Ni cerita bulan April tahun ni..
Finally.. Selepas 7tahun,habis jugak bayar PTPTN Encik Suami.. Sebenarnya tempoh diberikan adalah 10tahun,tapi kami kejar diskaun 15% untuk bayaran penuh sebelum habis hujung April 2022 baru-baru ni.
Eh, bukan aku yang bayar.
Encik Suami sendiri la bayar.
Tiap2 bulan RM300.
Kami mula bayar PTPTN start tahun 2015 masa suami dapat kerja tetap.
Sehingga lah April 2022, Suami keluarkan KWSP settlekan hutang PTPTN.
(Kalau ikutkan dia duit KWSP dia macam2 plan dia nak buat, aku cakapkan settlekan hutang satu-satu la. Kalau ikut ada duit kat tangan, memang akan habis macam tu aje berbelanja...)
Pembentangan bajet sebelum ni ada sebut pasal diskaun 15% untuk bayaran penuh PTPTN.
Time kami bayar, ramai orang kat KWSP yang bayar penuh jugak nakkan diskaun tu.
Sebab kita tak pasti bila plak akan ada diskaun untuk pembayaran penuh.
UTC Shah Alam.
Selesa
Melepek sebab masa ni bulan puasa (April).
Gigih pergi PTPTN di UTC Shah Alam.
Mak Mentua kami tinggal dalam kereta lepas balik dressing luka kencing manisnya.
Ajak naik sekali dia kata xpayah, menyusahkan.
Katanya bukan urusan dia. So xpayah naik.
Jimatla dalam RM 1600 lepas diskaun.
RM 1600 boleh la berjimba kalau nak. Hahaha
Konon lepas habis PTPTN ni, RM300 yang biasa buat bayar PTPTN bulanan tu, kami nak simpan dalam Tabung Haji. Tapi aku tengok dah 4-5 bulan habis PTPTN, duit RM 300 tak nampak bayang lagi. Hahahaha..
Dusta semua angan2 nak menyimpan duit kalau habis hutang.
Hahaha.. Takpe. Kita enjoysssss dulu..
Tunggu ada kesedaran baru menyimpan semula..
So, both of us dah habis bayar PTPTN loan.
Ringan kepala..
Sakan seronok sebab rasa ni hutang yang orang biasa tak nampak sebab atas sekeping kertas diploma & degree aje.
Bukan macam hutang lain nampak kereta seketul , nampak rumah seketul.
Padahal orang lupa masa study ada yang angkut membeli MCD sakan, Kenny Rogers sakan, membeli kasut dan tengok wayang di Jusco, Kalau tak lalu makan kat dining eh gigih pulak ke bandar nak makan sedap, beli tiket balik kampung, fotostate nota sebab malas nak salin..
Ehhhh.. Macam aku aje.. Hehehe
Ok. Done menjadi warga Malaysia yang bertanggungjawab membayar ptptn.hehe
Ok. Bye
XoXO
Alhamdulillah Tahniah!
ReplyDeleteSkrg sy bayar ptptn guna direct debit.. Bayar dari thn 2019.. Huhu doakan semoga sy juga settle bayar ptptn dgn cepat
sama la mcm aku.. konon abs byr kete, blh simpan duit.. masuk bulan ke 4 dh rsnya xnapok lg byg menyimpan.. hahahaha..
ReplyDeleteleganya settle hutang ptptn..
aku tgl lg skit.. insyaAllah tahun dpn setel..
doakan utk aku ok.. =)
tahniah..berjaya langsaikan hutang pelajaran ni...rasa macam lepas satu beban besar yang dipikul
ReplyDeletelega bila dah setelkan.... akak teringat setelkan tahun bila ya 2016 kot baru setel jugak
ReplyDeletesama hehe bayar ptptn masa masih ada diskaun. Berbaloi ha. TU pun encik suami selesaikn hutang ptptn ada 3k. sekarang legaaaaaaaa ..
ReplyDelete