Assalamualaikum...
Ahad malam baru sampai dari kampong. Pukul 11.30malam.
So tak de la masa nak shopping barang masak.
Isnin lepas balik kerja, sampai rumah pukul 6.30pm.
So, kami decide nak ke Pasar Malam hari Isnin kat Meru (Bukan Bazar) .
Aku beli Puyuh, Kari Kambing dan Sambal Pedas Bilis Petai. Semuanya RM9.50.
Aku paham kalau mahal sebab kambing mahal.
So far, Alhamdulillah lauknya sedap.
Puyuh dan kuah merahnya sedap sangat.
Kari Kambing aku tak makan. Suami cakap ok.
Sambal bilisnya pun ok. Sedap.
So, lepas berbuka hari Isnin plan nak g shopping barang masak untuk esok..
Aku memang tak larat sangat, lepas buka dan solat, melepek aku depan TV
Perut tak sihat dari siang tadi menyebabkan aku tak keluar malam tu.
So, semalam (Selasa) lepas kerja kami singgah NSK..
Kami macam lipas kudung shopping. Tak sangka less than half an hour boleh siap shopping barang yang kami nak.
Jam dah pukul 7.00 malam, kami singgah bazar je beli. Aku plan nak makan nasi kukus.
Tup tup nasi kukus dan habis. Tahu tak kecewanya macamana??
So aku beli kerabu perut je RM 2 (sikit je tinggal dalam tray dia)
Tapi suami tak berkenang dengan semua lauk.
Dia cakap kita balik masak je la.
Lambat pun takpe, kita goreng ayam jer. Urm...kesian laki aku.
Mungkin dia lagi rela masak kat rumah...
Alahai, kalau tahu nak masak kat rumah, takde aku beli kerabu perut tadi...
So, balik cepat2 kami masak.... Semalam, kami masak :
1. Sup Sayur dengan bebola
2. Bilis sambal Petai
3. Ayam Goreng.
4. Sambal belacan (dalam peti)
5. Air Limau Kasturi Asam Boi
Haaa.. meriah jugak..
(Meriah ke meriak?)
Menu berbuka malam tadi.
Masa azan, kami masih memaasak.
Sup sayur dah siap, tengah siapkan bilis sambal masa tu.
Suami pulak tengah bersihkan ayam.
So, berbuka la semalam dengan air dan kurma dulu.
So, lepas siap masak, kami mandi dan solat dulu.
Baru makan dengan aman sebab dah solat maghrib.
Kerabu Perut RM2
Sayang seribu kali sayang, selera aku nak makan kerabu perut ke laut akhirnya..
Sebab kerabu dia tak sedap. Tak de rasa kerabu langsung.
Yang rasa hanyalah manissssssssssssss sahaja..
Aku kutip perut je makan.
Pastu suami cakap jangan makan, sebab dia rasa perut tu macam dah tak elok takut esok sakit perut..
Terus aku stop makan.
Rugi RM2 aku sebab kualiti masakan dia macam tu.
Haiiiiiiiiiiiii... mengeluh bukan sebab tak reti syukur..
Tapi sebab kadang-kadang hasil masakan kat bazar, macam kesian sangat kat pembeli dengan kualiti makanan tu.
Tapi tak semua makanan kat bazar tu teruk kan..
Mungkin kali ni aku takde luck.
Sedap lagi bilis goreng petai aku.
Sedap lagi Sup sayur aku
Air limau kasturi asam boi dari suami
Ok. Bye