al fatihah kepada arwah. 

Hingga ke hari ni perbualan kami berkisar si arwah dan anak isteri yang ditinggalkan.

Suami hantarkan kereta si arwah, tiba-tiba anaknya sekitar umur 4tahun berlari menyambut dan menyebut "abah pulang". Luluh hati bagi yang mendengarnya. Sedangkan si abah sudah dikuburkan 2 hari lepas. Kebiasaanya memang si kecik 2 orang ni yang menghantar dan menyambut abah pulang kerja. Allahuakbar.. Runtuh Jiwa.


Ok. Bye
XoXO

Krim Muka MIL

Assalamualaikum... Hai Semua...


Bila MIL ko masih lagi mengamalkan penjagaan muka, makanya ko pun turut terpalit sama mencari produk untuknya. Hehe. 
Kita plak jenis tak ada penjagaan muka sangat pun. Sekadar cuci muka je la. Tu pun kalau ingat.

Baru-baru ni MIL mintak aku belikan krim muka. Katanya ada sepupu mintak turut krim muka yang MIL ada (mintak nak beli dr MIL) sebab kat kampung nya tak jumpa krim ni. Nak beli online dia tak reti. So dia mintak nak beli stok krim muka dari MIL aku. 

Makanya MIL mintak aku carikan krim muka untuk gantikan stoknya yang dah nak hampir habis.
So aku pun search la di online sahaja nak belinya. Malas nak ke kedai. Biasa di watson, guardian, big pharmacy ada aje produk ni. 

Aku beli online di Guardian. 



Terus aku rembat 2 botol untuk stok. 
MIL aku orang berniaga semasa mudanya. So dia dah biasa bersiap kalau keluar rumah. Jauh beza dengan mak aku. Mak aku takde produk2 gini. Sekadar tempek bedak cucu aje di muka. Hehehe

Produk biasa yang MIL aku guna ialah krim muka, bedak compact, gincu & perfume aje. Kali terakhir aku shopping perfume untuknya pada raya Aidilfitri tahun lepas. Selebihnya, biasanya anak perempuannya yang belikan. Aku bantu beli kalau stok habis sahaja.


Ok. Bye
XoXO

Kain batek dan pelikat doorgift kenduri kawen

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kenduri anak sepupu baru-baru kami dapat doorgift. 3 bekas dapatnya, yang aku perasan ada air kotak dan kain. 

Ingatkan kain tu, kain bag baju semayang/bag shopping. Eh rupanya kain batek. Mentua dapat kain batik purple.
Aku dan suami dapat kain batik dan kain pelikat warna maroon. Elok plak tu matching. 





Suami suruh try jahit kurta dan baju kurung kedah untuk raya. Aku plak yang tak sanggup. Hehe
Tunggu je la lepas raya, kita cari duit tempah aje la kat orang eh.. Hehe


Ok. Bye
XoXO

12y Wedding Anniversary

Assalamualaikum... Hai Semua...

10 Feb 2025

Isnin yang indah. Selamat UlangTahun untuk Pasangan ini. 12tahun yang indah melayari bahtera rumahtangga.

Suami balik Jam 7 malam. Oh.. Ada buah tangan. Katanya untuk makan - makan santai malam ni. 

Oleh kerana si 2ketul manusia macam biasa jenis syok sendiri celebrate majlis apa2 berdua aje depan TV. Makanya kita feeling - feeling la cucuk lilin kat kek. Hehehe.. Tapi kali ni, makan dalam bilik aje. Bilik dah sejuk dengan aircond. Jangan dibazirkan. Hehe. 

2 potong kek dari SR dibeli. Dan 2 minuman dari Mixue di beli. Maklumla kedai sederet aje kat pekan tu. 

Sedap giler kek Choc Odyssey. Padu dan rich dengan rasa coklat. Will repeat again. 

First time try again creamy kiwi dari Mixue. Sedap rupanya wei. Tak cukup satu. 








Selamat Ulang Tahun Kita nikah Encik Suami. 
Semoga yang indah2 di tahun ini dan seterusnya. 
Hadiah takde sekarang. Tunggu la nanti2. 
.. Hehe.. 


Ok. Bye
XoX0


Menjahit butang baju raya

Assalamualaikum... Hai Semua...


Takde penyakit, cari penyakit. 
Eh tak.. Bukan cari penyakit.
Tapi cari duit.. Hehehe

Kebetulan ada masa lapang dan nak menolong kawan yang berniaga baju raya, makanya aku layankan amik upah jahitkan butang untuk baju raya. 

Setiap sehelai baju kebaya ada 7 biji butang. 
So aku dengan suami ni amik la masa seminggu jugak nak siapkan sekitar 126 helai baju. Siang malam menjahit. Gigih u.. 

Bilik Tetamu dah melimpah dengan stok baju masa tu. 


Ku gigihkan jua menjahitnya dengan sabar dan tekun. Hehe. Kami dah dibekalkan dengan butang, jarum dan benang dah. So, tinggal nak jahit aje. 
Yang aku tak sangka pandai jugak laki aku menjahit butang ye. Siap nampak kemas dan elok aje hasil dia. Teliti wei dia menjahit. 

Semoga makin murah rezeki kita semua. 


Ok. Bye
XoX0

KENDURI : Anak sepupu suami kawen

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dari tahun lepas, sepupu suami bercerita pasal anak lelakinya nak kawen. 
Lama kami tunggu, akhirnya dah dapat tarikh majlis bertandang di rumah sepupu (side pengantin lelaki). Majlis di rumah perempuan on Dec 2024. Dan majlis di rumah lelaki akhirnya ditetapkan pada 25 Januari 2025.

Di sana berjumpa la ramai sedara MIL. Baru sebulan lepas melawat makcik meninggal di kampung itu. Sekarang, berjumpa kembali sedara lain yang tak jumpa masa melawat hari tu. 

Di kenduri banyak side food. Semua sedap - sedap. Masakan Jawa macam sambal taun, umbut kelapa, sambal goreng, dan pecal taugeh. Kuih muih beraneka, siap dengan apam balik, otak otak & ais krim kon dijamukan. 








Bergambar kenangan dan memberi peluang MIL untuk bersembang lama dengan sedara. Sebelum pulang, singgah ke dua rumah pakcik untuk melawat pakcik dan makcik yg kurang sihat. 

Jem giler ye musim cuti. Tak sanggup rasanya nak berlama lama dalam kereta. 

Selamat pengantin baru untuk kedua mempelai. Semoga rumahtangga dipenuhi berkah. Aminnn.. 


Ok. Bye
XoXO