Assalamualaikum...
Sebelum ni ada cerita pasal nak beli rumah kat Sungai Buluh.
Kami cari rumah ni melalui mudah.com
Oleh kerana, rumah tu terbengkalai dan dah lama tak didiami makanya ramai yang menentang dari yang menyokong.
Tapi kami tetap teruskan dengan niat nak beli rumah tu sebab murah sesuai dengan gaji dan komitmen kami.
Kami teruskan jugak niat walaupun rumah tu sangat buruk dan terbengkalai.
Keras hati ooooi laki bini ni. kihkihkih !
Selepas hampir 3 bulan duk berurusan dengan bank dan PKNS, akhirnya dah tersurat tu bukan rezeki kami.
Kenapa??
1. Rumah tu owner letak harga hampir RM65 K.
2. Value rumah tu hanyalah maksimum RM50K (paling tinggi bank boleh nilaikan).
Itu pun selepas merayu bagai untuk up harga. Sedangkan rumah area sana hanyalah mencecah RM40K. Tambahan lagi rumah yang sangat teruk terbengkalai, harganya mampu cecah RM30K SAHAJA kata bank. Rumah Low Cost untuk area tu tak tinggi nilainya.
3. Kami nak kena cari hampir RM15 K lagi duit cash untuk cukupkan harga yang dipersetujui owner.
4. Jika dah habiskan 15K untuk bayar rumah sahaja, memang takde duit lagi untuk repair rumah yang teruk tu. Memang tak boleh pindah masuk kalau tak repair.
5. Belum masuk lagi fee untuk lawyer, chop stamp bagai tu, procedure tukar nama bagai tu. Rumah low cost memang tak mudah procedure nya.
6. Abang aku dan lawyer cakap dengan nilai rumah banyak tu, aku mampu beli rumah yang lagi baik dan tak perlu nak baik pulih, melainkan kalau nak renovate mencantikkan rumah sahaja.
7. Abang aku pulak cadangkan aku beli rumah lain memandangkan sekitar rumah kami ni masih ada yang banyak kosong dan terbengkalai sebab tak ramai tumpu tempat ni.
Kami usaha jugak call owner mintak kurangkan harga memandangkan value rumah tak tinggi area sana dan kami perlukan kos yang banyak untuk repair rumah.
Sayangnya, owner tak setuju dan keep mention yang rumah dia ramai lagi yang Q beratur nak beli. Ada yang nak beli 65K cash.
Makanya owner mintak kami tarik diri la sebab dia nak jualkan rumah kat orang yang nak beli cash. Kami redha dan tak mahu bising-bising lagi.
Suami call semalam, ceritakan segalanya lepas discuss dengan lawyer kami.
Takpe laa. Mungkin takde rezeki nak duduk rumah sendiri tahun ni.
Aku cuba cari rumah lain. Masa masih ada lagi.
Petang semalam suami dan kawan dia survey rumah lain pulak..
Kali ni survey sendiri naik pulak..
Pusing-pusing cari rumah untuk dijual..
Jauh dari KL pun takpe la..
Tak perlu tunggu rumah KL dan Selangor, kite takkan mampu nak beli.
Bila google je rumah kebanyakan RM300K ke atas.
Yang ada flat pun makan duit 80K hingga 200K.
Tu pun yang dah hazab keadaannya dan kena berebut parking
(parking jadi issue sebab aku tak reti parking kalau space tak luas"
Suami masih lagi memujuk aku dan berpikiran positif. Katanya:
" Takpe , walaupun rumah jauh bukannya kite je yang travel jauh untuk bekerja. Ramai lagi yang kena travel jauh untuk bekerja dan meninggalkan anak di nursery awal pagi. Bukan kite saja yang berlumba mengejar masa di jalan raya kejarkan punch card."
" InsyaAllah, kalau dapat rumah lain walaupun jauh dari opis sekarang, u boleh cari kerja lain di sekitar kawasan rumah baru tu kelak, walaupun jauh dari KL. Kite pun bukan kerja Govermnent, nanti kite tukar kerja ye"
" Takpe jauh dari KL, nanti tempat tu pun mesti membangun jugak. Tengok Nilai, Seremban, Senawang dulunya mana ada yang nak beli, sekarang org duk Senawang pun kerja KL.
Kenapa nak dekat KL? Sebab sekarang aku kerja kat KL-Mont Kiara.
Ramai yang cakap kenapa tak angkat personal loan untuk tampung rumah yang terbengkalai tu. Jawapan kami??
" Kami cuba nak kurangkan komitmen hutang yang banyak untuk 2 benda yang berbeza (rumah dan personal loan).
Kalau personal loan pinjam 20K rumah still tak lengkap dan tak cantek.
So, kami decide nak cari rumah lain...
Sementara muda ni cari lah aset pertama dulu, masih kuat nak bekerja bayarkan loan rumah.
Bytheway, DIY and home organizing kat rumah sewa ni still berjalan.
Tapi nauzubillah..malasnya nak snap picture and share..
Semoga malas aku ni cepat blah dari diri ni..
Penulis tinggalkan kamu dengan kata-kata ini:
Psst : Lepas kawen, duit simpanan dalam bank baru ada 4K.. Reban ayam pun tak lepas nak bayar deposit. Ok fine KWSP ada.. hehehe
Ok.Bye