Settlekan urusan sijil kematian FIL.

Assalamualaikum... Hai Semua...


Terlewat kami settlekan urusan sijil kematian FIL (father in law).

FIL meninggal 17 Jan 2021 masa PKP 3.0, oleh kerana PKP kami mampu ke JPN Klang pada 10 Nov 2021.
Tu pun selepas beberapa kali walk in (sebab ramai orang dan diminta datang semula)
Esoknya datang awal 8.30am, boleh terus masuk JPN dan kena tunggu pun tak lama, kena Q lebih kurang 10 orang baru dapat turn kami.

Kami cuti half day siapkan urusan ni.
Urusan bank tak sure banyak ke tak yang nak kena urusan.
Rasanya hanya Bank BSN sahaja sebab duit Bantuan Sara Hidup (BSH) masuk akaun BSN.
Maybe kena buat akaun baru untuk BSH MIL (mother in law) lepas ni.

Alhamdulillah. Walaupun agak lewat buat sijil, tapi takde dikenakan penalti bayaran apa2.
Dokumen yang diperlukan :
  • IC original si mati
  • fotostat IC si mati.
  • Surat kematian yang dapat dari hospital
  • fotostat IC orang yang g JPN uruskan ni

Kenangan : Kat JPN ini jugak kami dulu bawak FIL buat IC sebab IC nya hilang
FIL selalu merengus dan kadang2 buat perangai nak balik kampung. 
So IC dia pegang sendiri sehinggalah IC nya hilang.
Aku rasa IC nya termasuk dalam tong sampah bawah katil dia.
So, kami bawak FIL yang terlantar masa tu naik kerusi roda datang JPN.
Walaupun dapat turn awal sebab warga emas, tapi FIL tak larat dah nk tunggu.
FIL dah bising2 mengaduh pinggang dia sakit. Dah riuh masa tu.
Tq warga JPN yang bantu percepatkan urusan.
Kami siapkan cepat & terus pandu kereta laju bawak FIL balik.
Masa tu dia dah merengus marah sangat-sangat dah sebab penat.

Al Fatihah 




Untuk urusan ni, suami aku ada telepon beberapa rakan yang kematian orangtua masa PKP, tanyakan prosedur buat sijil kematian. Ada yang buat online, ada yang ke JPN masa dah boleh walk in. Ada antaranya kematian sebab covid. Al fatihah untuk semua. 


Ok. Bye
XoXO

6 comments:

  1. musim PKP sume urusan pon jd ssh..
    kena tunggu abs lockdown baru blh wat.. huhu..
    tabahla sume org..

    ReplyDelete
  2. takziah sis . teringat husband ida pon kehilangan ayah dia masa pkp tahun ni jugak .. hmm sebak pulakk bila teringatt

    ReplyDelete
  3. takziah...moga semua urusan dipermudahkan...

    ReplyDelete
  4. Ammi haritu masa buat sijil kematian mama cepat jugak. Mama meninggal 26/7 ammi settle buat sijil 4/8 (Ammi walk in pastu masukkan nama dalam sistem secara manual). Esoknya dorang call buat appointment. Ammi siap mintak awalkan lagi sbb tarikh asal dai bagi 9/8. Ammi nak naik KL semula..kena kerjakan. Pastu family yang lain semuanya masih dalam penyembuhan sebab covid.

    Alhamdulillah...Allah permudahkan urusan

    ReplyDelete
  5. Takziah diucapkan atas kehilangan FIL sis.Terima kasih untuk perkongsian buat sijil kematian ni.

    ReplyDelete
  6. biar pun lambat tapi dipermudahkan semua... alhamdulillah

    ReplyDelete

mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..

XoXo