KENANGAN : Rumah Beratap Bata Singgora.

Assalamualaikum... Hai Semua...



Dulu rumah aku beratapkan bata singgora. Kami panggil "Atap bata" je. Sehinggalah sekitar tahun 2001, barulah kami tukar ke atap asbestos/zink. Masa tu aku dah sekolah menengah. Punca utama tukar adalah atap bata memerlukan maintenance yang tinggi ialah kerap perlu mengganti kepingan yang rosak & selalu berlaku kebocoran (tiris) kalau tak dipasang dengan betul. Lebih-lebih lagi kalau ada binatang lompat atas bumbung, memang kepingan atap bata tu cepat pecah dan bocor.

Ketika rumah beratap bata singgora, suhu rumah tak terlampau panas. 
Tapi bila bertukar ke atap asbestos/zink, masa tu memang aku rasa ketara perubahan suhu dalam rumah. Panas.
Memang terasa bahang berbanding ketika guna atap bata dulu.


Bumbung rumah
Kalau baring kat katil, ini la pandangan mata aku dari bilik tidur aku dulu. hehehe.
Rumah takde siling, memang direct nampak bumbung bata
Rindunya memori tu..

Zaman sekarang payah nak jumpa rumah beratapkan bata singgora dulu melainkan kalau di rumah lama. Dulu musim hujan/malam, rumah terasa sejuk sangat. Kat bawah rumah, banyak la stok bata singgora ni kami susun. Sebelum musim tengkujuh di Pantai Timur, kami bersiap-siap tukar mana-mana kepingan atap bata yang rosak. 

Keluarkan tangga, panjat dan tukar kepingan atap yang rosak, Keje baiki ni dilakukan dari dalam rumah. Cabut dan selitkan kepingan atap bata yang baru. 

Rumah korang pernah tak pakai atap macam ni?


Ok. Bye
XoXO

7 comments:

Kakmim said...

Unik.. jarang jumpa atap mcm ni skrg.. umah kami umah perumahan.. umah mak pun sama

adnil linda said...

first time linda nmpk atap batu bata nie...unik betul...atap biasa zink dengan genting je yg selalu jumpa...
BTW, salam kenal ya

Mama Zharfan said...

pernah tgk tapi rasa mcm tak pernah merasai utk rumah my parents kat kampung tu

Ezna Khalili said...

Tak pernah....kalau rumah diperbuat dari bata merah ni lagi sejuk berbanding bata yang berwarna putih tu.

Puan Hazel said...

Tak pernah tengok atap bata singgora ni. Tapi akk pernah rasa tinggal dlm rumah atap rumbia :D Sejuk! Tambah2 kita dok di kampung...

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Belum pernah rasakan bata singgora ini kak. Tapi rumah nenek saya pakai. Dan memang sejuk lebih terasa. Tapi tuhlaaah, bagi orang kota, lebih mencari yg perawatannya mudah kan. Dan tak memerlukan banyak cost . Saya pun begitu 😅

Ammi said...

Ammi tak ingat bumbung rumah masa kecik camba sbb ada siling. Tp rumah papanlah.