DIY : Round Rug daripada kain seluar jeans

Assalamualaikum... Hai Semua...


Nak share aktiviti DIY aku bulan lepas.
Aku ada banyak seluar jeans suami aku yang tak guna.
Ada dekat 9-10 helai.
Ala.. semua bundle je pun beli sebelum ni.
Kalau ada yang beli baru pun just 1-2pasang je, selebihnya semua seluar bundle.
Ada yang dah ketat.
Ada yang terkena klorok.
Ada yang kotor kena cat.
Ada yang koyak.
Dulu aku plan nak jadikan alas kaki je depan bilik air, atau jadikan kain buruk.

Pastu plan nak buat rug.
Lama plan.
Tak buat-buat.

Seminggu jugak wei nak siapkan benda alah ni.
Sakit tangan wei, duk potong kain seluar jeans (gunting kami tumpul)
Ni hasil keje 70% aku, 30% suami.
Aku kerah jugak dia tolong sikit2. hehe


Bahan :
1. Aku guna sekitar 9 helai jeans suami (saiz 36-38)
2. Kain hitam untuk lapik bawah rug.
3. Gam pistol untuk lekatkan rug/cantumkan rug.
4. Benang & jarum untuk jahit kain hitam bawah rug tu.


Dapat rug round diameter sekitar 43 inci / 110cm
Besar jugak





Benda alah ni kalau kotor, memang kena basuh guna tangan je.
Tak leh masukkan dalam mesin basuh sebab nanti dia berbulu.

Cara buat :
1. Potong jeans jadikan potongan kain panjang.
2. Jalin 3helai potongan kain buat mcm ikatan rambut (boleh tgk youtube)
3. Sambung kain guna jahitan.
4. Lepas siap jalin kain semua, boleh la gamkan atas kain.
5. Gamkan jadikan bulatan.
5. Lepas settle semua, potong kain bawah tu jadikan bulatan.

Tak sangka plak menjadi jugak plan nak buat rug ni.
Sebab kalau ikutkan malas, memang jeans tu aku jadikan kain buruk lap kaki je. Huhuhu.

Buat bentuk bulat lagi mudah ye,
Sebab try nak buat bentuk petak, tapi tak menjadi.

Banyak je DIY gini dalam youtube/pinterest.
Aku pun tengok2 idea kat sana jugak.

P/s : Buat akak2, adik2 yang tanya mana aku beli alas kaki ni... 
Maaf.. Saya DIY sndiri je.
Bukan beli kat kedai..
Jual? Memang takde nak buat kot, sebab kalau letak dengan harga kudrat, takut jadi mahal plak. Better cari kat shoppee je. InsyaAllah lagi berkualiti..

Ok. Bye
XoXO

Kerusi lama di beri nafas baru.

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kata orang benda sendu di beri nafas baru.
Itulah boleh diumpamakan dengan kerusi ni.
Kerusi ni kami ambik dari kampung suami.
Mak mentua nak buang sebab kena banjir tahun 2014 dulu, pastu dah buruk.
Kerusi pun ada yang dah goyang.

So, suami cadangkan bawak la kerusi ni ke rumah kami.
As kenang-kenangan.
Sebab ni kerusi parents dia guna masa kat kampung dulu.
Arwah bapak selalu duk melepak kat luar beranda duduk atas kerusi ni dulu.

So, bermula la:

-SEBELUM-
Kerusi ni banyak lumpur kat bahagian bawah sebab bekas ditenggelami banjir


-SELEPAS-
Tadaa..

Aku cuci dulu kerusi ni.
Pastu lepas kering, aku varnis 2x (varnis-keringkan-varnis)
Beli sarung kusyen kat shoppee.
Kusyen dia ada 2 saiz.
Nak amik yang besar - tak muat
Amik yang kecik - agak kecik sedikit (tak suit-tapi ok je)
Kalau nak elok. kena tempah saiz yang tepat kat kedai kusyen.

Plan nak sarung warna coklat, warna2 earth/natural gitu.
Tapi takde, so aku amik warna cream.
Eh, termatching plak dengan sarung throw pillow aku dari kedai Eco RM2.10 tu.





Modal hanyalah kos cat varnis, kusyen & sarung kusyen.

Psst : Aku suka kerusi macam ni, Lawa ala-ala scandinavian style/nordic style.
Btw, rumah aku takde tema pun. Tema tangkap muat je.


Ok. Bye
XoXO

Repair atap bocor

Assalamualaikum... Hai Semua...
 

KWSP 10 ribu aku sememangnya guna untuk tambah baik rumah.
Bukan untuk mendeko sangat.
Tetapi untuk tambahbaik/repair benda yang rosak dan memudaratkan rumah aku dan penghuni dia.

Rumah second hand aku duduk dah 7 tahun lebih.
Owner lama duduk dah lama.
Penyewa sebelum ini pun duduk dah lama.
Aku rasa rumah ni dah 15tahun-20 tahun dah kot.

Tapi Duit 10ribu KWSP tu bukan la aku guna semua.
Buat bumbung ni habis sekitar RM 4ribu je.
Agak mahal, tapi aku panggil specialist buat.
Tak jumpa tukang2 biasa, atau orang indonesia/bangladesh yang buat repair bumbung.
Takut tak jumpa yang berkualiti dan takut takde warranty.
Yang ni warranty setahun.
Kalau jadi apa2 pun, senang dan tahu nak g cari kat mana.

Kami buat dengan specialist :

https://www.facebook.com/RoofPaintSpecialists


Dah lama sabar. bumbung kat dapur bocor teruk.
Pastu airnya menitis laju dan meleleh betul2 atas mentol lampu kalimantang kat dapur tu.
Bahaya wei.
Takut aku ada lintas pintas.
Tiap kali hujan lebat, memang tiris/ bocor.
Aku susun 3 besen kat lantai sebab dia meleleh pergi kat 2,3 tempat sekitar ceiling dapur.
Kat ruang tamu ada 2,3 tempat yang ada water stain.
Tu semua sebab bocor cuma air tak meleleh, just water stain je.
Dulu ingatkan air kencing binatang dalam bumbung, tapi bila check takde bau dan najis kat dalam ceiling.
Dalam bilik tengah pun ada water stain.

Ni dapat duit KWSP, aku buat la.
Kang makin lama, makin memudaratkan plak.
Takut lantai laminate floor dan almari rosak.
Tu pun ada laminate yang dah kembang sedikit, sebab kalau hujan masa aku kerja, memang balik keja baru aku lap.

Tadaaaa...










Nampak macam baru kan?
Padahal dia cuci, Bukak perabung... Lapik water proofing
Tampal genting bocor... Tukar genting yg pecah (kalau sedikit, kalau banyak akan ada additional cost), ... Cat water proofing... Cat bumbung... Tukar papan manis...Dan susun semula genting bagi selari.

Aku buat untuk atap genting rumah binaan asal sahaja.
Awning bocor aku tak buat. Tapi alhamdulillah, pekerja dia tolong repair bocor dengan apply silicon free of charge kat atap awning aku. Ada 2,3 tempat bocor, dia tolong letak silikon.

Semoga tak bocor lagi.


Kami pilih warna 'Peacock Pride"
Ada banyak kumpulan warna.
Biru-merah-hijau-oren2


Ni gambar sebelum.
Gambar rumah masa diiklankan dulu.

Dengan duit KWSP aku gunakan untuk :

1. Tukar tingkap baru di bilik tengah
2. Repair atap keseluruhan rumah asal kecuali awning (awning bocor, dorang tolong silikon kn aje)

Tingkap dan atap ni semua aku repair sebab masuk air hujan.


Ok. Bye
XoXO

Settle Vaksin Covid 19.

Assalamualaikum... Hai Semua...


Hey...korang geng mana?
Aku Pfizer.
Team Rumah aku, semua Pfizer.
Aku-Suami-Mak Mentua.

Team family Terengganu aku, bercampur2 dapat.

25 July 2021    - 1st dose
15 Aug 2021    - 2nd dose

Lepas vaksin, alhamdulillah sihat-sihat sahaja.
Takde demam, takde pening2.

Just lenguh2 lengan yang di cucuk tu je sekitar 1-2 hari.
Lepas tu ok.

Suami makan panadol pintas takut demam.
Aku takde telan panadol.

Alhamdulillah, dapat date sama dengan suami. 
So, pegi sekali je la.
Konon nak pakai baju raya, eh takleh plak nak selak lengan untuk suntik nanti.
So, aku pakai cardigen je la.




Done Vaksin Pertama




Done vaksin kedua



Masa Vaksin kali pertama, risau dan berdebar2 jugak la sebab risau akan demam, alhamdulillah ok. 
So vaksin kedua kita chill dan cool je la.


Family aku semua dah vaksin.
Semoga cepat berlalu covid, dan kita semua dapat berjumpa semula.


Semoga selamat semuanya.
Mintak dijauhkan dari segala penyakit.


Ok. Bye
XoXO

Purse Baru Surprise

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dalam kereta hari tu, duk la bercakap dengan suami pasal beg duit aku yang dah uzur.
Suami kata dia nak je beli untuk aku, tapi takut aku tak berkenang plak.
(Yealaa.. Laki aku ni tahu bini dia perangai banyak songeh, kalau memilih nk beli barang serba serbi nak memenuhi citarasa, hehehe)
So, aku kata beli je yang design sama macam beg duit aku ni.
Tapi oleh kerana memang selalu duk sembang kosong sambil gurau2, makanya aku takde la pikir apa2..

One day parcel datang kat rumah.
Suami yang kebetulan kat luar rumah amik parcel dan bagi kat aku.
Time tu ada tukang tengah pasang tingkap baru & ada orang servis ekon kat rumah, so suami suruh la tolong dia aku amik gambar parcel & buka sebab dia bizi dengan tukang.

Aku pun buka la.
Typical bini -bini yang selalu nak tahu suami beli apa ni kat shoppee.. Hehehe
Muka tak malu kan...
Arghhh.. peduli hape..

Masa buka, baru tahu wah.. dia beli Purse untuk aku..

Masalahnya Purse dia lawa weh.
Siap ada pengantung kunci dia beli sekali.
Pastu ada nama & kad.





Kotak Purse dan Kotak Penggantung kunci

Suami aku kata tak sangka lawa purse dia.
Dia tak nampak sparkling2 shining border lace tepi purse tu.
Ingatkan just purse biru gitu je.

Order sekali Penggantung kunci siap ada tulisan nama.


Tak jadi nak gantung kunci, aku gantungkan kat purse aje.
Sebab lawa norrrrr...

Dalam dia macam ni aje

Alhamdulillah, lama jugak purse ni berkhidmat untuk aku.
Takde hobi2 tukar2 purse.
Beli purse bila purse rosak aje.


Terima Kasih la ye..

Bytheway, Besday bulan September tetap nak hadiah lagi ye Encik Suami..

Pssst : Aku jenis apa aku nak suami beli, aku bagitahu je. Jenis terus terang aku nak apa. Biar pun tak surprise sebab dah tahu barang apa, tapi atleast takde la suami terbeli barang yang kita tak perlu.


Ok. Bye
XoXo

Covid is Real

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dulu covid kita rasa serang orang2 yang kita tak kenal.
Lately kena kat orang yang dekat-dekat je dengan kita.
Sahabat la..
Ayah kepada kawan kita la..
Artis yang kita kenal di TV la.
Ustaz yang selalu kita dengar dia ceramah la.
Ibu mengandung yang kita kenal la..

Sejak May, memang aku WFH sahaja.
Pastu kalau bawa MIL g dressing kaki ke klinik, aku pun tak join (lagi la sebab PKP kan).
Pasar pun memang suami je la yang pegi.
Suami plak ada je kena g keje bila dipanggil.
Aku jarang sekali keluar.
Kalau berhajat sangat, baru keluar.
Selangor ni nama je PKP, tapi kes tinggi ribu-ribu, lebih dari PKPD ni.
Bila check kes radius 1km dari tempat aku, kesnya cecah 400lebih. 
Mak ai...

Hati plak membuak-buak perasaan rindunya kat adik beradik.
Kat parents kat kampung.
Rasa ruginya masa berlalu tanpa aku boleh balik jenguk orang tua.
Ruginya rasa.

Sedihnya kan.
Buka sekolah nanti, andai kata cikgu tanya "sape sini orangtua dia dah takde?"
Aku rasa ramai.
Kalau dulu, mungkin seorang dua je yang yatim. Sekarang, ramai yang menjadi yatim ekoran covid.

Psst : Al fatihah untuk semua yang telah meninggalkan kita sebab wabak covid ni. Semoga Allah kuatkan semangat kita semua.
Semoga cepat covid lenyap dari dunia ini..

Ok. Bye
XoXO

Shoppee Haul : Beli barang untuk rumah

Assalamualaikum... Hai Semua...


Perempuan ni, dapat beli barang rumah memang senyumnya melebar.
Tido pun dalam senyuman.. Hehehe


Dah lama duk usha2, akhirnya beli: 



Set mangkuk hidangan.
Ni bukan untuk tetamu pun, tetapi untuk kegunaan harian aku
Sebab takde mangkuk macam ni,
Senang nak isi lauk, ada penutup.
Pesyen aku, masak lunch untuk dinner sekali, atau untuk ulang2 makan lagi.
So senang, letak dalam ni, ada penutup terus tak payah guna tudung saji.
RM70 macam tu.

Oleh kerana kedai banyak tak buka, aku order hot glue gam stick dan pistol dia sekali.
Amik mask extention sekali.
Ni untuk project Alas kaki DIY aku yang tergendala sebab gam ni dah habis.


Beli sarung kusyen kerusi kayu.
Pilih je warna yang available.


Beli kusyen untuk kerusi kayu.
Sarung ni dijual dalam Set terus (untuk 6-7 kerusi)
Sedangkan kerusi kami cuma 3 sahaja.



Aku beli sekali alas kaki depan bilik air.
Lama dah cari saiz yang aku nak, bila jumpa memang terus beli la walaupun harga dia bagi aku agak sedikit mahal/lebih bajet
Saiznya : 60 X 200 cm
Harga dalam RM46
Muat2 cover depan dua bilik air ni so puas hati sangat.




Seagrass hari tu beli masa sale 7.7 


Tiba2 Encik Suami senyap takde membeli barang, rupanya duit dah surut dalam bank dia. hehe

Ok. Bye
XoXO

Progress Luka Kencing Manis

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dah 3 tahun ulang alik g klinik dressing kaki MIL (mother in law).
Sekarang selang 2 hari sekali pegi cuci kaki.
Musim PKP ni suami masih kerja, cumanya boleh pergi lewat sikit, so ada masa la setiap dua hari nak pergi cuci kaki.

Bulan July hari tu, MIL cakap kaki dia denyut-denyut.
Aku ingatkan sebab memang kebiasaaan dia terasa kebas la, denyut2 la, sakit2 la..
Tak tentu kadang2 sebab salah makan la, kadang2 sakit2 tak tahu sebab ape..
Masa tu suami cuci kaki setiap hari di rumah.
G klinik sekitar seminggu sekali.
Ataupun seminggu dua kali.

Esoknya suami bawak g klinik.
Rupanya kat luka dia ada nanah sikit dan berlubang bawah kulit.
Means kita nampak kulit elok sekeliling luka. Rupanya bawah kulit tu ada nanah dan berlubang.
Siap boleh sumbat kain kasa doktor.

Doktor cuci dan buang nanah.
Sejak tu, doktor syorkan pegi klinik 2hari sekali.

Progress luka :


24 July 2021

24 July 2021

Yang terbaru progress :

5 August 2021
Nanah dah takde lagi.
Luka elok.
Daging merah maksud ada pergerakan darah.


Sekarang dah start makan ubat tradisional.
3tahun tak pernah campur2 ubat lain selain rawatan klinik.
Kali ni MIL nak try makan ubat tradisional yang beli dari anak sedara dia.
Katanya ada orang luka, kucing luka pun, makan ubat tu luka jadi kering.
So MIL nak try.
Kami ok je la. Takde masalah.

Doktor pun tahu lambat luka nak sembuh, usia dah 70an kan.
Kadar pertumbuhan daging baru lambat.

Alahai, MIL cakap kaki dia dah 3 tahun tak mandi.
Yela.. Berbalut je kan.. 
Eh tak. cuci dressing tu kira mandikan kaki la kan. Hahaha...


Ok. Bye
XoXO

Rumah Kesayangan : Akhirnya tukar jugak tingkap baru di Bilik Tengah

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dah 7 tahun duduk rumah ni..
7 tahun la duduk dalam keadaan berjejel air hujan kalau tempias.
Dengan frame dah reput.
Pastu kalau hujan kuat hentam atap bilik air, pastu tempias kena bilik tidur aku.
Sebab tingkap rendah dan dekat dengan atap bilik air.

Alhamdulillah, dapat duit KWSP, aku buat tingkap baru.

Kos cuma sekitar RM1400 (dapat tingkap dgn frame, grill, ekzos fan, wet work material & labour)
Kerja cuma 2hari saje.
PKP ni ramai takde keje. 
So, suami panggil kawan dia buat keje ni.
Dapat la upah 600 untuk 2 orang.
(Walaupun PKP, oleh kerana kerja agak urgent sebab air meleleh je bila hujan, so kami proceed buat jugak)

Kos :
1. Tingkap RM 220. 
2. Ekzos Fan 12 inci RM 80
3. Wet work material : RM 165
4. Upah gaji pekerja : RM 600
(bermasuk wiring baru untuk ekzos fan, alih plug ekon, tambah plug baru)
5. Grill : RM 300 (grill lama, welding jadikan saiz tingkap baru)
Total : RM 1365(tak termasuk cat)

Terlebih bajet. Sebab bajet dalam RM1000. Terlebih budget sebab ada add on ekzos fan, buat wiring jugak & grill tingkap pun dah ubahsuai sikit.

Cat kami guna cat sedia ada sikit. Pastu beli cat tong besar untuk cat area lain jugak.

Alhamdulillah. 
Siap jugak 
Photo : sebelum siap touch up cat

Tingkap lama.
Besar dan luas.
Sebab tempias air meleleh jatuh ke dalam bilik air, makanya aku tutup dengan plastik sampah.
Huhuhu

Idea sebelum add on ekzos fan


Kerja - kerja yang berjalan :

Kami guna bata merah sebab cuma mahal seposen dari bata biasa.
Amik je la..

Lepas skim

Sessi cat oleh suami sendiri

Alhamdulillah. Siap jugak


Grille ni guna grill lama dan ada add on sikit besi baru.
Sebab adjust buat grill yang boleh buka.
Boleh naik atas ni untuk kerja service compressor aircond, kerja2 tangki air.
Upah kawan suami yang buatkan.

"Grille ko berat dan kuat la besinya, grille lama memang berkualiti, grille sekarang xsekuat dan tebal gini" - kata tukang welding.

Diakui banyak benda sekarang dah tak bape berkualiti.
Orang tengah service aircond time tu pun bersetuju.
Wayar2 dulu tahan lama, kuat plastik dia.
Wayar sekarang kurang berkualiti sangat bang.


Lega sangat bila siap.

Oh ye, bytheway.. ni bilik tengah, so ni je la tingkap yang ada sebab diapit oleh bilik utama dan bilik air. Berhampiran dapur.
So, agak panas, tu yang kami install ekzos fan.
Boleh jugak kurangkan bau kepam, bau masakan yang masuk dari dapur..

Sebenarnya dulu kami pernah nak upah orang buat, tapi lepas tu kena tipu.
Dah siap bayar, pastu PKP (lama dah), pastu dia ada projek lain, cakap bizi.  whattsap mula2 balas, pastu dah tak balas. Call tak berjawab.
Padahal orang tu kami pernah berurusan dengan dia 2x.
Takpe la.. Semoga Allah gantikan dengan rezeki lain.

Rupanya Allah rezekikan buat dengan kawan suami,
Hasil kerja ok, teliti.. 
Pastu senang kita nak mintak dia buat itu ini (kerja2 kecil)


Ok. Bye
XoXO