Dulu masa darjah 6, ada la satu trip ke Kolumpo dan Zoo Negara..
Eksaited la aku dengan kawan-kawan nak join..
Tapi nasib tak menyebelahi aku sebab aku tak dapat join..
Al maklumlah aku ada masalah kesihatan sikit pastu kekangan duit masa tu nak ke sana..
Hajat nak tengok Zirafah dengan Gajah tak kesampaian..
Sedih kan cite zaman UPSR aku...
Mak aku cakap nanti bila belajar U kat Kolumpo mesti dapat g Zoo...
Citttt...Rupanya bila dah keje, baru dapat jejak Zoo Negara..
So, bila CSR opis aku buat aktiviti "Zoo Negara Volunteer" aku angguk laju-laju tanda setuju...
Walaupun aku sorang je dari department aku yang pegi, tapi ade aku kesah..
Janji dapat jumpa Zirafah dan Gajah...
Pukul 8 pagi sampai Zoo Negara, gi naik Van opis lebih kurang 11 orang...
Balkis, Aku,Zaim dan Salleh kena tolong kat kandang Seladang, Tapir dan Beruang..
Tak dapat nak request jaga kandang Gajah dan Zirafah..
Tapi takpe, sebab dapat tengok zirafah pun dah ok walaupun tak dapat belai manja..
Okey.. ceritanya macam ni..
Bila sampai kat Zoo, daftar kat pintu masuk..
Bagitahu yang kami ni Volunteer dari company mana..
Sebab wakil zoo dah tunggu kat sana..
Dorang akan bgi sticker kat baju yang menunjukkan kita ni volunteer..
So volunteer takkan dikenakan tiket...
Then wakil zoo akan bawak masuk dan bahagikan kumpulan untuk cuci kandang mana..
Pekerja kandang zoo akan ada sekali sama sama dengan kita
Dorang akan bagi tugas korang kena buat apa..
Macam group aku kena cuci kandang, sapu sampah,angkat barang, kemas kandang.. angkat sampah..
Lepas siap semua tugas, penjaga kandang suruh kami jalan -jalan dalam zoo..
Team opis aku dan Team Taylor University
Oleh kerana kami volunteer, bila ada pertunjukan ular ke,burung kakak tua ke, kami diberi kelonggaran untuk bergambar free (sebab katanya biasanya tak boleh amik gambar)..
Andaikata dikenakan bayaran, kami yang volunteer akan dikecualikan..
Dorang tengok sticker volunteer, dorang lepaskan kami bergambar kat pertunjukan dorang dan bagi kami pegang binatang tu..
Hey burung warna warni..
Bertenggek di bahu comel saya..
Rupanya kamu ni berat jugak ekk
Izat yang tunjukkan something.. Tapi aku yang hover terkejut..
Geng opis department lain
Time ni dah nak balik..
mana aku?
Psst: nanti nak g lagi boleh??
Ok. Bye
1 comment:
Amboi.. bahgia nye dapat g zoo..
Post a Comment