malam first puasa tapi dah terasa nak beraya di rumah tok penghulu..

Assalamualaikum...
Ape Kabor?


Malam ni g makan kat nasi Kandar Pelita Plaza Masalam, Seksyen9 shah alam..
Walhal niat utama kuar malam ni nak pekena ciken wing Seksyen 7..
Tup tup eh, gerai ciken wing tu tutup..



1. Sup campur.. Sangat sedap..tapi agak berempah... Penin pulak aku...
2. Soursop blended.. Sedap secukup rasa buahnya.
3. Dua keping roti untuk cicah dengan roti..
RM20 ringgit makan malam..






 *rumah comel kat plaza masalam seksyen 9*

Esok bermula la 1st day puasa..
Tengok rumah comel ni terasa macam g beraya kat umah tok penghulu plak..
Siap ada pelita lagi..

Aku maybe sahur kat kedai kul 4.30pagi nanti pastu terus gerak g Sentul.
Member aku, Mat nak balik kampung dia lepas sahur, tu yang aku tumpang sahur dengan dia..
Sekali dengan mintak dia hantar aku ke Sentul..


Psst: Selamat sahur semua kawan-kawan.. Sahur pe nanti?

BabAi-Babai..

Adik patah tangan.. jangan patah hati

Assalamualaikum...


Pukul 5 petang tadi call mok kat kampung nak ucapkan selamat berpuasa...
Eh, dapat pulak berita lain dari mok...
Adik bongsu aku patah tangan Rabu lepas...

Rafiq patah tangan sebab main bola...
Rafiq ni memang obses main bola..
Umur baru 10 tahun tapi dah main satu padang dengan budak umur 18 tahun.

But, my mum cakap Rafiq ni walaupun patah tangan tapi duk kat umah pun still sepak-sepak bola...



Bytheway, ni gambar Rafiq masa denggi masuk hospital last year..
Esok rafiq tetap nak puasa katanya..
Tapi tak sure la dia nak ke sekolah ke tak..
Semoga rafiq cepat sembuh ya..



Rafiq dan mok


Ema & Mok

Psst : Semoga korang semua baik-baik sahaja di samping keluarga ye..

Ok. Babai

Makan sate Hj Samuri..

Assalamualaikum...



Semalam tunggu Mat 2 jam kat opis, upahnya dia bawa aku g makan sate kat Hj Samuri.
Aku pernah g makan sate kat sini dulu masa politeknik...
Teringat kenangan trip ke KLIUC dulu... Trip sambil belajar...






Sedap sate bila makan time gaji tak masuk..
sobss



Ok. Bye

Surat untuk sahabat di Terengganu

Assalamualaikum...



Cik Ezy binti aboh dia,
Kampong Telok Pasu,
Manir, Terengganung..

Kehadapang Ezy,

Ape kabor mung di nung? Aku kat kolupo sehat sokmo. Aku sedih duk sini, adop rama kawang. Kalu duk teganung ada gok mung saing wat galok..

Dekak doh nok pose.. Mesti teringak jamang bulang pose tahung lepah. Aku rindu kenangang umoh umi. Beli makanang buke pose kat bazaa ngadang baru.. Same-same paking moto depang mejid tu ork.. Gane gamok la tahung ni pose kat kolupo...

Dakpe la... Aku pung dok leh nok ngarang lame surak ni kang berat nanang pulok surak ni posmeng nok ator. Mung kiring salang banyok la ke orang kapong.

salang dari kolupo,
cik hani

Ok. Bye

Dengan adik-adik opis

Assalamualaikum...
Ape kaborrr?


Si Rahmat Design tu  skype aku bukan main lagi...
Memang cari hal nak kacau aku
Mentang2 dia dia takdok keje buat..
Eh.. Tak.. Rupanya dia nak bagi pic ni
Tu laa #serkapjaranglagi


v



Dorang based kat Level 14 boring pastu datang melepak Level 12..
Pasti akan rindu saat2 ni..


Ok. Bye

filem seram pertama arahan aku~~

Assalamualaikum...


Nantikan kemunculan filem seram pertama arahan aku..
Pengarah Terbaik: Cik Hani


Dari pelakon sehinggalah ke set peralatan semuanya aku amik dari opis aku....
Aku target RM 5.5 juta je.. Lebih sikit dari dua alam.. hahakk..
Terima kasih pada semua yang terlibat menjayakan filem ni. 
Nantikan di pasaran.. Dapatkan tiket wayang segera.. 
Jangan main2 donlot la.. Aku bakar PC nanti.. 




Psst: Ni sebenarnya kerja edited from Amad budak Information Architecture.. 
Dia sangat berbakat edit pic walaupun selalu tertidur dalam opis..


Ok. Bye

Beli headphone di Plaza Alam Sentral

Assalamualaikum...
Ape kabor geng!


Semalam keluar g Plaza Alam Sentral
Nak g tukar bateri telefon sony aku yang dah macam ayam tu.
Menyampah pulak aku..
Last week beli bateri rupanya bateri tu tak berfungsi dengan baik,
Kena tukar balik kat kedai tu.
Nasib baik tokey cina tu kenal lagi muka aku so dapatlah tukar bateri baru..




Lepas tukar bateri handphone, hantar servis jap...
Sementara tunggu servis handphone ayam tu, sempat la gi jalan-jalan..
Bila jalan-jalan, memang ada jer la benda berkenang...






Yeayyy!!!!..
Orang belanja earphone - RM20
Boleh la bawak gi opis tayang kat semua sambil buat-buat pekak telinga bila bos panggil....




Then member aku lajak g makan sup gearbox kat kampung kerinchi Sup Gear..


Ok. Bye

Geng TW makan ikan bakar sambut raya pika..

Assalamualaikum...


Hari ni hari raya bagi opismate aku (Si Pika)
Sebab semalam last dia ganti pose..
So hari ni Pika raya la..
Nanti tunggu ida pulak raya.. huhu~

Dari semalam Pika request nak makan ramai-ramai
So tengahari ni kami keluar beramai-ramai kat Keramat AU2
Naik dua buah kereta...
Geng TW 10 orang tapi hanya 8 orang yang join.
Sorang MC (napi) dan sorang lagi ada hal (Salmi)


Nah Pika..
selamat hari raya..
kikiki!





sendat..


Aku akan ingat saat2 ni..
Satu hari nanti pasti akan ingat saat2 ni..

Hope akan dapat makan2 lagi macam gini..
Best yang amat tau..


Ok. Bye

Rumah Sentuhan Budi... Here We're

Assalamualaikum...



09 July 2011.
Kami ada program CSR untuk company...
Semua plan aktiviti kami dah rangka untuk 25 orang penghuni kanak-kanak termasuk remaja
Selain sumbangan dari opis kami ada kutip duit sikit untuk menderma..
Alhamdulillah, banyak jugak kutipan tu.

Kali ni pergi  Rumah Sentuhan Budi di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur






Antara persiapan yang sempat kami buat...




Gi sana masa hari masa perhimpunan BERSIH diadakan..
2 buah kereta dan 1 van opis.
Ramai jugak yang tak join sebab risau tak dapat balik, sebab takut jem pasal Perhimpunan BERSIH tu...




anak yatim lelaki.. semuanya matang-matang



\



cita-cita: artis bertakwa
 ko hado??


azwin dan anati
anati yang sangat nakal okey!!!


bilik dorang sangat bersih okey..
tutup sikit muka kita yang bilik berterabur ni..


Andai kata ada yang berhajat untuk buat sumbangan bagi membantu rumah anak yatim ni, ini adalah senarai barangan yang boleh menjadi pilihan anda untuk disumbangkan. 
  1. Barangan keperluan makanan.
  2. Peralatan peralatan rumah.
  3. Alat ibadah: Al-Quran, Muqaddam, Iqra', Rehal, sejadah putih, karpet untuk tempat solat, kopiah, telekong, pelikat.
  4. Alat tulis dan buku-buku agama,kitab-kitab.
  5. Bahan pencuci

Sumbangan anda samada kecil mahupun besar sangat-sangat kami hargai dan allah saja akan membalasnya. Moga Allah membantu orang-orang yang suka membantu .
Apa2 rujuk je kat bawah ni:

Rumah Sentuhan Budi
No. 76-A, Jalan 5/12 D,
Kg. Sri Batu, batu 4 1/2,
Jalan Ipoh
51110 Kuala Lumpur

Klik banner atas untuk ke link Rumah Sentuhan Budi

Telefon:
016-3079287 (Pn. Nora Aziz)
016-4111944 (En. Nizam Rosdi)

Auwww adik2...
Awak semua setinggi saya je..hehehekk


Ok. Bye

Lepak tengok kete kecik

Assalamualaikum...
Helloooooo....


Hari ni keluar pukul 5lebih ke Plaza Alam Sentral
Aku g survey laptop n notebook untuk adik aku dan jugak untuk si BFF dak Ezy tu..
Lepas tu g tengok orang main kete kecik kat Stadium Shah Alam. 
Masa darjah 6 pernah main Go-Kart kat Kuantan guna duit rombongan yang mak bagi..
So, natijahnya.. Aku berlapar sebab duit dah habis kat Go-Kart..
Masa trip tu, sendu je la aku...
Kalau kawan makan tak habis cepat aku sapu.. Lapar punya hal!




Lepas lepak kat stadium, terus singgah semayang magrib kat Petronas..
Boleh la dinner kat luar...
Dinner di Eiman TomYam TTDI..
First datang sini... 





Nak oder pe ekk??
Buka buku menu berejam dah tapi tak decide lagi...






Lastly, order sotong masak blackpepper + sup eiman + nasi putih.
Minum air kelapa n mangga+tembikai+susu
Sedap yang hamat sehingga tak hingat dunia.



Ok. Bye

Bawa Ezy gi Uptown Shah Alam

Assalamualaikum...
Ape kabor semuanya???


Malam masa cik Ezy ada kat Shah Alam, tak banyak tempat aku dapat bawak dia kuar.
Aku pun takde transport..
Rancangnya nak bawak kuar dengan Mat.
Sebab Mat ada keta... 
Tapi Mat pulak buzy siapkan drawing dan report

Its ok. I ollss is sabar.
Aku ulangi..
Sabar...
Sabar...


So, malam ahad dapat bawak Ezy keluar kejap g uptown shah alam
Dia tak penah g sini...
Mungkin uptown lain dia dah selalu pegi dengan abang dia.. mahupun dengan cik boifrend dia..







Gi makan kat Pak Li Kopitiam
Tapi aku rasa menyesal makan kat situ..
Sebab tak sedap sangat laa
Aku order Lemon Chicken Rice
Nasi dia tak sedap sangat pun.
Ayam dia macam yang ayam yang dah lama
Sejok, keras, berminyak..



Mat oder kueh teow..
Pun tak sedap sangat.
Lagi sedap kueh teow kat medan
Makanan ezy sedap la pulak katanya..
Nasi goreng golden.
Ape2 pun sparkling soursop tu memang superb sedap tak hinggat dunia







Nah.. Cik Ezy bagi dua present dari Tganu
Seolah-olah aku ni bukan rakyat Tganu

Psst: nak beli kete ke x? Simpanan ada. Tapi kete tu maybe aku guna seminggu sekali je kot..
Sebab tempat keje dekat giler dengan umah aku. Jalan kaki je.. Melainkan kalau aku dapat kerja kat tempat lain..

Ok. Bye