Majlis Pertunangan Anak Sedara & Melawat Baby Ly

Assalamualaikum... Hai Semua...



Semalam balik Perak ada jemputan majlis pertunangan anak sedara (lelaki).
Ni anak sedara side suami aku..
Jangan di'compare'kan dengan anak sedara aku.
Anak sedara aku baru masuk "jawi" last year.. hehehe!

Oleh kerana aku nak gerak sekitar jam 7-8pagi, maka pagi tu bangun awal sikit la masak untuk mertua.
Aku masak ikan gurut  gerut 3rasa.
Suami gorengkan ikan & ayam & tolong buat meehoon sikit.
Itu Ini bagai jemur kain semua, kul 8pagi jugak baru gerak ke Perak.
Dalam hati takut tersampai lambat kat check point a.k.a tempat berkumpul sebelum g rumah bakal tunang (perempuan).
Sampaikan suami ajak makan kat kedai pun aku tolak.
Aku prefer makan roti dan minum air kotak je.
Hajat nak bekalkan meehoon makan dalam kerete, tinggal angan-angan sebab lupa. kehkehkeh!
Tup tup suami masuk drivethru McD di Kuala Selangor.
Makanla kami set breakfast scramble egg burger & hash potato (Mix&Match Set)
Punyala taknak terlambat takut orang tertunggu2..

Tup tup bila sampai di check point tu, sorang pun takde lagi.
Punyalah taknak orang menunggu, rupanya eh kita pulak yang kena menunggu.
(Teringat kuali tak basuh kat rumah sebab nak cepat. hahaha!)

Kul 11 lebih jugak baru sampai rumah majlis pertunangan tu.
Aku dah 2-3 kali jugak attend majlis pertunangan, cuma kali ni je majlis perbincangan dia panjang lebar.
Kalau sebelum ni "hantaran semua biar bakal pengantin bincang sesama dia la"
Majlis kali ni bincang semua, mujur takde balas pantun je. Hahaha!

Majlis Tunang ni berlangsung untuk 2 pasang bakal pengantin.
Kakak dan adik dia tunang sekali.
Anak buah suami aku ni tunang dengan si adik.
Lepas adik ditunangkan, rombongan kakak dia plak sampai.



Geng perempuan dari rombongan kami



Geng lelaki dari rombongan kami


Pelamin dan hantaran


Hantaran dari pihak perempuan

Hantaran dari pihak lelaki





Sessi sarungkan cincin

Sessi bersalaman


Tunang menanti di luar.
Dup Dap tak?

Bergambar kenangan


Alhamdulillah selesai semuanya



Pengantin "tadika' bergambar
Dapat jugak bergambar dengan baju ni..
Baju Raya yang tak sempat pakai. kehkeh!


Bergambar dengan kak ipar


Makan sempoi lauk kampung & kuih muih sikit.
Paling sedap "Ice Cream Malaysia Versi Moden" dia.
Kalau jual RM2 pun aku beratur beli..

Jajan & Ice Cream sedap. Lembut je.
Dalam dia susu & buah
Kak Ipar kirim kek dan brownies sikit untuk mak mertua kat rumah aku..


Siap majlis terus balik Selangor.
Sambil-sambil berbual dengan suami. Eh dia ajak jalan-jalan plak sementara ada 'peluang' keluar ni.
Aku bagi cadangan ajak dia g tengok baby Ly kawan sekolah teknik.
So, lajak la kami ke Balakong.
Duduk sejam setengah pastu 6.15 balik Kapar.







Psst : Orang tua masing2 dimamah usia. Sekarang dah start tanya "Makbapak ko apa khabar, sihat lagi?" Sebab masing2 dah uzur. Selamat bertunang untuk Epul & Isma

Updated : Ibu Ly dah meninggal masa PKP/awal2 PKPB 2020. Aku agak ok dengan mak Ly, seronok berbual dengan dia. Al-fatihah untuk acik.

Ok. Bye

6 comments:

ezy.fia said...

meriah mjls tunang dia..
baju tunang pon cntik..
aku tunang dlu bincang kjap je.. pastu sarung cincin..
haha

Azhafizah MN said...

selamat bertunang untuk anak sedara.Tahniah!
eh ikan gurut? tak pernah dengar pulak.

Suhana Abidin said...

Tahniah untuk yang bertunang .

Eh comeynyaaa Han , kecik molek je . Senang kena buli dengan shuben tak .? Heheheh . . Selalu pasangan yang rendah nie senang kena buli . .

Pelamin tu simple tapi cantik sangat .

norhidana said...

salam Han,

ini lah Han yang selalu tinggal jejak di blog akak ye, nasibla Ezy ada bagi link untuk akak cari han

meriah nya majlis tunang tuh, cantik hantarannya... best layan aiskrim time cuaca panas sekarang ni

dear anies said...

tahniah utk bakal pengantin...x lama lagi mkn nasi myk lah kite yekkkk ;-)

Reem Doorgift said...

cantiknya