PROSES UJRAH PTPTN DENGAN HANYA 1K SAHAJA

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sape yang amik ptptn??? Angkat tangan..
Sape yang mak ayah bagi duit belanja tiap2 bulan, tak ambik ptptn... pun angkat tangan..

Aku amik ptptn untuk 6 semester diploma + 5 semester degree.
Aku tolak satu semester degree sebab dapat biasiswa JPA dah masa semester 5.
So hanya sempat buat penolakan ptptn masa semester 6 saja la..
Takpe la..at least aku kurangkan 3.5k pinjaman.. Ye idokkkk...

Suami pulak guna PTPTN untuk 2 semester diploma + 6 semester degree.

Aku ada buat ujrah untuk PTPTN baru-baru ni...

Ni proses aku masa nak isi ujrah :

1. Aku gi kaunter HQ PTPTN di KL sekitar bulan May/June 2015.
Sorang staff lelaki tu cakap kena settlekan at least 50% dari tunggakan kalau nak convert ujrah. Wah..banyak jugak tu kalau nak settlekan 50% dari tunggakan.
Kami hold dulu, masa tu kami dah start bayar 500 sebulan untuk sorang (kami suami isteri) sebab suami dah dapat kerja.


2. Kami continue bayar 500 sebulan selama 4 bulan.
Officemate aku ada gi PTPTN di Giant Kota Damansara, dia cakap boleh convert to ujrah kalau bayar RM1 ribu tak perlu bayar 50% dari tunggakan).. So aku decide nak try g PTPTN Kota Damansara..


3. Kami ke Giant Kota Damansara, staff Puan Adilah memang sangat membantu dan baik,
Senang berurusan dengan dia..


4. Aku bayar RM2 ribu (untuk kami suami isteri) pastu convert ke ujrah 1% dan buat penolakan gaji. RM1 ribu untuk suami. RM1 ribu untuk isteri.. RM1 ribu ni sebenarnya advance payment untuk 3 bulan pembayaran aku la kiranya. RM1 ribu ni bukan upah buat ujrah. Kiranya aku bayar macam RM333.33 sebulan.


5. Puan Adilah syorkan aku bayar RM280 (macam tu lebih kurang) dalam tempoh 15 tahun.
Tapi aku nak pendekkan ke 10 tahun sebanyak RM350 sebulan.
Kalau korang tak mampu, berunding la..
InsyaAllah ptptn akan bantu untuk panjangkan tempoh pembayaran.

6. Suami aku pulak RM261 sebulan selama 10 tahun jugak.
Sama adil dengan suami. Lepas 10 tahun, semua akan habis bayar suami isteri.
Penolakan gaji akan start January 2016 sehinggalah habis tempoh 120 bulan...


Ada yang cakap rugi bayar setiap bulan banyak-banyak...
Baik lanjutkan semaksimum mungkin.
Ada yang lanjutkan tempoh sampai 15 tahun, 20 tahun, 25tahun.
Ada yang sampai pencen.
Ada yang cakap rugi kalau cepat habiskan sebab kalau pembangkang menang pilihanraya kelak, pembangkang akan mansuhkan pembayaran PTPTN...
Takpe la... Anggap je la tu semua pilihan masing-masing.

Aku secepat mungkin nak habiskan pinjaman yang aku ada.
Harap dipermudahkan Ya Allah...

Masa lepas buat pembayaran PTPTN secara bulanan, time tu la ada nampak orang buat sale handbag...
Pastu mulut cepat je cakap "eh..beg ni cantek, eh beg ni murah".
Agaknya perempuan si tuan blog ni masih tak ingat pasal ptptn 10 tahun nak kena bayar tu.

Pssst : RM1 ribu tu bukan sebab upah nak buat ujrah.. RM1 ribu ni sebagai bayaran ptptn selama 3 bulan untuk kita buat ujrah...Ni yang staff tu inform. Kiranya RM1 ribu ni kiranya kita dah bayar PTPTN kita sikit.
Yang ni ramai macam salah paham.. Namun, ada je yang tak mintak RM1 ribu sebab nak mudahkan si peminjam.. Ada sesetengah cawangan PTPTN boleh je tukar ke Ujrah tanpa mintak RM1 ribu..
Oleh kerana time tu aku ada duit, boleh je la...
Kalau takde duit, tersadai la aku kat luar pejabat PTPTN tu...

Lepas2 tu, RM1 ribu tak diperlukan untuk ujrah. Free pun blh buat ujrah. Makin mudah, so cepatla selesaikan ujrah dan habiskan hutang.

Ok. Bye.

15 comments:

  1. hiih, dah tukar ujrah, ms tu tk perlu byr apa2...

    ReplyDelete
  2. info yang bagus, tp akak x de ptptn...belajar sampai stpm je..hehehe

    ReplyDelete
  3. dah tukar ujrah tp xbyr pape...kwn baru ni tukar pun xkena byr...sebb die nego ngan pegawai ptptn tu... katenye ikut budi bicara pegawai

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah dah tukar ujrah juga. tak perlu bayar apa2 timetu sebab takde tunggakan.

    for me, lagi menguntungkan kalau tempoh bayaran pendek.

    ReplyDelete
  5. haah jgn takut org ptptn.boleh je berunding walaupun di state kne bayar 50%

    ReplyDelete
  6. Syukurla blh d pendekkn kan..lya dulu bljr kat iktbn sepang takat diploma jer, nak smbung degree x da rezki lgi.kita x da ptptn bab kn kbs yg tanggung, syukur alhamdulillah klau x memg pinjm pt juga ni jwbnya

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...i dah abis bayar utang ptptn last year. i suka lagi pendekkan tempoh hutang. ye la... kita pun bukan tau bila kita nak 'pergi' kan... lagi cepat abis utang, lagi bagus :-)

    ReplyDelete
  8. Eh yui pnya ujrah artu lepas. Maybe sbb tiap bulan byr kot kan.

    ReplyDelete
  9. Imah tukar ujrah diploma dah lama. Degree je yg baru tukar baru2 ni. Betul hani. Whatever kita buat, hutang mmg kena settle dlu. Sebolehnya mmg xnak hdup berhutang lama2 ni.

    ReplyDelete
  10. Pd Cikna ptptn ni kira hutangkn so mmg patutla cepat2 habiskan pembayarannye... Ade mmbr still berhutang ngan ptptn siap beli kete beli rmh tp xreti bayar ptptn camne tu...

    ReplyDelete
  11. Sally start amik PT masa sem 3..hahaha...alhamdulillah la pinjam sikit je,...harapnya dapat byr awal

    ReplyDelete
  12. yup, enSuami baru je buat smlm..
    kna byr gak, rm1K minima, yg tu je mampu..
    nk byr 50% lg la xmampu..
    tinggal nabilah nye belum buat lg..

    klu bo byr, lg cepat setle, lg senang ahti..

    ReplyDelete
  13. nama pun hutang elo settle cpt2 kan..

    ReplyDelete
  14. pndpt aida la, x rasa ptptn akan dimansuhkan kalau pembgkang naik.
    sebab semua ni ada black & white.
    byr tetap kena byr.
    just may be kurang la.
    sib baik aida abis urusan dgn ptptn. alhmdulillah :)

    ReplyDelete

mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..

XoXo