12 Syawal (Ahad) serbu rumah adik beradik suami

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kalau semalamnya iaitu Sabtu dah gi rumah abang aku. Esoknya Ahad kami gi rumah keluarga suami pulak. Sabtu tu kak ipar datang dari Perak (kakak suami aku) teman MIL kat rumah, suami aku kerja & aku gi rumah abang sulung aku seharian. So Sabtu takde plan la dengan kak ipar (kakak suami). Ahad baru keluar bawak dorang berjalan raya 2buah rumah sebelum dorang balik Perak semula.

Mula-mula bawak kak ipar gi kubur bapak (FIL), pastu ke rumah abang ipar pulak yang tinggal berdekatan kawasan situ.

OOTD
Beli baju raya untuk mak, tapi tak padan.
So aku la pakai. Haha
Nasib baik 2 lagi benda lain yang aku beli, mak padan. Takde la keciwaaa sangat


Beraya di Rumah Pertama - Rumah Abang Keempat suami

Dijamukan dengan Spagethi, nasi impit berkuah kacang, dan super duper sedap kek coklat moise. 




Beraya di Rumah Kedua - Rumah kawan biras

Kisahnya biras tak mahir sangat jalan sini. So suami bawakkan abang iparnya ke rumah kawan sekolah, mereka sakan ye bila berjumpa. Ingat lagi nama cikgu 30,40 tahun dulu. Nama kawan, kenangan itu ini. Aku pun dah lupa banyak hal sekolah tau..ihiks..





Kak Ipar balik Bagan Datuk pukul 12.30 tengahari. While kami semua pun berehat terbongkang tidur. Sedar-sedar suami kejutkan kata nak gi beraya rumah abang sulungnya pulak. Ok. Jommm..


OOTD lain. Maklumla baju pagi tadi dah aku bawak tidur terbungkang.


Beraya di Rumah Ketiga - Rumah abang Kedua suami

Beraya di sini tak sangka MIL nak ikut sekali. Awalnya kami ingat MIL taknak ikut sebab rumah takde lift. Eh, rupanya elok aje kami angkut naik tangga. Atas sanggup/tak sanggup aje.





Malam tu, suami start makin teruk batuknya. Siapkan ubat serba sedikit dan suami MC kerja isnin tu. Kita bini masih gigih gi kerja walaupun tubuh dah bagi signal akan demam. Tersipu-sipu kita bersalam dengan mentua, nak gi kerja tapi suami batuk2 kat rumah kita tinggalkan 😎





Bila sebumbung dengan mentua. Kalau anak lelaki dia sakit, kita bini jadi risau 2 benda. 
  • Pertama risau suami sakit
  • Kedua kita risau bila tahu mak mentua risau sebab anak lelakinya sakit.
Walhal isteri pun, turut mula demam. Tapi perempuan demam, kita masih usaha untuk kuat.
Masih urus mentua makan minum, sapu bilik.


Ok. Bye
XoXO

4 comments:

Afzan said...

saya pernah hantar suami balik rumah mak dia time tu dia MC lama baru lepas operation,saya pula kena kerja.hahaha time tu rasa macam hantu punya menantu.tapi makmertua suka sebab ada masa lama dengan anak jantan dia

Mama Zharfan said...

betul lah bab risau tuuu

Sha Mohamed said...

Seronok beraya ini sambil-sambil mengimbai kenangan lama.. kikiki..
Sha pun banyak benda tak ingat dah zaman belajar dulu..

Faham bab suami sakit tu.. tambah bila duduk dengan mertua.. bertambah-tambah risaunya..
Semoga suami sis diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.. Aamiin..

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Pahaaam 😄. Tapi memang terkadang kita juga yg overthinking, mengira mertua akan mikir Macam2 jika anaknya sampai sakit. Pernah dulu suami begitu. Sakit lalu datang ke rumah mamanya. Tapi yg ada MIL malah nelpon saya, suruh bawa balik ke rumah 🤣🤣. Krn rumah saya dan MIL dekat saja. Dan MIL pun tipe yg bebaskan anak menantu kalo dah nikah, tak mau ikut campur 😂. Langsung saya suruh pulang suami saat itu 😁