Persiapan Raya. Untuk diri sendiri atau siapa??

Assalamualaikum... Hai Semua...



Sempat ler belanja orang tua beli barang-barang untuk persiapan raya..
Tahun ni tukar langsir baru.
Last pakai langsir baru adalah tahun 2013 masa aku kawin dulu..
Raya 2013 dengan langsir baru la..
So lepas 3 tahun, mok tukar langsir lagi sebab kali ni adik lelaki aku pulak kawen..

Ehhh..
Bukan sebab kawen je mok aku tukar langsir..
Kalau tiap-tiap tahun, adik beradik aku kawen, botakkkk la kepala duk tukaq langsir baru je...
Seingat aku jarang mak aku tukar langsir baru..



Belanja mak beli alas kaki, sarung kusyen baru dan kekabu untuk mak buat bantal..
Katanya bantal makin tak cukup..
Beli sekali besen untuk rendam langsir lama, beli beg plastik besar untuk mak simpan langsir lama, Beli keropok segera untuk kakak ipar,..

Rumah tengah sepah-sepah sebab tukang jahit baru siap gantung langsir, tapi sibuk jugak nak g shopping untuk mak..



Hari ni gaji.. dari pukul 10 pagi aku duk check online gaji dah masuk belum..
Terdesak kan??


Kul 11 pagi gaji masuk berdesut aku g keluarkan duit pastu g tukar duit raya..
"Sampul raya ada tak?"
"Maaf dik, sampul dah lama habis.. Dari isnin orang dah start tukar duit raya"


Ok. Bye

Jangan ditanya pasal oven lama... Huwarghhh

Assalamualaikum... Hai Semua...

Tahun 2015 beli oven.
Tak sampai setahun, cermin pecah...
Ohhh.. sedih.. Sepecah hatiku..
Hati yang pecah berderai-derai jatuh ke lantai.. Tak boleh kutip balik..

Sedangkan ovennya ok dan berfungsi dengan baik..
Nak hantar ke kilang balik, memang kena bayar mahal jugak sebab kerosakan ni atas kecuaian pengguna sendiri...
Pernah tanya kedai cermin pasal harga cermin, pun mahal dan tauke cermin tu syorkan kami beli yang baru sebab kalau tempah cermin dengan dia pun mahal kerana dia akan order 1pc SAHAJA untuk kami dan dia takdapat harga murah untuk bagi kami..

So decide nak beli baru je la.. Dekat 6 bulan jugak la oven lama takleh guna..
Sedih jangan cakap laa..

Sebab tu raya tahun ni takde buat kuih raya..
Tahun lepas buat awal..

Tahun ni tak sempat la sebab less than 10 hari lagi nak raya..(Alassssaaannn..hehehe)
Weekend terakhir sebelum raya pun, dah terhegeh-hegeh nak buat persiapan lain..

Tup tup Suami hadiahkan oven dan mirowave sekali lepas dia dapat gaji sabtu hari tu.
So Ahad dah beli oven ni.. Beli kat rumah mertua, angkut bawak balik rumah sendiri..






Still minat dengan Oven brand cornell. Harga bawah RM300.
& Microwave amik brand Sharp. Harga bawah RM300.
Sebab ada promosi. Beli di HLK Sitiawan/Manjung.







Microwave kami beli sebab senang nak panaskan lauk &sebarang makanan yang disimpan dalam peti ais.. Dan paling penting boleh difrost. Senang nak nyah bekukan lauk dalam peti in case nak masak cepat.. Ni pun amik yang paling murah..hehehe




Oven 36 L.

Oven lama 35L. Tapi tray dan jaring dia muat jugak untuk oven baru ni so leh guna sekali..


Psst : Nak buatkan baju untuk oven dan microwave ni kalau rajin.. Tapi, rajin ke??? kekekehhh..

Ok. Bye
XoXO

Shopping di IKEA Damansara

Assalamualaikum... Hai Semua...


Bulan February hari tu aku ada dapat IKEA Gift Card .
Take time jugak nak ke IKEA memandangkan jarang jugak kami suami isteri keluar kalau weekend.

Sebelum ni ada ke IKEA tapi just survey2 je time tu sebab tak boleh nak shopping time tu sebab tak naik kereta masa g IKEA.
Tup-tup, plan Allah tu lagi indah...

Selasa (one day before Nuzul Quran), suami aku ada majlis berbuka puasa di office dia.
Oleh kerana kami naik kereta sama ke tempat kerja, makanya aku kena tunggu dia habis majlis la..
So, aku buat plan nak berbuka kat luar dengan officemate aku..
Sambil-sambil belanja dia satu set cermin di Ikea..

Ehhhh.. ingatkan dia takde nak beli banyak barang..
Rupanya...
Amboihhh.. sakan jugak dia shopping.




Tadaaaa..
Mula asalnya taknak bawak trolli.
Ntah apa yang aku pikir..
Agaknya aku ingat barang2 ni ringan..
Pastu mula la risik-risik troli kalau ada yang tersadai sekitar tu...
Huhuhuhu




Lepas beratur dekat sejam..
Finally my turn..
Total RM270..
Mungkin sebab nak raya, ramai betul orang..


Selingan : Bunga telur my DIY untuk majlis kawen adik.



Dah balik rumah, tak dapat nak install semua benda alah IKEA sebab drill dah takde.. 
Sebelum ni pinjam kat kawan suami,
Tapi sekarang kawan suami tengah guna dan tak boleh pinjam.. 
Nak beli memang takde modal lagi la buat masa terdekat ni.. 

So, tunggu la bila nak gantung semua barang ikea tuu..


Ok. Bye
XoXO

Shopping Baju Raya untuk adik dan mak

Assalamualaikum... Hai Semua...


Baju raya dah ada sepasang sorang yang adik perempuan aku jahitkan..
Tapi dah namanya napsuuuu wanita kan,,,,, haruslah ada berpasang-pasang baju raya..
Kalau tak, tak sakan la raya ini tahun... Hihihi...

Sebelum puasa hari tu, aku dah beli sepasang jubah untuk kegunaan harian...
Aku pakai selesa so aku nak belikan sekali untuk adik-adik aku dan mak aku sekali..
So pergi la cari jubah di Giant Kota Damansara.


RM 79
Cantek sangat yang warna purple tu.
Tapi tak beli sebab dah banyak sangat warna purple.



Bila sorang anak takde sebab belajar kat Johor,  makanya duk whattsap gambar la..
Tunjuk design baju dan warna.






Sejak adik perempuan aku amik kursus jahitan ni, senang sikit la nak alter baju...,
Nak potong jubah mintak dia buatkan je.
Ye laaa kite ni kan ayam katek... Ayam serama gitu..


Ok. Bye
XoXO

Habiskan masa dengan Famil memang best

Assalamualaikum... Hai Semua...


Masa konvo itu hari, luangkan masa sekali jalan-jalan dengan family ke rumah besan mak kat Kajang,..
Pastu melencong ke taman di putrajaya..
Takde la naik belon panas bagai tu..
Duit semua tuuu..hehehe




Di rumah besan mak..
Adik-adik aku ni gilakan taman kat rumah besan mak ni..
Taman banyak pokok dan hiasan..
Kena pulak dengan anak saudara cilik sorang tu~Aisyah..
Tengah banyak mulut cerita pasal kolam fishhhhhh Tok Wan dia ni..




Eh...
Adik bongsu ni bila membesar ye?
Rasanya macam baru semalam berperang dengan dia pakaikan pampers..



Sepupu
Aisyah dan Sara...
Kamcing betul ni...




Petang time redup sempat lar ke Taman di Putrajaya
Kalau dah dalam gambar terkejar2 tu maknanya kat luar lagi teruk laa..
Huhuhuhu..
Tak boleh lalai langsung sekarang..



Cucu-cucu nenek


Sempat ke kenduri saudara kat Shah Alam



Dan ke Kenduri Ofismate Suami,
Aku dah sama besar dengan anak2 kawan suami aku..


Urmmm..semoga family kita semua sentiasa dalam kerahmatan Allah.
Selamat Pengantin Baru ..


Ok. Bye

Konvokesyen Adik Perempuan

Assalamualaikum... Hai Semua...


Throwback..
Konvokesyen sebelum puasa hari tu..

First time ada adik beradik aku yang konvo di PICC Putrajaya ni.
Selama ni semua konvo kat Universiti/Politeknik masing-masing,.
So merasa la jejak kaki ke sana tu..

Adik aku amik kursus Menjahit Baju Wanita di IKBN Terengganu ni.
Alhamdulillah dah habis sijil.
Sekarang Final Sem Diploma..
Harap dia boleh sambung lagi sebab ni peluang dia nak berdikari..

Siap bawak bekal makan kat PICC.
Kak Ipar aku bekalkan nasi goreng dan ayam...




tahniah untuk adik perempuan i ni..
Eh..
Cantek baju awak..


Psst : Semoga sentiasa dipermudahkan segalanya..

Ok. Bye
XoXO

Resepi : Sagu Merah Gula Melaka + Susu Cair

Assalamualaikum... Hai Semua...


Puasa ni...
Tekak teringin nak makan sagu merah tu.
Kuih lembek - lembek macam ni memang jadi kegemaran aku..
Kalau kuih sagu tu memang juara la kat hati aku...huhuhu..


Bahan :

1. Sagu
2. Air
3. Nisan (Gula Melaka)
4. Daun pandan.
5. Susu Cair
6. Pewarna merah (aku guna sirap je..wangi..)

Cara - cara :

Sagu Merah
1. rendam sagu dalam setengah jam.
2. boilkan air dalam periuk, bila gelegak masukkan sagu & perwarna sirap.
3. kacau selalu sehingga sagu jadi jernih (dah tak nampak putih2)
4. Dah siap aku tapis dan lalukan bawah paip. (buang kanji). Kalau taknak tapis pun boleh. Terus sejukkan dalam bekas jer.

Gula Melaka.
1. Panaskan air + daun pandan + Gula Merah.
2. Panaskan sehingga mendidih.
3. Ada yang masukkan gula sikit untuk pekatkan lagi. Lagi manis laa..Pandai2 ejas manis
3. Tapis (untuk buang kotoran kalau ada). Biasanya ada je habuk2 dalam gula melaka.

Cara penyediaan.
1. Aku guna bekas kecik (jelly kelapa tu).
2. Masukkan gula melaka dalam tu.
3. Masukkan sagu sehingga paras yang dikehendaki.
4. Ada orang terus masukkan susu then sejukkan dalam peti.
5. Tapi aku sejukkan je tanpa letak susu. Nak makan baru letak susu (susu cair ye..susu ni aku letak dalam peti so sejuk jugak la)
6. Boleh makan.


Rendam sagu masa kat opis..
Balik boleh terus masak sagu ni
Dapat dalam 12bekas kecik (bekas jelly kelapa)

Tadaaa


Kalau beli ni dalam RM1.50 - RM2.00.
Boleh la kalau setakat nak makan tekak sendiri..


Ok. Bye

Resepi : Ketam Telur Masin Bersusu (Mudah ye)

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dah lama nak buat ketam telur masin.
Weekend hari tu baru try..

Sedap.

Ni resepi untuk rujukan sendiri (suami isteri ni..hehehe)

Bahan :

1. Ketam 2-3 ekor.
2. Susu cair sikit
3. Telur masin yang dah direbus dan dihancurkan..(1 biji)
4. Bawang merah dan bawang putih (dihiris/dimayang)
5. daun kari 3 tangkai.
6. Serbuk kunyit untuk menggoreng.
7. Cili padi 4 bijik

Cara :

1. Lumurkan kunyit pada ketam dan gorengkan. (tak payah letak garam sebab telur masin nanti masin, lagipun isi ketam pun dah masin sebenarnya)
2. Angkat ketam.
3. Dalam kuali lain masukkan butter, dan tumis semua bawang, cili padi dan masukkan daun kari.
4. Masak garing pastu letakkan telur masin + ketam dan susu cair. Susu agak2 la nak letak banyak mana..
5. Gaul sekejap. Siap

Mudah je kan..
Ni ketam yang balance..Huhuhu..


Ok. Bye