Vaccination untuk MotherInLaw (MIL)

Assalamualaikum... Hai Semua...


Aku, suami dan MIL dah register untuk vaksinasi.
Giliran MIL kami dah dapat tarikh.
MIL golongan berisiko sebab warga emas, ada kencing manis, darah tinggi & kolestrol. 
Walaupun penyakit ni masih terkawal sebab makan ubat, tetap berisiko kan.

Macam-macam cerita pasal vaksin yang masih dalam kajian la.
Masih tak selamat.
Kami pun bingung.
Kami suami isteri bincang sama-sama dan setuju je nak daftarkan MIL untuk vaksin.
Oleh kerana memang MIL dalam penjagaan kami (insyaAllah selamanya), so kami decide teruskan je la. Sebab memang kami pun yang menjaga kan, so biarlah keputusan tu decided by suami.
Bila tanya MIL, dia pun setuju je nak vaksin.




Ada kes yang orang yang divaksin demam, ada kesan sampingan.
Risau jugak.
Tapi pikirkan vaksin tu hari Jumaat.
So kalau demam esoknya Sabtu atau Ahad, kami ada kat rumah.
Isnin pulak aku WFH (work from home), so insyaAllah MIL akan ada teman kat rumah.
Sebab MIL sorang-sorang bila kami berdua kerja.

MIL terdedah berisiko kat tempat umum jugak.
Sebab masih ulang alik ke klinik untuk dressing luka kencing manis.
Appointment doktor pun masih ada.

Semoga semuanya berjalan lancar.

Psst : Mak n ayah aku di Tganu belum dapat giliran vaksin.

Ok. Bye
XoXO

9 comments:

Azhafizah MN said...

Alhamdulilah..semoga dipermudahkan segala urusan. bagus MIL setuju untuk vaksin. Lately ramai warga emas tolak sebab takut side effect tu. Semoga semuanya baik baik je. Aaminn...

Ayu Zarina said...

Salam..singgah sini...ya betul...tak ramai orang2 tua bersetuju untuk vaksin ni sebab macam2 dimomokkan cepat mati lah, darah beku lah, itu lah ini lah..tapi dengan penerangan dan pujukan anak2..alhamdulillah..FIL dah lengkap 2 dose vaksin. MIL pula dah ada tarikh untuk vaksin. Moga semua ibu bapa kita dipermudahkan dan dijauhi dari perkara2 buruk sepanjang pengambilan vaksin ni.

dear anies said...

alhamdulillah dah smpi gilirannya...
harap semuanya akan baik2 shj nnt...

Nadhie Wueen said...

insyaallah selamat je. takda apa2. mmg golongan berisiko diutamakan. trust the doctors k. they know better ;)

mama sara nur @ Cik Nor said...

semoga segalanya lancar
alhamdulillah
kita daftar juga dah

Mama Zharfan said...

Allahumma yassir

ezy.fia said...

alhamdulillah.. semoga sumenye baik2 je..
umi pon dpt tarikh dh tp xg.. sbb dia xsihat..
bimbang gop..
jd tngguh dlu..
nt reg mula ke dia..

zila norazila said...

Alhamdulillah moga MIL terus sihat..ramai yang menolak vaksin ni kan..sambutannya hanya 40 peratus je..walaupun kempen kiat dijalankan.

aizamia3 said...

eemm.. masih ada yang belum terbuka hati nak menerima suntikan vaksin tu.