DIY Bunga Telur : Tutorial bunga tisu/ bunga fluffy

Assalamualaikum... Hai Semua...


Bila dah lama tak buat bunga telur, eh aku lupa plak cara buat dia..
Siap duk imagine/throwback cara buat bunga telur dulu macamane.
So, hari ni aku nak tunjuk tutorial buat bunga tisu/ atau ada yang panggil bunga fluffy.
So next time, boleh aku refer sini..


1. Bahan yang digunakan : Tisu, playar, gunting & dawai (aku guna size 26)


2. Setiap bunga telur guna 2 keping kertas tisu (yang dipotong 3bahagian untuk sehelai tisu). Dawai plak potong 3bahagian guna playar.


3. Sehelai kertas tisu potong 3


4. Kertas tisu lepas dipotong kepada 3 bahagian



5. Sehelai bunga telur guna 5 helai kertas tisu yang telah dipotong.


6. Susun kertas tisu 5 helai comel-comel pastu lipat zip zap macam nak buat kipas.


7. Kertas yang telah disusun


8.  Ikat dengan dawai. Ikat tengah2 yang pastikan ketat. 



9. Gunting hujung bunga sehingga menjadi bentuk curve / separuh bulatan.


10. Buka kelopak tisu sehelai demi sehelai (helaian pertama)




11. Buka kelopak tisu sehelai demi sehelai (helaian kedua)


12. Buka semua helaian hingga helaian ke5. Pastu adjust2 bagi terbentuk elok


13. Siap! 




Untuk riben, nanti aku buat tutorial seperately di entry lain.

Buat banyak2, nanti dekat dengan majlis baru jadikan dia bunga telur


Bunga ni sangat lembut sebab tisu kan, senang renyuk kalau tindan baik2, pastikan cepat cucuk kat pahar / atur dalam pasu bunga dulu.
Tapi kalau renyuk pun, boleh adjust2 lagi bagi gebu semula.
Jimat sangat guna ni berbanding kertas crepe.
Untuk 150pcs bunga baru guna 4 plastik tisu (RM2.00/seplastik tahun 2019)

Psst : tutorial untuk rujukan kelak!

Ok. Bye

4 comments:

Suhana Abidin said...

simple , jimat dan cantik ! Thanks for the tutorial

A m m i said...

ammi masa kawin dulu serahkan pada along ammi je bab bunga telur ni..ammi mmg keras tangan bab2 berseni ni.

ezy.fia said...

perlukan kesabaran yg tnggi..
kalo aku buat sekuntum je jd.. haha

Azhafizah MN said...

Mudah kan. Dulu kawen pun buat sendiri je bunga telur. Sama macam ni :)