Aku memang suka intai IG Danish Harraz (Baker kecik)
Danish ni baru sekolah rendah tapi dah niaga hasil baking dan cookies dia..
Ada video sekali dia sharekan. Tu yang senang nak follow.
Aku save kat entry ni sebab senang nak refer untuk next time!
Kuih ni paling mudah dan tak perlu di bake tapi paling sedap, No Bake Crunchy Almond Clusters.
Tak perlu letak dalam papercup, terus sudukan atas tray ikut saiz yang dimahukan, masukkan dalam petisejuk untuk cepatkan proses chocolate keras. Bila sudah keras, pindahkan kedalam bekas kedap untuk disimpan. Senang dan jimat!
CRUNCHY ALMOND CLUSTERS
#ResipiDanishHarraz
BAHAN-BAHANNYA:-
(Boleh di double tripple kan adunan)
500 grams Slivered Almonds
500 grams Dark Baking Chocolate (Jangan guna Milk chocolate unless memang suka manis. Lebih berkualiti dark chocolate yg digunakan akan lebih sedap hasilnya dan tidak manis!)
Sedikit Sea Salts, Colourful Sprinkles dan lain-lain deco yang menarik untuk dijadikan hiasan (optional)
TIPS & CARA TAMBAHAN:-
Almond perlu di panggang atau digoreng tanpa minyak terlebih dahulu. Ikut suhu oven masing-masing ya.
Boleh juga guna Kekacang lain. Step sama.
Jangan guna Choc Chips, tak sesuai. Guna Choc Compound. Boleh guna Premium Dark Baking Chocolate untuk yg mahukan rasa chocolate lebih premium, sedap dan pure tapi untuk tutorial ini guna Beryl's Dark Compound, supaya semua pun boleh mencuba dan hasilnya not bad. Jadi ikut budget masing-masing ya.
Bila chocolate sudah dicairkan, terus masukkan almond, untuk menghalang chocolate mengeras terlalu cepat sebelum sempat siap kita scoop semuanya kedalam baking tray.
Sejukkan Almond Clusters didalam peti sejuk untuk hasil yg lebih cepat.
Susun dalam bekas kedap udara dan disimpan dalam peti sejuk. Boleh biarkan diluar tapi dalam suhu bilik dan tidak panas.
UNTUK CRANBERRIES ALMOND CLUSTERS:-
1 cawan Dried Cranberries dicincang (simpan sedikit utk topping) digaulkan bersama Almonds & Coklat Cair. Step sama. Kemudian sprinkle sedikit Cranberry cincang keatasnya sebagai topping (Boleh juga guna Raisins)
CRUNCHY NUT CLUSTER
Oleh kerana Almond mahal sangat, boleh gunakan Kacang Tanah tanpa kulit.
Resepi dan caranya sama seperti tutorial macam yang ALMOND CLUSTERS
Untuk Peanut Clusters ini, guna 600 grams Kacang Tanah digaul dengan 500 Grams Dark Chocolate yang telah dicairkan. Boleh sprinkle dengan Sea Salt, Sprinkles berwarna atau dibiarkan begitu sahaja.
Sources :
https://www.instagram.com/p/BvyOuXYAbWj/
Boleh try hashtag ni :
#crunchyalmondclustersdh
Psst : Selamat mencuba untuk aku! dan untuk semua.
Ok. Bye
No comments:
Post a Comment
mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..
XoXo