Resepi : Sagu Merah Gula Melaka + Susu Cair

Assalamualaikum... Hai Semua...


Puasa ni...
Tekak teringin nak makan sagu merah tu.
Kuih lembek - lembek macam ni memang jadi kegemaran aku..
Kalau kuih sagu tu memang juara la kat hati aku...huhuhu..


Bahan :

1. Sagu
2. Air
3. Nisan (Gula Melaka)
4. Daun pandan.
5. Susu Cair
6. Pewarna merah (aku guna sirap je..wangi..)

Cara - cara :

Sagu Merah
1. rendam sagu dalam setengah jam.
2. boilkan air dalam periuk, bila gelegak masukkan sagu & perwarna sirap.
3. kacau selalu sehingga sagu jadi jernih (dah tak nampak putih2)
4. Dah siap aku tapis dan lalukan bawah paip. (buang kanji). Kalau taknak tapis pun boleh. Terus sejukkan dalam bekas jer.

Gula Melaka.
1. Panaskan air + daun pandan + Gula Merah.
2. Panaskan sehingga mendidih.
3. Ada yang masukkan gula sikit untuk pekatkan lagi. Lagi manis laa..Pandai2 ejas manis
3. Tapis (untuk buang kotoran kalau ada). Biasanya ada je habuk2 dalam gula melaka.

Cara penyediaan.
1. Aku guna bekas kecik (jelly kelapa tu).
2. Masukkan gula melaka dalam tu.
3. Masukkan sagu sehingga paras yang dikehendaki.
4. Ada orang terus masukkan susu then sejukkan dalam peti.
5. Tapi aku sejukkan je tanpa letak susu. Nak makan baru letak susu (susu cair ye..susu ni aku letak dalam peti so sejuk jugak la)
6. Boleh makan.


Rendam sagu masa kat opis..
Balik boleh terus masak sagu ni
Dapat dalam 12bekas kecik (bekas jelly kelapa)

Tadaaa


Kalau beli ni dalam RM1.50 - RM2.00.
Boleh la kalau setakat nak makan tekak sendiri..


Ok. Bye

7 comments:

  1. Sedapnya..manisan begini sesuai sangat untuk bulan puasa ni :)

    ReplyDelete
  2. menarik ..rasa mcm cendol pun ada kan

    ReplyDelete
  3. :(

    saye dah try buat malam semalam ikot resepi kat fb..

    tapi sagu jadi lembik plak...jadi macam memekatkan air lak...alahai..

    tak jadi terus sagu gula melaka..

    maksudnye sagu tu kene rendam dulu ke ape...

    ReplyDelete
  4. sedapnyer...nk try buat laa wiken ni.
    errr..tapi nisan tu ape eh? keta nissan ke? (okeh siyes mmg tatau. sila laa explain yer cik hani..)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, pada sesiapa yang ada gula kencing manis tinggi bacaan 10 hingga

    20 ke atas


    Sukar kawal gula wlaupun dah cuba pelbagai petua dan herba


    Jangan biarkan keadaan semakin serius!

    saya ada herba herba khusus untuk turunkan gula dengan cepat.

    Selamat, tanpa bahan kimia berbahaya.

    tiada rasa pahit dan rasa tawar saja

    bila makan tidak menyebabkan angin atau sakit urat.

    Melegakan sakit saraf akibat kncing manis dan sembuh kan luka Kembali

    Jika ada masalah slip diks sakit dah bertahun tahun dan tidak sembuh2 walau pelbagai

    cara dah cuba…Insya Allah kita rawatkan sampai baik




    Hubungi/WhatsApp:
    Mohd Zuhairi Bin Noordin
    017-468 7570

    Insya-Allah, gula turun elok balik

    ReplyDelete

mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..

XoXo