Kali ni seminggu balik Terengganu sebab nak clearkan cuti.
Sebenarnya ingat nak balik bulan Dec je nanti, tapi abang sulung ajak balik sekali dengan dia.
So, aku balik tumpang dia. Jimat duit bas. hahaha
Seminggu habiskan masa dengan family je.
Takde g makan kat luar kecuali g MyKori (tu pun hanya kami 1 meja sahaja pelanggan time tu) dan g mandi pantai.
Rabu 20 Oct 2021
Balik kerja, suami hantarkan aku ke rumah abang sulung. Suami kena balik sebab mak mentua kat rumah kami takde yang teman malam tu.
Bawak balik barang adik bongsu aku yang sepatutnya masuk UTM last year, tapi PKP baru sekarang boleh masuk kampus.
Dia akan g naik bas je dari Tganu dengan geng2 dia.
Khamis 21 Oct 2021
Balik Terengganu jam 2 petang.
Jumaat 22 Oct 2021
Jam 10 pagi gi Dungun rumah adik aku. Abang sulung nak melawat baby baru. Melepak kat sana hingga petang.Pastu g mandi pantai di Teluk Bidara sebelum balik semula ke rumah mak.
Singgah Marang amik adik perempuan aku bawak g Dungun sekali
Geng perempuan dalam kereta
kecuali si kenit ni
Budak2 culas nak balik sebab seronok main pantai
Bergambar kenangan di Teluk Bidara
Sabtu 24 Oct 2021
Hantar si bongsu ke stesen bas. Dia akan ke Johor (UTM) untuk study sana.
Bergambar kenangan dengan mok
Selpie with bongsu dan mak sebelum adik naik bas ke Johor.
Semoga dipermudahkan urusan di sana.
Petang tu bawak anak2 sedara main pantai sebelum ada yang kena balik KL esoknya
Syok mandi pantai. Bencinta bila ajak balik, semua liat taknak naik ke darat ni..
Ahad 25 Oct 2021
Abang sulung balik KL. Aku stay habiskan cuti kat kampung. Aktiviti duduk rumah je.
Khamis 28 Oct 2021
Belanja myKori
Anak sedara
Anak adik perempuan
Jumaat 29 Oct 2021
Pagi g pasar payang belikan barang yang abang kirim.Petang belanja mcd untuk family.
Bahananya sabtu aku sakit perut mungkin sebab ayamnya pedas aku tak tahan. Biasa aku makan ayam kat KFC je.
Sabtu 30 Oct 2021
Pukul 5.30pm naik flight balik KL. Miss u semua. Sapa macam aku, bila dekat nak balik rumah sendiri (balik dari rumah parents) mesti dah sedih2, tak lalu makan. Yela.. entah bila jumpa lagi.
Bila berbeza negeri, terikat dengan menjaga mentua, so tak mudah nak balik kerap dengan suami. Tetapi tetap aku usahakan balik kampung. Biar pun tak dapat makan angin kat lain. Janji balik jumpa orangtua.
Bukan main dak Azka ni nak lambai aku kat airport.
Rupanya dia tido dulu
Ok. Bye
XoXO
penuh aktiviti setiap hari yer...meriah!
ReplyDeleteindahnya mencipta kenangan!
ReplyDeleteaduh bestnya balik kampung... rindu nak main pantai kalau balik kerteh nanti
ReplyDeletedpt blk kmpung kejap pon dh happy..
ReplyDeleteseronok kumpul adk bradik..
aku ni xblk kmpung.. tp tgu org lain blk kmpung.. hihi..
arini kot adk aku blk.. kak dh 2-3 ari duk kmpung..
Selamat pulang ke kampung
ReplyDeleteAsalam..seronok tengok baby tidur lena ..comel
ReplyDeletememang best tiap kali dpt balik kg
ReplyDeleteseronoknya balik kampung jumpa famili
ReplyDeletecantiknya awan kat pantai tu
ReplyDeleteselagi ada orang tua jenguk lah mereka sedaya mungkin. Cantiknya langit
ReplyDelete