Cara aktifkan securesign public bank di ATM

Assalamualaikum... Hai Semua...


Rupanya Public Bank Online aku pun kena aktifkan PB Securesign.
No wonder takleh nak buat transaksi.
Fungsi PB SecureSign ni adalah untuk Anda membuat pengesahan sembarang transaksi melalui akaun Public Bank dan ia adalah untuk mengantikan fungsi SMS TAC.

So kepada yang belum lagi membuat pengaktifan, Anda perlulah membuat pengaktifan terlebih dahulu, dan cara mengaktifan tersebut adalah Anda perlu menggunakan mesin ATM Public Bank.


p dibawah ni ye.
  1. Langkah yang pertama adalah Anda perlu ke mesin ATM Public Bank.
  2. Lepas tu dekat mesin tu macam biasa kita perlu masukkan Kad Debit Anda. Lepas tu Press to Continue.
  3. Anda pilih menu Bahasa Melayu / English / China.
  4. Seterusnya sila masukkan PIN Kad Debit ATM Anda.
  5. Lepas tu Anda klik pada menu Akaun Simpanan. Kalau akaun Anda adalah akaun semasa, dekat sini Anda perlu klik dekat bahagian akaun semasa.
  6. Seterusnya Anda tunggu sekejap, dan Anda perlu pilih dalam menu Lain-lain. Lepas tu Anda pilih menu Perkhidmatan Lain.
  7. Kemudian Anda perlu pilih pada menu Pengaktifan PB Securesign.


Refer gambar di bawah untuk lebih faham.


Visit any of our Automated Teller Machines (ATMs) to Activate PB SecureSign.




STEP 1
Select "Other Services"




STEP 2
Select "PB SecureSign Activation"


STEP 3
Select "Yes" or "No" to activate the PB SecureSign.



STEP 4
Transaction Accepted. Remove Card and collect the Advice Slip.



STEP 5
Transaction completed. Advice Slip is generated.





Dan Anda tunggu sekejap sehinggalah keluar resit transaksi. So dah pun selesai, dan yang paling penting jan lupa ambil dahulu kad ATM Anda.

Anda tak perlu risau tentang keselamatan maklumat Anda dalam PB SecureSign ni sebab sistem ni memang telah dirancang untuk menjaga privasi dan keselamatan Anda dengan teliti.

Jadi kita boleh menggunakan perbankan online Public Bank dengan lebih yakin dan tenang.



Ok. Bye

XoXO

1 comment:

Mama Zharfan said...

rasanya bank negara wajibkan semua bank buat securithingy ni..i pun kena buat jugak utk bank muamalat, dh try buat tp mcm tak berapa jadik jer, nak kena redo kot