Assalamualaikum... Hai Semua...
Aku perasan BSN Online aku tak boleh nak transfer duit,
Eh rupanya kena aktifkan BSNSecure.
Bermula 1 Julai 2023, setiap transaksi Perbankan Internet myBSN, termasuk FPX, memerlukan pengesahan melalui BSNSecure. Penggunaan SMS OTP/TAC akan dimansuhkan berkuat kuasa 1 Julai 2023.
Inisiatif ini merupakan usaha berterusan BSN selaras dengan keperluan pengawalseliaan dan amalan terbaik untuk memerangi penipuan kewangan berkaitan SMS OTP/TAC.
BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK MENDAFTAR APLIKASI BSNSecure?
(Pendaftaran & Pengaktifan)
Berikut adalah langkah mudah untuk korang melengkapkan pendaftaran Aplikasi BSNSecure.
1.Aku download apps BSN Secure kat phone. Pastu buka dan tekan "Register Now".
2. Teruskan untuk memasukkan username dan password Perbankan Internet myBSN.
3. Masukkan Nama Peranti, Nombor ID & klik "Submit" untuk mengesahkan.
Nama Peranti/ Model Telefon: (Contoh: iPhone 14 Pro/ Galaxy S23 Ultra/ Huawei P60 Pro).
Nombor ID/Nombor Kad Pengenalan: (Contoh: 95131314***).
4. Masukkan SMS OTP untuk pengesahan dan teruskan dengan Pengaktifan.
5. Setelah pengaktifan berjaya, skrin pengakuan akan dipaparkan kepada anda pada Aplikasi BSNSecure.
NOTA PENTING:
Selepas pendaftaran BSNSecure telah berjaya, pelanggan hanya boleh melakukan transaksi melalui Perbankan Internet myBSN selepas 12 jam (Tempoh Bertenang).
Ok. Bye
XoXO
1 comment:
i nak kena buat jugak benda gini utk bank muamalat, tp dok tangguh2 lagi ni
Post a Comment