Abang sulung aku yang accident dah selamat masukkan besi di kaki dia dan boleh pulang ke rumah last week. So minggu ni Sabtu semalam kami ke sana berbuka bersama famili dia. Abang kedua aku pulak tak dapat join sebab dah balik Terengganu pagi tu. So kami 3 beradik yang masih di Selangor ni la berbuka bersama.
Sebelum ke rumah abang, kena la siapkan kerja di rumah dulu. Suami bawak MIL cuci kaki di klinik Puchong. Aku tak ikut sebab kemas rumah dan siapkan makanan berbuka untuk MIL. Lambat sangat suami balik sebab orang ramai kat klinik.
Mengemas mana yang patut je untuk bilik MIL
Kami terkejut besar dan jalan sekejap pastu terus balik. Sambar je apa yang dapat. Beli tak banyak pun. Beli 3 barang je. Tu pun kami gi kedai yang tak perlu berator. Kecuali nasi kerabu tu memang mana2 kedai pun beratur. Hilang keseronokan nak membeli bila terlalu sesak.
Kami siap menyesal ke sana . Hahaha. No more bazaar sini after this. Tak kena dengan jiwa kami tak xsuka sesak-sesak ni.Hehe
Pukul 7.10 pm dah sampai semula ke rumah abang aku. Bersiap-siap untuk berbuka. Seronok bila berbuka ramai-ramai. Abang sulung alhamdulillah dah boleh makan nasi biasa sesekali selang seli dengan bubur.
Kak ipar masakkan mee rebus dan goreng makanan frozen
With the familia
Selepas berbuka bersembang sambil bercerita hal abang sulung aku ni. Pasal penjagaan, pasal treatment, pasal MC. Semoga Allah mudahkan urusan kita semua dan abang aku cepat sihat. Semangat dia nampak kendur. Mungkin masih belajar terima dengan keadaan sekarang yang dah tak mudah nak bergerak ke sana sini. Kami bantu tukarkan cadar dan tengok jika ada penambahbaikan untuk ruang rumah yang ada pesakit berkerusi roda ni.
Ok By
XoXO
1 comment:
semoga dipermudahkan segalanya...insya-Allah,kita yang disekililing perlu sentiasa beri semangt pada nya
Post a Comment