DIY : Makeover Jam Ikea to Jam Hello Kitty

Assalamualaikum...


Ni jam IKEA yang murah tu.
Dah lama beli hampir 3 tahun. So kertas dalam jam ni dah koyak rabak. pecah-pecah atas faktor usia.
So jangan risau, jom kita mengMAKEOVER dia.. Jangan korang pulak yang OVER.. huitt.

Cara - Cara :
1. Bismillah.
2. Mintak tolong teknisen opis aku buatkan.
3. Cari gambar HK yang comel dalam google. Then print it.
4. Buka Jam Ikea dan keluarkan kertas latarbelakang jam.
5. Potong gambar HK sama size dengan bulatan jam,
6. Letakkan. Dan pasang balik Jam HK ni..
7. Alhamdulillah. Menjadi.
8. Ucap terima kasih kat opismate.
9. Kalau rajin, belanja opismate.. (Ini pilihan. Bukan wajib pun. hehehe)


Proses nak mengTRANSFORM Jam IKEA ke Jam HK



Tadaaaaaaaaa..
Mempersembahkan.....
drroolllllllllllll...tingggg!!!! 


Cost : RM 0.
Air liur je  yang banyak keluar sebab sibuk bercakap dengan opismate.

Sebenarnya opismate yang nak berikan jam ni...
Daripada buang, dia syorkan tukarkan latarbelakang gambar ni. 
Dan sesungguhnya dia tak sangka yang aku akan bagi gambar HK kat dia untuk dimakeoverkan jam ni.



Ok. Bye

DIY : Progress Bunga telur Purple Gold

Assalamualaikum...


Alhamdulillah.. Tempahan dah siap.
Tema GOLD- PURPLE..
Kenduri insyaalah bulan lima nanti.


Satu hari buat 10 batang bunga telur
InsyaAllah 10 hari siaplah 100 bunga telur.





Insyaalah.. Niat nak sponsor je bunga telur ni untuk opismate yang nak kahwin bulan 5 nanti.
Mungkin aku tak dapat pergi sebab balik Terengganu.

PENYAKITTTTTTTTTTTTT AKU SEKARANG.
Malas nak update dan jenguk blog,
Entry sebelum ni, ada yang aku awal-awal dah scheduled kan.
Tu yang nampak macam aku online setiap hari.

Masalah PC takde, malas nak guna tab.
Line Celcom slow macam siput patah kaki.
Nak g terminate je nanti..
Lagipun aku takde kontrak dengan celcom.
Anytime boleh matikan.

Psstt : Nak ucap bye-bye je.
Ntah bila akan masuk ruang ni lagi..
Deko dan repair rumah dah slow.. malas. duit. masa.

Ok. Ni betul-betul bye.
Byeeeeeee

Rumah Kesayangan: Teaser DIY Wall Art

Assalamualaikum...
Hai semua..


Suami memang minat nak buat wall clock art kat dinding ruang tamu.
Aku pulak tak kesah la, Janji dia DIY la... Aku setakat tolong-tolong boleh la.


Setakat ini saja yang siap.
Pastu suami dah g outstation.
Tak sempat nak siapkan.
Terbengkalai macam tu aje


Bilik no 3 pun terbengkalai macam ni.
Kami tak sempat nak kemas..
Oh...kesian.


Psstt... Suami nak assistant agaknya..hihihik
Pembantu baru katanya..
Axion ke Azean??
Tentu dia perempuan muda...

Ok. Bai

Rumah Kesayangan: Deko bilik air kecik molek

Assalamualaikum...
Helllo hellooo genggg!!!



Untuk bilik air takde pun kerja tambahbaik...
Kesian pulak tengok bilik air rumah ni...
Nak tukar tiles memang aku tak buat la rasanya.
Sebab taknak lagi berdebu bagai hacking works.
Tiles pun mana yang mampu je aku sental ataupun guna asid tiles..

Kisah bilik air ada kat sini.
Kisah 1
Kisah 2

Idea ni dah lama aku nak buat.. Nak buat dekat rumah sewa tak boleh sebab shower pancuran dia percik ke dinding dan boleh effected aku punya deko nanti. Kali ni dapat bilik air yang sesuai nak buat.

Gambar SEBELUM

Pasang L shape shelf

Pasang papan shelf

Letak frame

Ok.done

Gambar SELEPAS


Gambar SELEPAS

Dua-dua ruang bilik air dan tandas aku letak.


Ohhh. bila la nak start touch up dinding dan ceiling depan bilik air ni.


Kos deko kali ni hanyalah RM2.90 SAHAJA.
SILA PERCAYA YE..

Kos: 

1. L shape steel dari Mr.DIY size 6X10'' = RM 2.90
2. Papan Shelf = Free. Ambik yang ada kat rumah.
3. Empat frame =Free. Recycle
4. Bunga hiasan = Free.Recycle
5. Gambar dalam frame = Free. Print sendiri


Psst.. Hasil kerja suami sebelum outstation hari tu..


Ok. Bye

Haniversary ke-2

Assalamualaikum...
Hai.. haiii.. Haiii..


Alhamdulillah.

10 February 2015 tahun kedua sebagai suami isteri..
Semalam takde buat persiapan pun sebab kerja.

Pagi tu just wish-wish jer.

Malam lepas balik kerja baru la keluar makan sama-sama.
Cadangnya nak ke Jusco Bukit Tinggi...
Tapi cancel, pergi jer ke Setia City Mall, dekat sikit dengan rumah dan tak jammed.
Keluar rumah pukul 7.
Solat maghrib kat sana jer senang.

Sempat g beli Kek Secret Recipe sepotong nak tiru orang-orang lain semua ada kek aniberseri.. hehehe..


Strawberi Cream Cake


Fish Manhattan





Lepas kenyang, tarik suami ajak g tengok wayang..
Tengok cerita taken 3..

Then balik rumah..
Entah bila suami beli hadiah..
Sedar-sedar dah ada..

Tapi tu la..Kalau dah namanya bini...
Mesti sibuk nak tahu..
Beli mana?
Beli bila?
Berapa??



Psst: Malam ni suami dah outstation ke Penang. Bertabah la...


Ok.Bye
XoXO

Alhamdulillah... mak ayah dah di tanah suci

Assalamualaikum...


Alhamdulillah..syukur..
Orang tua aku dah ke tanah suci mengerjakan umrah...
Belum ada rezeki nak buat haji. Orang tua lebih percayakan tabung haji untuk pakej haji.
Dan seperti yang sedia tahu, pakej haji melalui tabung haji sangat limited dan tunggu giliran...
Tahun lepas ada buat rayuan, tapi belum rezeki.

Kalau mereka setuju, try pergi haji guna pakej swasta je la nanti..
Untuk umrah ni, dorang pergi guna pakej swasta- andalusia...

Details:
  • Kos RM9800 seorang
  • Sebilik dua orang suami isteri untuk hotel.
  • Hotel dekat dengan masjidil haram.


Beg Andalusia dapat 3 biji seorang.
Beg sandang, beg kecil roda &beg besar roda


Jalan-jalan ke Setia City Mall.


02 Feb 2015.
Mak ayah berangkat ke Mekah
First transit ke Madinah then go to Mekah

Semua adik beradik hantar.
Kecuali abang no 3 kerja kat Terengganu
Adik no 5 kerja kat Gua Musang
Si bongsu kat MRSM Besut


Umrah dan haji adalah AIR MATA
Leleh air mata.

Lambaian mak.
First time naik flight.
First time ke Mekah

Eh.. Apa berlaku malam sebelum tu?

Cuci mata di Putrajaya..


3 orang anak perempuan mak ayah.


Semoga urusan mereka dipermudahkan dan dikurniakan kesihatan yang baik.
Amin.

Psst.. Suami pulak nak g outstation. Huwarghhhhh.

Ok.Bye

Menyelam dalam bundle : Seluar RM5

Assalamualaikum...


Ni antara koleksi tambahan seluar yang beli dari bundle.
So far, alhamdulillah aku puas hati dengan kualitinya.
Beli kat pasar malam area Meru...

Seluar Flora Hijau
RM 5

Seluar Maroon Baldu.
RM 5

Seluar Maroon Getah
RM 5

Seluar Biru Getah
RM5

Dalam keempat item ni, seluar kesayangan aku adalah yang no 3. Sangat selesa.
Cutting comey.


Ok. bye

Menyelam dalam bundle : Baju RM5

Assalamualaikum...


Kerja sekarang aku banyak pakai seluar, kemeja or blaus.
So, memang menggila cari kemeja or blaus sebab sebelum ni hanya pakai baju kurung g kerja..

Ni antara hasil tanggapan masa menyelam kat bundle :

Blaus Loose
RM 5
Kena pakai inner.
Sangat loose.
Kalau chubby sikit, naik perut sikit memang orang nampak macam mengandung.
naik KTM mesti orang bagi seat..hahaha

Kemeja Polkadot Ribbon Tie
RM 5

Kemeja Vintage Flower
RM 5

Kemeje Curt Cobain
RM 5

Kemeja Vintage 
RM 5

Kemeja Strips Ala Kek Sarawak
RM 5


T-Shirt Biru Nila
RM 3


T-Shirt Kuning
RM 3
T-Shirt best pakai.
Muat-muat jer.

Comel semuanya. Pilihan aku : Kemeja Curt Cobain.
Aci tak kalau pilihan boleh dua???
Kemeja Polkadot Ribbon Tie pun cantek.
Ok. Cukup.
Melampau sangat nanti kang!

Psst : Alhamdulillah. mampu setakat ini. Jimat dan masih boleh pakai yang indah-indah.

Contoh pemakaian JIMAT KOS
Baju RM5
Seluar RM 5
Selipar ZALORA Guna Voucher RM49.90
Beg Hello Kitty RM34
Tudung lama rembat mak punya.

Botol air DIY -no cost..
Suami - Free Dapat mak dia bagi lepas akad nikah..hahaha
Itu melampau.
Titik

Ok. Bye