Singgah rumah abang sulung di PutraJaya

Assalamualaikum... Hai Semua...


Selepas balik dari Trip ke Janda Baik, kami amik peluang ke putrajaya sementara kami boleh keluar jalan-jalan minggu ni. Kalau tak, memang weekend memerap je kami kat rumah dengan MIL FIL.

So singgah ke PutraJaya melawat abang sulung aku dan isteri dia yang baru balik hospital. Last week mereka gilir-gilir masuk hospital. Aisyah anak sedara aku ni seronok la kalau pakcik, makcik dia datang. Ada orang melayan dia main. Anak tunggal, boleh bayang sunyi dia macamane kan.

Aisyah dan Sahibba game dia

Terus dia ajak main Sahibba dengan dia. Main jual aiskrim la..Main masak-masak la..  Masa aku datang dia tengah sibuk siapkan kerja sekolah dia. Next week kan dah buka sekolah. No more main-main kat rumah ye!.

Sebelum balik aku mintak anak pokok pandan dari abang aku. Dia bagi beberapa anak pokok. Siap dapat anak pokok kari (last time tanam anak pokok kari mati, hehehe). Aku rembat jugak daun limau purut untuk stok. Dapat jugak seplastik pucuk ubi muda.

Habuan g rumah abang sulung

Balik rumah terus uruskan MIL FIL, kak ipar (kakak kepada suami) yang datang seminggu lepas dah balik rumah dia tengahari tu. Nasib baik dia masak untuk lunch siap-siap. Kami sampai pukul 6.30pm, bagi MIL FIL makan, tukarkan pampers FIL. Penatnya malam tu, aku takde nak urus beg-beg yang baru balik trip ni. Malam tu aku tidur nyenyak betul penangan mandi sungai kot! Hehehehe..

Bangun pagi, suami dah siap goreng ayam dan celur pucuk ubi. Tinggal untuk aku siapkan masak lauk sayur lemak pucuk ubi. Aku sambung siapkan kerja kat dapur dan prepare hidangkan lauk siap - siap untuk MIL FIL lunch nanti. Biar MIL senang nak ambik makanan nanti bila kami takde bila dah g kerja. While suami tukarkan cadar dan pampers FIL. Then mandi terus g kerja. 

So bekal saya hari pertama keje lepas trip.


Psst : Minggu ni rasa malas betul nak masak pagi-pagi, tapi aku paksakan diri jugak.

Ok. Bye
XoXO

12 comments:

  1. rajinnya masak2 pagi2.good good,mmg kdg mls tp kalau saya mmg paksa diri.huhu

    ReplyDelete
  2. semoga Aisyah dapat adik, kesian dia sorang-sorang...Alhamdulillah, suami tolong2 masak..

    ReplyDelete
  3. dah lama tak bawa bekal pegi kerja.

    ReplyDelete
  4. Teringat masa Akak baru anak sorang, dia pun mcm Aisyah.. main sensorang sampaikan jiran Akak menggesa dptkan adik. Haha..

    Bestnya bleh tanam pandan.. masukkan dlm kari sedap.. mcm Sugu Pavithra.

    ReplyDelete
  5. aku pon kadang2 mari rs malas nk masak pagi2..
    5am dh kene bangun oi.. tp gagahkan diri jgk demi sesuap nasik..
    haha..

    ReplyDelete
  6. Bagus nya awak jaga fil n mil... Besar ganjaran pahala awak

    ReplyDelete
  7. hehehe banyak di bawak balik kan, tapi dah ada tu baik lah mintak kan hehehe....
    rajin betul hani, moga hani dan suami diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan di beri ganjaran yang besar dok jaga mil dan fil yang tak sihat

    ReplyDelete
  8. banyak jugak habuannya tu...alhamdulillah...

    ReplyDelete
  9. balik bercuti memang penat. penat travel kot kan. rezeki tu dapat macam-macam daun buat masak.

    ReplyDelete
  10. Rezeki tak kemana. Bab masak tu kadang2 tak tahu nk masak apa

    ReplyDelete

mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..

XoXo