Kesah Raya 2024 - 2 Syawal

Assalamualaikum... Hai Semua...


Salam Syawal semua,..
Mohla aku share story Raya 2 Syawal aku.

Malam tu, alhamdulillah Kak Ipar datang ambik MIL dan bantu jaga MIL beberapa hari sementara kami balik kampung.
Kami kalau nak kemana-mana memang kena tunggu ada orang bantu jaga, baru dapat balik kampung. Selagi takde keputusan sapa nak bantu jaga, memang kami tak berkemas la bag balik kampung. 


Alhamdulillah. Pagi 2 Syawal aku kemas la bag ala kadar.


OOTD tema Pink Raya kedua.



Singgah di RnR Temerloh untuk penggunaan tandas / cari makan.


Bergerak dari Klang pukul 10.00 pagi. Sebelum tol Gombak, jemmmmm.. Lepas tol, perjalanan lancar. Kami exit di Kuala Dungun, sebab nak pergi beraya di rumah adik perempuan aku di Marang sambil bawak dorang balik rumah mak aku. Suami dia kena kerja malam tu. Sampai Kuala Tganu jam 6.00 petang.


Bersama family adik aku.

Masa pagi raya pertama, family aku tak boleh langsung nak bergambar. Selepas solat raya, terus kena serbu dengan tetamu. Tahun ni raya Ayoh aku ada di rumah. Sudah 2 tahun raya mesti ada je kes masuk wad. 
Masa raya pertama, adik beradik aku keluar bergambar keluarga masing-masing kat luar. Takde bergambar family besar.
Makanya, malam tu baru kami berpeluang bergambar beramai-ramai. 
"No need baju raya"
"No need to panggil-panggil orang yang takde"
"No need siapkan anak kalau anak jenis tantrum/ anak2 taknak"
Kami sebolehnya bagi kelonggaran agar semua tenang uruskan keluarga masing2.

Tapi nak di jadikan rezeki, adik aku (Pak Uda) kebetulan datang kami tengah bergambar. Rezeki betul. So, jadi la rezeki kami 8 beradik je berkumpul tanpa abang sulung daripada 9 beradik.



8 out of 9.
Missing si sulung yang accident baru-baru ni.



Anak sedara snap photo us


Malam tu sessi bersalaman dengan mak ayah.
Suami aku lambat join sebab bertukar bidang terjun jadi tukang repair letrik kat rumah aku. Hehe 😆😆😆

Sedikit kenangan yang sempat di capture

Suami aku tukarkan lampu bilik.
Abang Ngah ringan tulang membasuh pinggan
Adik aku menyusun kerusi untuk hamparkan tilam tido lambak anak cucu depan TV


Tido lambak yang belum memenuhi ruang.
Bila berkumpul cucu-cucu, tido pun lewat la 😉

Raya 2 Syawal dihabiskan dengan seharian sampai Jam 6 petang dalam kereta. Kemudian malam hanya berkumpul dengan adik beradik di rumah. 
Kita tengok plan suami aku nak gi Kelantan sebab kenduri kawen kawan dia menjadi atau tak. Stay tune,.. Haha

Psst : TQ kat adik beradik aku yang snapkan photo guna henpon canggih depa .Huhuh


Ok Bye
XoXO

4 comments:

adnil linda said...

seronok tido lambak...tp nak mengems tu berchenta..belum lagi yang pesen bangun lamabt.. hahaha

Time Traveller said...

10 pgi dari Klang sampai 6 petang.. singgah umah adik lagi.. okla tak jem sangat tu :D
Selamat hari raya :D

norhidana said...

akak tertinggal yg ini punya entri patut la... bila balik kampung meriah dia lain macam kn

Fanny_dcatqueen said...

Aisssh saya rindu suasana lebaran yg seperti ini. Ramai berkumpul. Memang dah tak bisa mudik tiap lebaran skr ini kak.

Karena saya ada kucing 4 ekor, yg indoor 100%. Dan Krn asisten rumah saya mudik selama lebaran, jadi saya mengalah tak bisa pergi2. Krn kalo asisten tak ada, kucing2 saya tak ada yg jaga juga. Makanya selama ini dah bbrp THN tak pernah pulang tiap raya. Bisa pulang di saat momen raya dah lewat 😅. Tak apalah yg penting tetap bisa bertemu parents nantinya.