Sabtu, 20 April 2024 (11 Syawal)
Abang Ngah aku ajak aku gi raya rumah abang long aku. Aku dah pergi masa raya pertama.
So, aku pergi lagi sekali memeriahkan suasana. Berkumpul kat sana. Suami kebetulan kena kerja Sabtu tu di Bangi Lama/Semenyih, so suami drop aku kat sana.
Jem weii weekend hari tu. Agaknya banyak rumah terbuka. Nak ke tempat yang biasa 30 minit pun makan masa 2 jam. 😅
Family abang ngah aku datang pukul 3.00 petang. Duk melepak sampai jam 9.00 malam.
Kebetulan ada 2,3 tetamu datang melawat abang long aku yang accident bulan puasa hari tu.
So, lebih ramai tetamu la berbanding raya sebelum-sebelum ni. Tu yang lajak stay sampai jam 9.00 malam nak menolong dorang kemas dapur sebelum balik.
Hidangan
Kak Ipar masak nasi tomato dan ada jugak laksa penang. Pencuci mulut ada rojak buah simple.
Sebelum balik, ada sessi bergambar. Nenek di Tganu duk tanya takde gambar ke raya rumah abang sulung aku ni. Nahhh..
Family abang ngah, abang sulung & kami suami isteri
Adui.. Tertutup terus wajah paklong kat belakang tu
PaklOng with the anak sedara
ANak sedara selama ni kalau raya je mesti ajak paklong main mercun. Sebab paklong jenis melayan. Tahun ni paklong takde rezeki nak balik Tganu sebab patah kaki. Semoga cepat sihat Paklong.
Esoknya Ahad kita beraya team sebelah suami pulak. Stay stuned...
Psst : Rasa cuti 2hari tak cukup la. Hari ni dah keje semula.. So Monday Bluesssss 😕😖😞
Ok. Bye
XoXO
4 comments:
selamat hari raya, maaf zahir batin..
alhamdulillah..meriah bila dpt gather2 kannn
menu pun semua nampak sedap tu
Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin dari Kak SA sekeluarga..
Pernah beli baju online tak ngam dengan kita akhirnya...nak bagi kat adik pun tak ngam dengan dia. Aleh2 simpan je baju tu. Mungkin akan jumpa dengan tuannya tak lama lagi.
Seronok bila berkumpul ini..
Tapi tulah.. dari satu tempat ke satu tempat jadi lambat.. Semua orang keluar berjalan.. kikiki.. Memang kena banyak-banyak sabar..
Post a Comment