Menang giveaway hadiah dari London

Assalamualaikum... Hai Semua...


Jarang-jarang aku ni bertuah.. Selain bertuah dapat suami yang menyenangkan hati (kehkehkeh), ni la kot aku rasa aku bertuah. Eh, tak. Aku pernah menang peraduan nippon paint dulu sekali. Sakan masa tu seronok yip yip horray je... 

Baru-baru ni, aku kebetulan buka IG aku yang sendu tak berupdate tu (IG kawan opis buatkan untuk aku, kononnya kena la ikut perkembangan semasa sosial media,hehehe). Pastu ternampak sorang instafamous/vlogger MamaSua a.k.a mama kepada Aisyah Cupcake. Mamasue buat giveaway. 
Syaratnya kena follow IG dia, IG bisness dia & tag kepada 3orang.


Aku ni takde kawan kat IG lalu aku mengeTAG (word baru, hehe) member aku si Ezy, adik perempuan aku 2 orang. Aku saje-saje la join . Eh, sekali terpilih plak jadi pemenang top 10.

Masa tu mamasue ada di London attend konvokesyen anak dia Si Aisyah ni.

Malam tu, dapat notification kat IG aku menang.
Pagi-pagi terus la whatssap mamasue untuk isi detail.

So, tadaaaaaa..




Dapat la sebungkus parcel kat gate rumah lepas balik kerja


Dapat seketul Fridge Magnet dari London





So, makin penuh la peti ais aku..

Seronok fridge makin penuh dengan hiasan magnet. Bukan ape, kalau ada budak2 datang biasa aku bagi dorang main fridge magnet aje kalau dorang boring masa mak bapak sembang.
kalau anak sedara aku masa kecik-kecik dulu memang datang je terus meluru ke peti ais aku nak main benda alah ni.. Main la. janji tak memekak gaduh ye..
Fridge Magnet bukan semua tempat aku pergi aku beli. Banyak nya yang kawan-kawan opis bagi.

Korang selalu menang peraduan? Cabutan Bertuah? Dapat apa aje? Sila share..


Ok. Bye
XoXo

6 comments:

  1. wahhhh untunglah..ammi dah lama tak mengumpul FM. Dulu masa anak takde rajinlah kirim kat kawan-kawan yg gi overseas...lepas tu manjang aja pecahlah, tercabut magnetlah terus kelaut. Mana yg ada jelah ada...

    ReplyDelete
  2. wahhh tahniah cik ani! yg nippon paint tu aku ingt..
    ms kita duk shah alam.. kihkih

    aku suka mamasue.. dia lawa.. dia baik..
    dia pandai buat kuih raya.. hihi

    ReplyDelete

mekasehhhhhh..
sile komen lagi ye kawan kawan..
awak komen awak comel..

XoXo